Pilihan Hosting Untuk WordPress #TipsWordPress

Ramai yang nak tahu apakah hosting yang perlu mereka dapatkan untuk laman web WordPress mereka. Oleh itu, saya menulis panduan ini khas untuk anda.

Apakah Tujuan WordPress Anda Nanti?

Sebelum melanggan mana-mana pakej hosting, tentukan terlebih dahulu apakah fungsi laman web anda nanti. Adakah untuk blog? Laman web syarikat? E-perniagaan?

Ini kerana, sekiranya anda tidak memerlukan sumber yang banyak, anda tidak perlu mengeluarkan kos yang lebih untuk perkara yang anda tidak perlukan.

Sekiranya anda hanya guna untuk laman blog peribadi dan laman web profil perniagaan, menggunakan akaun Shared Hosting sudah baik.

Sekiranya anda ingin gunakan untuk host laman web yang besar dan mempunyai trafik yang tinggi, mungkin akaun Shared Hosting tidak memadai.

Jadi bagaimana nak tentukan yang mana perlu anda langgan?


Kaedah #1 – Langgan Mengikut Keperluan Sahaja

Ini cara yang paling mudah. Ikut keperluan anda. Langgan mana yang sesuai dengan bajet anda. Kemudian, apabila keperluan anda meningkat, barulah anda tukar kepada pakej / hosting lain. Contohnya, bermula dengan shared hosting, anda boleh migrate kepada cloud hosting/vps bila anda rasa keperluan anda tidak mencukupi.

Harga: Sekitar $1-16 USD/bulan

Pro:

  • Jimat, mudah untuk anda terus gunakan.
  • Mempunyai control panel untuk anda menguruskan hosting anda

Kontra:

  • Anda berkongsi sumber dengan pihak / pelanggan lain
  • Mungkin ada masalah sewaktu migrasi hosting nanti. Walau bagaimanapun, biasanya pihak hosting akan membantu anda sekiranya anda ingin melakukan migrasi / menukar pakej.

Kaedah # 2 – Bermula Dengan Cloud Hosting

Ini kaedah bagi mereka yang inginkan lebih keselamatan. Sekiranya anda merancang untuk membangunkan laman web yang mungkin mempunyai trafik yang besar di kemudian hari, anda boleh melanggan Cloud Hosting.

Harga: Sekitar $8-150 USD/bulan

Pro:

  • Senang untuk upgrade di kemudian hari
  • Sangat stabil kerana anda tidak berkongsi sumber dengan pelanggan lain
  • Mempunyai control panel

Kontra:

  • Harga yang mahal

Kaedah # 3 – Menggunakan Cloud VPS

Untuk VPS, anda bukan diberi sebiji server khas untuk anda. Anda masih berkongsi satu server dengan pelanggan-pelanggan yang lain, cuma anda diberi satu server mini maya khas untuk anda.

Gunakan Cloud VPS, bukan VPS yang dihost di satu server sahaja, kerana VPS yang dihost menggunakan Cloud lebih selamat, stabil dan tidak bergantung kepada single point of failure (Kes di mana satu server rosak, dan akaun anda turut rosak).

Harga: Dari $5/bulan

  • Berpatutan, dan senang untuk upgrade di kemudian hari.
  • Mempunyai tetapan yang membantu anda deploy pakej/web anda dengan mudah.

Kontra:

  • Memerlukan kemahiran teknikal untuk tetapan server/hosting.
  • Tidak mempunyai control panel untuk membantu anda mengurus aplikasi/laman web anda. Sekiranya anda mahukan panel seperti CPanel, anda perlu install dengan sendiri dengan kos tambahan

Kaedah #4 – Managed WordPress Hosting

Ini sekiranya anda hanya ingin gunakan hosting anda untuk host WordPress sahaja. Ia sama seperti shared hosting dan cloud hosting, namun fokusnya adalah untuk WordPress. Walau bagaimanapun, anda mungkin tidak mendapat fungsi-fungsi lain yang anda mahukan seperti di shared hosting.

Bagus untuk mereka yang benar-benar ingin guna WordPress tanpa mahu memikirkan isu-isu teknikal.

Harga: Sekitar $5-30 USD/bulan

Pro:

  • Segalanya diuruskan oleh pihak hosting.
  • Khas untuk WordPress
  • Ciri-ciri seperti keselamatan, backup, dan lain-lain diberikan oleh pihak hosting.

Kontra:

  • Anda mungkin hanya boleh gunakan WordPress sahaja. Anda mungkin tidak boleh host aplikasi, atau laman web lain yang tidak menggunakan WordPress.
  • Fungsi yang terhad
  • Harga sedikit mahal

Memilih Hosting Anda

Berdasarkan jenis-jenis hosting yang dikongsikan di atas, anda boleh tentukan hosting seperti mana yang anda mahukan,

Sekiranya anda merupakan orang teknikal – Gunakan Cloud VPS. Saya cadangkan Digital Ocean. Anda boleh langgan dengan kos serendah $5 usd sahaja.

Sekiranya anda mempunyai bajet kecil – Gunakan shared hosting. Untuk menguruskan akaun shared hosting tidak susah. Saya cadangkan Hostinger. Anda boleh langgan pakej untuk 1-3 tahun terus untuk mendapatkan penjimatan yang lebih.

Sekiranya anda ada bajet yang lebih – Terus gunakan Cloud Hosting. Walau bagaimanapun anda perlu bertanya dengan jelas kepada pihak hosting, apakah yang anda bakal dapat dan tidak dapat dengan pakej ini.

Sekiranya anda tidak mahu peningkan kepala, dan hanya ingin gunakan WordPress sahaja – Gunakan Managed WordPress Hosting.


Mengapa Digital Ocean?

Kerana harganya berpatutan. Prestasi, kestabilan dan kelajuannya sangat berpatutan dengan harga. Juga sangat mesra pengguna. Ada pilihan lain, seperti Google Cloud Platform dan AWS, tapi anda mungkin perlu keluarkan kos yang lebih mahal.

Mengapa ServerFreak?

Sekiranya anda ingin menggunakan server dari Malaysia, ServerFreak adalah pilihan anda. Review pengguna agak memberangsangkan, dan harganya pun agak berpatutan. Mereka juga ada banyak pakej untuk dipilih, termasuklah Cpanel Hosting, WordPress Hosting, Cloud VPS, dan dedicated server.

Hosting WordPress - Hostinger

Mengapa Hostinger?

Kerana kestabilannya. Banyak shared hosting adalah murah, namun tidak semuanya berprestasi tinggi. Prestasi Hostinger cukup memuaskan, dan uptimenya adalah sangat bagus.

Harga permulaan adalah sangat berpatutan, tetapi kos untuk memperbaharui pakej mungkin agak mahal. Tetapi itu isu yang anda perlu fikirkan kemudian hari. Mana tahu, selepas 2-3 tahun, anda sudah mempunyai modal untuk upgrade pakej kepada Cloud Hosting / VPS?

Supportnya juga adalah 24/7. Walaupun setakat ini saya tidak pernah lagi perlu hubungi pihak support, review oleh pengguna-pengguna lain agak baik.

Juga, Hostinger mempunyai lokasi server di Singapore, yang tidak jauh dari Malaysia. Pastikan sekiranya sasaran pengguna anda berada di Malaysia, gunakan hosting atau sever yang berdekatan di Malaysia.


Tidak pasti nak langgan hosting dari mana? Rujuk artikel saya yang lain: Tips Memilih Syarikat Hosting.

Sekiranya anda ingin melanggan Hostinger, pastikan anda membeli menggunakan link affiliate saya. Sekiranya anda menggunakan link affiliate saya, selain daripada support pihak Hostinger, anda juga akan dapat support dari saya sendiri.

Share this article

shares