6 Perkara Penting Untuk Mula Belajar Programming

Sekiranya anda berada di sini, mungkin anda antara yang ingin belajar programming / pengaturcaraan. Jadi, soalan yang biasa ditanya adalah, bagaimana ingin mula? Apa yang perlu dibuat?

Di dalam artikel ini, admin akan kongsikan langkah demi langkah yang anda boleh ikuti sekiranya anda ingin belajar programming.

1. Peralatan untuk belajar

Ini adalah perkara yang paling penting. Sekiranya anda mempunyai peralatan yang sesuai, anda sudah pun boleh mempelajari ilmu pengaturcaraan ataupun programming.

Antara peralatan yang sesuai adalah:

– Laptop / computer riba
– Desktop
– Tablet / telefon bimbit

Sangat disarankan sekiranya anda mempunyai laptop/komputer untuk digunakan. Untuk permulaan, anda tidak perlu ada komputer yang canggih, sekadar komputer yang boleh berfungsi dengan baik dan boleh menggunakan internet sudah mencukupi.

Bergantung kepada kemampuan komputer anda, anda boleh memilih untuk belajar teknologi atau Bahasa pengaturcaraan anda. Ini disebabkan, ada sesetengah perisian yang memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi sebelum anda boleh menggunakannya dengan baik.

Bagi saya sendiri, saya mempunyai laptop biasa sahaja sewaktu mula belajar programming, jadi saya mempelajari ilmu seperti HTML, CSS, JavaScript dan Angular tanpa ada halangan. Hanya apabila saya upgrade laptop saya kepada yang lebih baik, baru lah saya belajar untuk membuat aplikasi mobil menggunakan Android Studio.

Bagi yang tiada komputer pula, jangan risau, anda boleh belajar programming juga, iaitu dengan menggunakan telefon pintar anda. Bagaimana ingin belajar menggunakan telefon pintar akan saya kongsikan nanti.

2. Pilih Bahasa Pengaturcaraan yang Anda Ingin Gunakan

Perkara seterusnya yang anda perlu tetapkan adalah bahasa pengaturcaraan anda:

Berikut adalah rekomendasi yang kami sarankan:

Bahasa Digunakan Untuk Kesukaran
HTML & CSS Website Senang
JavaScript Website Pertengahan
Java / Kotlin Aplikasi Android Pertengahan
Dart / Flutter Aplikasi Android dan IOS Pertengahan
Python Pelbagai aplikasi Pertengahan

3. Pilih Sumber Rujukan Utama Anda

Banyak sekali sumber untuk belajar programming di luar sana. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih sumber yang paling sesuai dengan anda. Ada yang gemar menonton video tutorial, jadi sumber yang elok adalah di Youtube dan juga Udemy.com. Walaupun untuk mendapatkan sumber rujukan terbaru daripada buku agak sukar, namun ada antara kenalan saya yang lebih gemar belajar daripada buku.

Ada juga yang lebih advance, mereka terus belajar daripada dokumentasi / sumber asal bahasa itu sendiri. Sumber asal adalah paling baik, namun bagi mereka yang baru, mungin agak sukar untuk memahami dokumentasi asal tersebut. Oleh itu, adalah sangat baik sekiranya anda mempunyai guru untuk membimbing anda.

4. Mula Menulis Kod Anda Sendiri

Saya ada jumpa ramai yang ingin belajar, tapi mereka tidak pun menulis walapun satu barus kod pun lagi. Menulis kod pertama anda tidaklah susah, anda hanya perlu cuba sahaja, dan anda tidak akan rugi apa-apa pun sekiranya mencuba.

Malah, bagi yang mencuba, ramai dalam kalangan mereka akhirnya menjadi tertarik dan jatuh cinta dengan pengaturcaraan.  Anda perlu cuba, dan rasai sendiri kehebatan pengaturcaraan.

5. Tetapkan Jadual dan Berdisiplin

Untuk menjadi pengaturcara yang baik, anda perlu berdisiplin dalam belajar dan menulis kod. Tetapkan jadual pembelajaran anda sendiri.

Ada yang tekad belajar secara pantas, seperti menghabiskan masa dalam beberapa hari / minggu untuk menghabiskan satu kursus yang dibeli dari Udemy.

Ada juga yang lebih santai, dan cuba mengalokasikan masa sekitar 1-2 jam setiap hari.

Sebagai pengaturcara, anda sebenarnya bebas menentukan jadual anda sendiri.

6. Berkomunikasi dan Dapatkan Pandangan daripada Programmer Lain.

Di Malaysia sendiri, ada banyak group untuk programmer. Ada group yang khas untuk bahasa tertentu, dan ada group yang umum. Anda boleh cari group tersebut di Facebook dan Telegram, tempat yang biasa para programmer ini aktif.

Anda juga boleh bertanya dengan kami, bahasa apa yang sesuai dengan anda. Hanya tinggalkan komen di bawah, dan tunggu sehingga ada yang membantu anda.

Kesimpulan

Sebagai pelajar baru, anda mungkin rasa risau atau takut untuk memulakannya. Jangan risau, ramai orang yang akan membantu anda. Kebanyakan programmer adalah mereka yang belajar dengan sendiri, termasuklah saya dan kawan-kawan. Kami pernah berada di tempat anda, dan kami berjaya setelah memulakan langkah kami dan berterusan mempelajari ilmu-ilmu pengaturcaraan.

Ada juga yang mungkin bertanya, “Saya dah bekerja dan berumur dekat 40, masih boleh kah saya belajar programming?”

Ilmu pengaturcaraan adalah ilmu yang tidak mengenal usia. Ada yang mula belajarnya dari umur 9 tahun lagi, dan ada juga programmer yang berjaya walaupun mula belajar programming pada usia 60 tahun. Ia bergantung kepada minat dan banyak mana usaha yang anda taburkan.

Share this article

shares