Top 5 Drone Paling Popular: Untuk Beginner dan Pro

Drone kini merupakan sesuatu yang sangat popular dan mainstream serta digunakan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Tetapi mencari drone yang benar-benar menepati citarasa bukan sesuatu yang mudah. Anda pasti menginginkan sesuatu yang dapat merekod video 4K yang menakjubkan, tahan lama, boleh dilipat atau senang dibawa dan yang paling penting mudah untuk dipelajari.

Jadi, bagi anda yang masih tercari-cari drone yang terbaik untuk dibeli, di sini kami menyenaraikan top 5 drone yang mempunyai permintaan tertinggi yang mungkin anda berminat.

1. DJI Mavic Air

Weight: 430g | Controller: Yes | Camera resolution: 12MP | Battery size: 2,375mAh | Range: 6.2 miles
Harga: RM3,727.00

DJI Mavic Air mempunyai imbangan kuasa dan portabiliti yang tidak mampu dilawan oleh drone-drone lain. Anda boleh memasukkan ke dalam beg galas atau jaket tanpa sebarang masalah.

Mavic Air mampu merekod video 4K sehingga 100Mbps dan mampu bertahan sehingga 21 minit (tipikal drone bersaiz kecil).

Mempunyai saiz yang kecil, laju dan boleh melakukan pelbagai trick seperti mengesan objek bergerak, melakukan boomerang di sekeliling objek dan mengambil video sfera.

Kelebihan

  • Mudah untuk dibawa ke mana sahaja
  • 4K video sehingga 100Mbps
  • Boleh mengelak halangan dengan hampir sempurna

Kelemahan

  • Memerlukan bateri yang banyak

2. DJI Phantom 4

Weight: 1380 g | Controller: Yes | Camera resolution: 12.4MP | Battery size: : 5,350mAh | Range: 3.1 miles
Harga: RM 4,399.00

Mempunyai pembinaan yang lebih kukuh dan telah ditambahbaik dari segi teknologi menghindari objek dan alat kawalan jauh khusus yang telah dihubungkan dengan telefon pintar.

Selain itu, DJI Phantom 4 turut menyokong rakaman video 4K dan rekabentuk gimbal membawa maksud anda akan mendapat rakaman yang teguh walaupun drone mengalami perubahan arah dan laju.

Namun begitu, kelemahan utama yang dapat dikenalpasti ialah jangka hayat bateri yang hanya mampu bertahan sekitar 15 hingga 20 minit bergantung pada berapa keras drone bekerja.

Walaupun ia tidak setanding Inspire 1, namun ia tetap menawarkan prestasi dan fungsi yang sama untuk harga yang lebih rendah.

Kelebihan

  • Rakaman 4K yang baik dan stabil
  • Lensa Fisheye
  • Aplikasi telefon pintar yang terbaik

Kelemahan

  • Tidak mudah untuk diupgrade

3. Parrot Bebop 2

Weight: 500g | Controller: Optional | Camera resolution: 14MP | Battery size: 2,700mAh | Range: 300 metres
Harga: RM 2,258.53

Bebop 2 merupakan brand yang tidak memerlukan anda berbelanja lebih namun ia menawarkan sejumlah ciri yang agak mengejutkan.

Antara ciri yang membuatkan Bebop 2 sangat disarankan ialah penggunaan lensa Fisheye, perisian penstabilan yang tidak memerlukan gimbal, digabungkan dengan pembinaan pintar chassis yang menggunakan pelembap getah untuk mengurangkan getaran semasa penerbangan.

Getaran yang dapat dikurangkan semasa penerbangan dapat menghasilkan rakaman video yang bebas gegaran.

Sekiranya anda masih berasa tidak puas hati dengan ciri yang ditawarkan, anda boleh membawa Bebop 2 ke level seterusnya dengan membeli alat kawalan pesawat optional dan FPV headset.

Alat kawalan optional dapat disambungkan ke telefon pintar dan menawarkan kawalan penerbangan yang lebih baik, manakala FPV headset dapat menunjukkan first-person view menerusi skrin telefon anda.

Kelebihan

  • Rakaman video bebas gegaran
  • Mempunyai alat kawalan dan headset terbaik

Kelemahan

  • Sesetengah fungsi memerlukan kos ekstra untuk diaktifkan

4. DJI Mavic Pro

Weight: 734g | Controller: Yes | Camera resolution: 12.35MP | Battery Size: 3830mAh | Range: 4.3 miles
Harga: dari RM 3,494.00

Walaupun kini telah digantikan dengan DJI Mavic 2 Pro, ia masih merupakan salah satu drone terbaik, malah harganya kini lebih murah.

Sebelum DJI Spark direka, Mavic Pro merupakan drone terkecil dalam DJI. Tetapi, saiznya tidak menggambarkan prestasinya. Flyer berukuran pint ini mempunyai kehebatan sama seperti drone bersaiz besar.

Antara keunikan Mavic Pro ialah kamera dipasang pada gimbal di mana ia merupakan sesuatu yang sangat luar biasa jika dilihat pada saiznya. Ia menghasilkan video dan gambar dalam pencahayaan yang baik walaupun saiz sensor yang kecil menyebabkan penembusan cahaya rendah.

Mavic Pro mempunyai kelajuan tertinggi sekitar 40 mph, jadi bahagian tersebut tidak akan mengalami sebarang gangguan. Ia juga mempunyai bateri yang sangat baik sekitar 20 hingga 25 minit aerial action.

Bukan itu sahaja, Mavic Pro dilengkapi alat kawalan jauh khusus yang menggunakan paparan telefon anda untuk menunjukkan dengan tepat apa yang sedang dilihat oleh peranti.

Kelebihan

  • Sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana
  • Mempunyai alat kawalan jauh khas

Kelemahan

  • Penangkapan menggunakan lampu rendah sedikit lemah

5. DJI Inspire 2

Weight: 3440g | Controller: Yes | Camera resolution: 30MP | Battery Size: 4280mAh | Range: 7 km
Harga: dari RM 11,900.00

Dengan bodywork komposit logam yang telah diupgrade, Inspire 2 kini lebih menarik perhatian. Lebih-lebih lagi dengan teknologi penghindaran objek yang lebih maju, anda tidak perlu bimbang tentang risiko perlanggaran.

Susunan bateri berkembar menyediakan tempoh penerbangan sehingga lebih 25 minit dan kebolehan untuk menukar lensa kamera bermaksud fotografer dan videografer profesional mempunyai kawalan penuh terhadap imej dan video 5K mereka.

Dilengkapi aplikasi telefon pintar sepenuhnya dan alat kawalan khas menyebabkan drone ini mudah untuk dikawal tanpa sebarang kesilapan.

DJI Inspire 2 sememangnya sebuah kit yang profesional.

Kelebihan

  • Kualiti binaan yang menakjubkan
  • Jangka hayat bateri yang baik
  • Kaya dengan pelbagai ciri

Kelemahan

  • Memerlukan kos yang tinggi

Share this article

shares