Senarai e-Wallet Yang Ada Di Malaysia

Dalam penulisan kali ini, admin akan menyenaraikan beberapa e-Wallet yang paling banyak digunakan di Malaysia berdasarkan rating yang diberikan oleh pengguna di Google Play Store beserta ciri-ciri e-Wallet tersebut.

Sekiranya anda belum mengenali apa itu e-Wallet dan apa kegunaannya, anda boleh baca artikel sebelum ini dengan hanya menekan klik di sini.

1. Touch ‘n Go

Touch ‘n Go e-Wallet pada dasarnya telah diperkenalkan untuk memudahkan urusan pembayaran tol.

Untuk menggunakan servis ini, pengguna perlulah memuat turun aplikasi, mencipta akaun dan mendaftar nombor telefon. PIN enam digit diperlukan untuk melakukan transaksi. Ciri ‘PayDirect' membolehkan pengguna menghubungkan akaun Touch ‘n Go mereka dengan e-Wallet bagi melangsaikan pembayaran tol serta-merta.

Bagi tambah nilai pula, nilai minimum yang boleh diisi ialah RM10, manakala nilai maksimum pula ialah RM200 atau RM500 bergantung kepada jenisnya.

Walaubagaimanapun, wang yang telah dimasukkan tidak boleh ditarik balik, melainkan akaun pengguna telah ditamatkan.

Jenis Kad Touch ‘n Go

Touch n' Go: Kad yang biasa digunakan, berharga RM10.60 tidak termasuk nilai.

Touch n' Go ZING: Kad TnG yang dilengkapi ciri auto-reload di mana kad anda akan ditambah nilai oleh kad kredit (VISA, Mastercard dan AMEX dari bank terpilih) apabila baki bernilai kurang dari RM50.

Tesco Clubcard: Kad yang mempunyai pelbagai fungsi di mana ia boleh digunakan untuk TnG dan bayaran pembelian di Tesco serta kedai lain yang mengambil bahagian.

Kad Watson VIP: Kad yang mempunyai pelbagai fungsi di mana ia boleh digunakan untuk TnG dan bayaran pembelian di Tesco serta kedai lain yang mengambil bahagian.

Photocard: Dengan Photocard, anda boleh memperibadikan kad TnG anda dengan foto anda sendiri. Berharga RM21.20, kad ini dijual di NU Sentral, Bangsar South dan Wisma Nufri, JB.

Kedah pembayaran – QR Code

Kedai-Kedai: Watson, MPH Bookstores, TESCO, Dunkin Donuts, Baskin Robbins dan Vitacare Pharmacy.

2. Boost

Boost merupakan satu lagi e-Wallet rangkaian Axiata Group yang boleh digunakan hampir di mana sahaja, walaupun di pasar malam.

Setelah aplikasi ini dipasang pada telefon pintar, anda boleh tambah nilai wang di dalam akaun anda, mengimbas kod QR dan membayar produk atau perkhidmatan mereka. Pembayaran tersebut kemudiannya boleh disahkan dengan memasukkan nombor PIN 6-digit transaksi Boost.

Antara ciri-ciri baharu dimiliki oleh aplikasi Boost ialah pengguna boleh membuat bayaran tempat letak kereta di kebanyakan jalan di sekitar Lembah Klang serta membayar bil utiliti mereka dengan rakan kerjasama seperti TM, Astro dan Syabas.

Boost juga memperkenalkan ciri utama yang membolehkan pengguna menyalurkan sumbangan kepada organisasi amal termasuk Tabung Bersamamu oleh Media Prima.


Kedah pembayaran –
QR Code, Pembayaran dalam aplikasi

Kedai-Kedai: 99 Speedmart, TM, Syabas, parking DBKL

3. GrabPay

Dengan GrabPay, pengguna boleh tambah nilai e-Wallet dengan mudah dan mula membayar Grab rides, GrabFood dan item dalam kedai.

GrabPay tidak memerlukan PIN untuk melakukan sebarang transaksi. Tambahan lagi, setiap urusniaga membolehkan pemilik akaun mendapatkan mata yang boleh digunakan untuk khidmat Grab ride secara percuma serta diskaun GrabFood.

Grab e-Wallet membenarkan tambah nilai sekurang-kurangnya RM10 dan maksimum RM500 atau RM1,500. Duit yang telah dimasukkan ke dalam wallet tidak boleh dikeluarkan pada sebarang kos.

GrabPay juga mempunyai perkongsian dengan MayBank di mana anda dapat menggunakannya pada mana-mana peniaga yang menerima MayBank Pay.

Harus diingat bahawa walaupun GrabPay tersedia di seluruh Asia Tenggara, ia tidak mengubah kredit kepada mata wang tempatan. Hal ini bermaksud pelanggan perlu tambah nilai kredit mereka secara manual semasa melancong.

Kedah pembayaran – QR Code, Pembayaran dalam aplikasi

Kedai-Kedai: TeaLive, Inside Scoop, Manhattan Fish Market

4. VCash

VCash merupakan mobile wallet yang dikuasakan oleh DiGi.Com Bhd. Walaubagaimanapun, pengguna boleh menggunakan wallet ini dengan mana-mana syarikat telekomunikasi Malaysia selagi mereka mempunyai nombor telefon Malaysia.

Untuk menggunakan VCash, pengguna perlu memuat turun aplikasi dan mendepositkan wang ke dalam e-Wallet mereka melalui outlet Digi, kaedah perbankan online atau JomPay. Kemudian, anda boleh mengimbas kod QR dan melakukan pembayaran.

VCash memerlukan PIN 6-digit atau imbasan cap jari untuk melakukan sebarang transaksi. Pemisahan bil dibenarkan membuat pembayaran kumpulan.

Bergantung pada jenis wallet, pengguna boleh memasukkan tambah nilai sekurang-kurangnya RM10 atau maksimum RM500/RM2,500/RM5,000. Pengguna wallet premium boleh mengeluarkan wang dari akaun mereka dengan bayarn RM1 bagi setiap pengeluaran.

Kedah pembayaran – QR Code

Kedai-Kedai: Mydin, Astro Go Shop, Kedai Mesra Petronas

5. Razer Pay

Razer Play menyifatkan mereka sebagai e-Wallet yang direka khas untuk belia dan milenium. Ia diperkenalkan secara khusus untuk transaksi berkaitan hiburan game, makanan & minuman dan panggung wayang.

Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasinya dan melakukan tambah nilai dengan duit atau menyambungkannya dengan kad debit atau kredit pilihan mereka. Transaksi ini tidak memerlukan pin.

Pemilik akaun boleh memasukkan sekurang-kurangnya RM10 atau maksimum RM3,000 untuk tambah nilai wallet. Tambah nilai juga boleh didapatkan di kedai fizikal seperti 7-Eleven. Pemilik boleh mengeluarkan wang tunai dari e-Wallet mereka melalui akaun bank pada bila-bila masa sahaja.

Tambah menarik lagi, Razer Pay bercadang untuk menambahbaik kemudahan yang disediakan dengan mengadakan kolaborasi bersama U Mobile yang pasti dapat meningkatkan lagi keluasan rangkaian seterusnya dapat menjadi pembekal e-wallet terbesar di Malaysia.

Kedah pembayaran – QR Code

Kedai-Kedai: 7 Eleven, Starbucks

6. Samsung Pay

Tidak seperti wallet-wallet yang telah disebutkan, Samsung Pay tidak menyimpan sebarang wang. Sebaliknya, ia menyimpan maklumat kad pembayaran dan berperanan sebagai sejenis lapisan tambahan antara kedua-duanya.

Apa yang unik di sini ialah teknologi MFT yang dimiliki oleh Samsung Pay. Ia membolehkan telefon pintar atau jam tangan pintar meniru jalur magnet yang terdapat pada kad kredit tanpa pelaburan tambahan daripada peniaga.

MFT juga membolehkan Samsung Pay untuk menyokong kad loyalty seperti Aeon. Hal ini bermakna ia juga boleh disimpan dalam aplikasi.

Namun begitu, Samsung Pay juga mempunyai kelemahan di mana ia hanya terhad kepada telefon pintar berjenama Samsung dan jam tangan pintar yang terpilih sahaja. Sokongan MFT juga hanya terdapat pada telefon Samsung keluaran terbaru sahaja. Manakala, peranti yang lebih murah hanya dilengkapi sokongan NFC.

Kedah pembayaran – Magnetic Field Transfer, NFC

Kedai-Kedai: Mana-mana kedai yang menyokong sistem leretan kad kredit.

7. PayPal

PayPal merupakan e-Wallet tertua kerana ia telah wujud sebelum istilah e-wallet dicipta.

Sebagai organisasi peringkat antarabangsa, PayPal boleh digunakan merentasi sempadan dan akan menukar mata wang untuk melakukan pembayaran.

Bukan itu sahaja, ia juga membolehkan pengguna mengeluarkan wang dengan memindahkan wang tersebut ke akaun bank tempatan. Perlindungan pengguna yang disediakan PayPal juga boleh dianggap sebagai salah satu yang terbaik di dunia.

Masalah utama berkaitan PayPal ialah cas yang dikenakan untuk melakukan pemindahan wang agak tinggi. Syarikat tersebut telah menetapkan pemotongan sebanyak 7% untuk penghantaran antarabangsa yang mana ia dianggap sangat tinggi bagi pengguna yang ingin berurusan.

Kedah pembayaran – Pembayaran online. Pembayaran offline hanya terdapat di negara yang terpilih sahaja.

Kedai-Kedai: Hampir semua perniagaan atas talian.

8. MaybankPay

Secara umum, MaybankPay tidak mempunyai banyak ciri bonus sebagai persaingan kerana ia lebih memberi tumpuan kepada penyediaan e-wallet untuk menyokong produk-produk Maybank.

Namun begitu, Maybank mempunyai perjanjian dengan Grab untuk saling kendalian antara MaybankPay dan GrabPay di mana ia membenarkan dua e-wallet berfungsi dengan kod QR yang sama.

Maybank juga merupakan salah satu daripada beberapa e-wallet di Malaysia yang membolehkan pengguna menyimpan maklumat berkenaan kad kredit Maybank mereka.

Dalam erti kata lain, penggunaan aplikasi telefon dapat menggantikan penggunaan kad fizikal. Hal ini meletakkan MaybankPay sebagai persaingan utama Samsung Pay.

Kedah pembayaran – Kod QR

Kedai-Kedai: Jaya Grocer, TGV cinemas, Mydin, Watson, McDonalds

9. BigPay

Merupakan produk yang dicipta oleh AirAsia, perkhidmatan BigPay dibahagikan kepada kad prabayar yang disokong Mastercard dan e-wallet. Antara kelebihan aplikasi BigPay ialah fungsinya tidak hanya terbatas kepada transaksi pembayaran sahaja.

Sebaliknya, pengguna bebas menggunakan kad prabayar seperti kad kredit. Ia juga lengkap dengan pilihan untuk membuat pembayaran online dan mengeluarkan wang dari ATM.

BigPay juga membolehkan pengguna mendapatkan mata Big Loyalty Programme untuk penerbangan AirAsia. Malangnya, point tersebut tidak akan disediakan untuk transaksi domestik.

Kedah pembayaran – Kod QR, NFC, kad pra-bayar

Kedai-Kedai: AirAsia

10. Setel

E-wallet Petronas membawa sentuhan menarik kepada teknologi di mana ia menggunakan penjejakan lokasi GPS untuk memudahkan proses pembayaran.

Pada dasarnya, aplikasi ini akan mengesan keberadaan anda di stesen Petronas yang mengambil bahagian dan membolehkan anda melakukan pembayaran.

Kelemahan yang dapat dikenalpasti mengenai Setel ialah ia merupakan ekosistem tertutup. Sistem ini hanya terbatas pada beberapa buah stesen Petronas sahaja walaupun ia amat berguna bagi sesiapa yang lebih suka untuk tidak melakukan leretan kad kredit yang kadangkala dianggap agak menyusahkan.

Kedah pembayaran – GPS location tracking

Kedai-Kedai: Petronas

11. AEON Wallet

Idea asal penubuhannya ialah untuk melengkapkan kad prabayar dengan membenarkan pengguna mengakses loyalty programme tanpa perlu membawa kad.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan kad prabayar yang mempunyai sokongan VISA mempunyai banyak kelebihan termasuk keupayaan untuk menggunakan wang di kedai-kedai bukan gabungan AEON serta untuk berbelanja online.

Kedah pembayaran – Kod QR, Kad prabayar yang disokong VISA

Kedai-Kedai: Kedai yang disokong AEON

Share this article

shares