Tips Memilih Syarikat Hosting

Anda ingin mendapatkan hosting baru untuk laman web anda, namun tidak tahu apa yang sesuai? Baca tips-tips berikut untuk memudahkan anda memilih hosting yang terbaik.

1. Pilih Hosting Yang Bereputasi Tinggi

Perkara pertama yang anda perlu tanya diri anda adalah, “Okay ke syarikat hosting ni? Orang lain kata apa?”

Apabila anda dapat jawapan kepada persoalan ini, barulah anda tahu, sama ada ia bereputasi atau tidak. Anda masih boleh memilih syarikat hosting baru atau reseller, atas dasar ingin dapatkan harga murah, tapi anda perlu kira faktor risiko juga.

Ramai yang kecundang, teraniaya dan menyesal kerana tersilap pilih hosting. Jadi pastikan anda benar-benar bersedia sekiranya anda ingin cuba melanggan syarikat hosting yang baru.

2. Tanya Kepada Pihak Hosting Soalan-Soalan Penting

Dengan bertanya soalan yang betul, akan boleh membantu anda mengenal pasti sama ada hosting tersebut baik untuk atau anda tidak?

Antara soalan yang patut ditanya:

  1. Adakah anda mempunyai server sendiri, atau hanya sebagai reseller?
  2. Berapa ramaikah pelanggan anda sekarang?
  3. Sekiranya anda sebagai reseller, apakah sokongan yang anda boleh berikan kepada saya?
  4. Berapakah lokasi datacenter yang anda gunakan, dan di manakah mereka?
  5. Bagaimana proses untuk saya berkomunikasi atau mendapatkan bantuan nanti?
  6. Apakah waktu atau hari yang tetap untuk saya dapatkan sokongan anda?

Bagi hosting yang sudah stabil dan bereputasi, soalan-soalan ini anda boleh dapati daripada laman web mereka sendiri. Tetapi, bagi penyedia hosting yang baru, anda perlu tanya dengan wakil jualan atau pemilik sendiri.

3. Jangan Langgan Pakej Hosting Daripada Reseller Sekiranya Anda Punyai Banyak Pelanggan

Sekiranya anda ingin gunakan laman web peribadi anda atau untuk syarikat anda semata-mata, anda boleh langgan pakej hosting daripada reseller atau kadang-kadang penyedia laman web anda sendiri.

Tetapi, sekiranya anda sendiri merupakan pemaju laman web, dan punyai banyak klien, jangan langgan daripada reseller. Anda mungkin perlu bantuan daripada pihak hosting sekiranya terdapat apa-apa yang terjadi kepada akaun anda atau klien anda.

Reseller biasanya adalah individu, dan kebiasannya mereka tidak mampu memberikan support yang penuh kepada anda. Dan pemilik server tidak akan melayan permintaan/permohonan beliau, kerana anda bukan lagi tanggungjawab pemilik server, tapi tanggungjawab reseller.

Sekiranya anda perlukan sokongan yang komprehensif, terus berurusan dengan pihak server, dan langgan secara terus dengan mereka, tanpa orang tengah.

4. Lihat Berapa Jumlah Staf / Ahli Kumpulan Pihak Hosting

Sekiranya lone ranger, hati-hati. Jangan jadi seperti ratusan / ribuan mangsa lain yang sudah terkena.

Bukan kerana niatnya adalah jahat, tetapi sebagai individu, ada perkara yang kadang-kadang tidak boleh dapat dielakkan. Sama ada sakit, masalah kewangan, masalah keluarga dan lain-lain, akan menyebabkan penyedia hosting tidak mampu membantu anda saat anda benar-benar memerlukan.

5. Langgan Terus Daripada Pihak Server

Ini adalah kaedah yang terbaik. Harganya mungkin lebih mahal berbanding anda membeli dengan reseller, tapi ia adalah lebih terjamin.

6. Dapatkan Bantuan/Nasihat Daripada Orang Yang Berpengalaman

Ini penting. Tanya kepada orang yang sudah berpengalaman. Bukan berpengalaman dalam menggunakan satu hosting dan mengurus laman web sahaja. Kalau boleh, tanya mereka yang sudah mencuba banyak jenis hosting atau tanya yang sudah menjual banyak akaun hosting.

Anda boleh langgan daripada mereka sekiranya anda yakin, atau anda boleh langgan terus kepada server, tetapi menggunakan link affiliate mereka. Begini, bukan sahaja akan dapat sokongan daripada pihak server, tapi daripada pihak tadi juga.

7. Semak Latency Server

Kalau boleh, dapatkan IP address atau maklumat DNS terlebih dahulu daripada pihak hosting.

Gunakan tools seperti https://tools.keycdn.com/performance untuk menyemak sama ada server itu bagus untuk kegunaan anda atau tidak. Sekiranya anda dapati kelajuannya agak laju untuk lokasi sasaran anda, maka anda boleh melanggan hosting tersebut.

Sekiranya anda tidak dapat alamat IP atau DNS untuk server yang anda mahukan, anda boleh cuba masukkan URL laman web pihak hosting ke dalamnya.

Ia boleh menjadi penanda aras kepada betapa seriusnya pihak hosting menjaga kelajuan server mereka. Pastikan pihak hosting benar-benar boleh memberi anda server yang terdekat dengan lokasi yang anda inginkan.

Anda juga boleh gunakan URL pihak hosting ke http://check-host.net/ untuk menyemak lokasi pihak hosting berada di mana.

8. Semak Uptime & Kelajuan Server

Buat masa ini, anda hanya boleh tahu uptime hosting yang terkemuka sahaja seperti Hostgator, Bluehost, Hostinger etc. Ini kerana ramai yang sudah menggunakannya, dan membuat ujian uptime mereka sendiri.

Sekiranya anda ingin melanggan hosting yang tidak ada makluamt uptime, anda boleh cuba tanya kepada sesiapa yang biasa melanggan dengan mereka, dan dapatkan maklum balas daripada mereka.

Untuk hosting antarabangsa, anda boleh baca perbandingannya di https://hostingtribunal.com/

9. Teliti Pakej Yang Ditawarkan

Ini kesilapan yang ramai lakukan, iaitu mereka tidak jelas dengan ciri-ciri hosting yang mereka langgan dan apakah sekatan terhadap akaun mereka yang dikenakan pihak hosting. Ada pihak yang contohnya menawarkan bandwith / data yang tidak terhad, tetapi pada hakikatnya ada klausa tersendiri. Jadi, boleh rujuk kepada pihak hosting apakah maksud tidak terhad tesebut.

Ada juga yang tidak jelas dengan ciri-ciri asas seperti limit bilangan fail, saiz database, atau limit email. Pastikan paket tersebut benar-benar anda fahami sebelum anda melanggan mana-mana pakej hosting.


Rekomendasi Saya?

  • Saya pentingkan kelajuan dan uptime yang sesuai. Jadi saya memilih Hostinger, Digital Ocean, dan Upcloud.
  • Sekiranya anda ingin hosting dan sokongan yang bagus dari Malaysia, saya sarankan ServerFreak.

Anda Gunakan WordPress?

Anda guna WordPress, namun tidak tahu jenis hosting apa yang terbaik untuk anda? Baca artikel Jenis-Jenis Hosting Untuk WordPress untuk rujukan anda.

Share this article

shares