Perkhidmatan Membina Laman Web

Servis membina laman web kami agak unik. Kami tidak menyediakan sebarang pakej untuk dipilih, tetapi kami akan mengikut kehendak, spesifikasi dan bajet yang anda tetapkan.

Mengapa Pakej Laman Web Merupakan Pilihan Yang Tidak Baik?

Sebelum ini, kami turut memperkenalkan pakej membina website, namun setelah bertahun-tahun berurusan dengan pelanggan, kami merasakan dengan menggunakan pakej, ia hanya menyebabkan para pelanggan gagal mendapat nilai maksimum dari pelaburan mereka.

Ini kerana, dengan pakej, kebanyakan pereka laman web hanya mengikut spesifikasi yang dipilih sahaja, dan tidak semestinya semua ciri-ciri yang berada di dalam pakej tersebut adalah perlu bagi pelanggan.

Bagi setiap pelanggan, mungkin memerlukan ciri-ciri yang unik dan berbeza, mengikut kepada keperluan perniagaan masing-masing.

Tambahan pula, sekiranya pelanggan ingin menambah ciri-ciri atau fungsi yang baru, pelanggan perlu mengeluarkan kos tambahan lain pula.

Kesimpulannya, dengan pakej, anda mungkin membayar untuk fungsi laman web yang anda tidak perlukan, sedangkan anda boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan fungsi laman web yang anda benar-benar perlukan.

Ingatlah, tujuan laman web sebenarnya adalah untuk mendapatkan hasil. Sekiranya laman web anda gagal untuk memberikan anda hasil, mengapa anda perlu menggunakan laman web?

Pendekatan Yang Kami Gunakan

Sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan membina laman web kami, ini merupakan langkah-langkahnya:

  1. Anda akan dihubungi oleh wakil kami
  2. Perjumpaan dengan klien akan diaturkan. Sekiranya klien berada di lokasi yang jauh, pertemuan akan diaturkan secara laman web.
  3. Sesi konsultansi percuma akan dijalankan, sekitar 30-60 min, bergantung kepada keperluan klien. Berdasarkan latar belakang klien, kami akan memberikan cadangan jenis dan fungsi laman web yang diperlukan oleh klien.
  4. Klien akan mengisi borang “Product Request Form” yang kami berikan. Klien akan memberitahu spesifikasi dan menyatakan fungsi-fungsi yang diinginkan
  5. Kami akan memberi sebut harga berdasarkan spesifikasi yang klien tetapkan.

Cara ini mungkin berbeza dengan sistem pakej, di mana dengan pakej, syarikat yang memberi tahu, apa yang akan diberikan sekiranya anda melanggan pakej tersebut.

Di sini, kami menekankan kepada keinginan dan keperluan pelanggan dahulu.

Adakah Kosnya Lebih Mahal?

Tidak, bahkan ia mungkin lebih murah disebabkan anda hanya perlu membayar kos yang anda inginkan sahaja

Bagaimana Pula Dengan Kualiti Website Tersebut?

Kualiti laman web akan ditentukan oleh anda. Sama anda mahukan laman web mesra bajet atau laman web standard antarabangsa, semuanya ditetapkan anda.

Adakah Ada Sebarang Jaminan?

Setelah kedua-dua pihak jelas dengan fungsi dan ciri-ciri yang ditetapkan, dan sekiranya kami gagal mengikut spesifikasi yang ditetapkan klien, kami tidak akan menuntut sebarang bayaran untuk spesifikasi yang gagal ditunaikan.

Bagaimana Sekiranya Saya Berminat Dengan Servis Ini?

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan membina laman web kami, anda boleh hubungi wakil kami untuk perbincangan lanjut.