Penggunaan Peranti Pintar Dalam Perniagaan

Perubahan landskap perniagaan daripada bersifat tradisional kepada dalam talian ternyata memberi pelbagai implikasi kepada sesiapa saja yang terbabit dalam bidang ini mahupun mereka yang mahu bergelar usahawan.

Ini memandangkan zaman teknologi semakin menguasai industri dan bagi memastikan setiap urusan yang ingin dilakukan lancar, pelbagai peranti pintar telah digunakan bagi memastikan pengalaman membeli belah dapat ditingkatkan.

Antara kelebihan-kelebihan yang ditawarkan oleh teknologi pintar ialah:

  • Memastikan pembeli sentiasa mendapat maklumat

Lebih daripada separuh pelanggan mencari maklumat berkenaan produk melalui telefon mereka semasa membeli belah di kedai. Peniaga dapat memenuhi keperluan tersebut dengan memanfaatkan IoT.

Sebagai contoh, Bluetooth boleh menghantar maklumat mengenai produk baru atau tawaran menerusi telefon pelanggan ketika mereka berjalan melintasi kedai.

  • Memudahkan proses pembuatan keputusan

Kebanyakan pelanggan tidak akan memasuki bilik persalinan untuk kedua kali walaupun pakaian yang mereka cuba tidak sesuai.

Penggunaan cermin pintar dapat membantu pelanggan membuat pilihan dengan membolehkan mereka mencuba produk dalam saiz atau warna yang berbeza secara maya.

Peranti pintar ini juga membantu pelanggan menyenaraipendekkan pilihan mereka dengan cepat seterusnya memudahkan mereka untuk membuat keputusan tanpa gangguan.

  • Mengoptimumkan pengurusan perniagaan

Peranti pintar baharu juga membantu pengurus mengoptimumkan pengurusan barangan dan inventori serta menambahbaik pengalaman membeli belah.

Sebagai contoh, carta membeli belah yang dilengkapi sensor dapat memberikan maklumat kepada peniaga mengenai corak membeli belah. Hal ini membolehkan mereka menawarkan barangan yang mungkin menjadi pilihan pengguna.

  • Personalisasikan pengalaman pengguna

Teknologi runcit merupakan cara terbaik untuk mengumpulkan data pembeli.

Sebagai contoh, pelanggan sangat tertarik dengan tawaran program yang memberikan ganjaran kepada pembeli. Peniaga boleh mewujudkan program ganjaran digital untuk mengumpulkan data pelanggan. Ini dapat memberi kelebihan dari sudut kesetiaan pelanggan terhadap jenama atau kedai.

Namun begitu, sangatlah penting untuk membuat survey yang disertakan perancangan agar setiap soalan yang diajukan bermakna seterusnya membuatkan pelanggan tidak merasakan soal selidik tersebut sebagai sesuatu yang membuang masa.

Contoh Penggunaan Peranti Pintar

1. Rak Pintar

Sistem rak pintar mengandungi tiga elemen, iaitu tag RFID, pembaca RFID dan antena.

Apabila barang diletakkan, tag RFID mempunyai litar bersepadu dan antena mikrocip yang menghantar data ke pembaca RFID. Maklumat dikumpulkan dari tag RFID dan dihantar ke platform IoT di mana ia disimpan dan dianalisis.

Rak pintar sangat sesuai untuk pengurusan inventori kerana ia secara automatik dapat memantau inventori dan menghantar amaran kepada pengurus sekiranya terdapat item yang tidak begitu laris atau menghampiri tarikh expired.

Oleh itu, peranti yang mempunyai sambungan sangat penting untuk mengelakkan berlakunya lebihan stok, kekurangan barang dan kecurian. Dengan menggunakan penjejakan inventori, peniaga dapat mengurangkan stress, menghapuskan kesilapan operasi dan menjimatkan kos.

Selain itu, rak pintar juga boleh mengaplikasikan kecerdasan pintar dengan memahami tingkah laku pelanggan.

Keinginan dan keperluan pelanggan dapat dikenalpasti melalui pemantauan dan penghantaran data mengenai keberadaan item. Oleh itu, peruncit dapat mengumpulkan maklumat tersebut bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan, peningkatan interaksi pelanggan dan peningkatan jualan.

2. Beacon

Beacon (iBeacons, Eddystone, altbeacon etc) berfungsi sebagai komponen utama IoT. Beacon yang mula diperkenalkan oleh Apple pada tahun 2013 merupakan pemancar radio bluetooth yang menggunakan sambungan bluetooth bertenaga rendah untuk menghantar notifikasi ke telefon pintar berdasarkan jarak.

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat mengenai diskaun, tawaran menarik, acara istimewa dan sebagainya ketika mereka menghampiri kedai.

Peruncit boleh meletakkan peranti kecil ini di mana-mana bahagian kedai dan mendapatkan ROI yang lebih baik.

3. Cermin Pintar Dan Pemakaian Maya

Cermin pintar yang ditempatkan dalam bilik salinan boleh mencadang barangan lain berdasarkan kemahuan anda dengan menggunakan sistem pengimbasan label RFID.

Cermin pintar juga telah dipakai oleh jenama-jenama seperti Burberry dengan menerapkan unsur Augmented Reality yang membolehkan pembeli mencuba pakaian secara maya tanpa perlu menyarung secara fizikal.

4. Caper Lab

Teknologi sensor dan pengesanan imej Amazon-Go AI telah memperkenalkan troli pintar Caper Lab.

Caper Lab hanya memerlukan pembeli melakukan tiga proses sahaja, iaitu scan, bayar dan pergi. Bagaimana ia boleh berlaku dengan semudah itu?

  • Scan – Pengguna perlu mengimbas kod bar barangan dan meletakkannya dalam troli tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi.
  • Bayar – Setelah selesai membeli belah, pengguna boleh melakukan pembayaran secara langsung dari troli menggunakan kad debit/kredit dan resit akan dihantar melalui telefon.
  • Pergi – Ambil barangan yang telah dimasukkan ke dalam plastik dan pengguna boleh pulang tanpa perlu berbaris di hadapan kaunter.

Bagaimana ia berfungsi?

Caper menggabungkan pengesanan imej dan sensor berat untuk mengenalpasti item tanpa mengimbas kod

Setiap kali pengimbasan dilakukan, troli tersebut akan mengambil 120 gambar dan menimbang item tersebut dengan tepat untuk melatih algoritma penglihatan mesin tersebut.

Selain itu, skrin pengesan item Caper juga dapat membantu mencadangkan dan mempromosikan item berkaitan atau berhampiran.

Caper juga mencadangkan bahan-bahan yang mungkin diperlukan dalam sesebuah resepi berdasarkan barang-barang yang telah dimasukkan ke dalam troli.

5. Gudang Pintar

Gudang pintar merupakan sistem yang mengautomasikan pelbagai komponen dalam operasi. Sama seperti rumah pintar, gudang pintar didayakan dengan beberapa teknologi automatik dan saling dihubungkan.

Teknologi ini bekerjasama untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan gudang, meminimumkan bilangan pekerja serta mengurangkan kesilapan.

Apa yang ada dalam gudang pintar?

  • Robotik

Robot pergudangan yang ditugaskan untuk mengendalikan proses pemilihan dan pembungkusan barangan.

Mempunyai rupa bentuk yang agak sama seperti vakum pintar Roombas, robot gudang dicipta untuk mengautomasi proses pemilihan dengan membawa rak produk kepada pekerja manusia yang ditugaskan untuk memenuhi pesanan pembungkusan.

Antara kelebihan penggunaan robotik ialah:

  1. Boleh bergerak lebih laju berbanding manusia
  2. Boleh membawa lebih banyak muatan
  3. Boleh mengenalpasti laluan optimum untuk mengambil produk yang diperlukan
  • Radio-Frequency Identification (RFID)

Pengenalpastian Frekuensi Radio (RFID) membantu mengorganisasi dan mengawal inventori. RFID telah menghapuskan kaedah pengesanan kertas analog lama dengan memperkenalkan kaedah pengesanan pembungkusan menggunakan tag digital.

Gelombang radio digunakan untuk memindahkan data antara tag digital, sistem pengimbasan automatik dan merekodkan maklumat produk.

  • Artificial Intelligence (AI)

AI membantu robot gudang mencari laluan terbaik untuk mengambil barang. Ia juga boleh digunakan untuk menentukan kesesuaian jenis kotak , bilangan, saiz dan berat produk.

Sesetengah gudang juga menggunakan mesin yang boleh membungkus produk menggunakan AI untuk hasil yang lebih efisyen.

  • IoT

Penggunaan IoT dalam sistem pengurusan gudang pintar bermula daripada penerimaan produk. Apabila penghantaran diterima, pengimbas RFID akan mengimbas tag dan menghantar maklumat berkenaan barangan kepada Sistem Pengurusan Gudang (WMS).

WMS kemudian berkomunikasi dengan robot untuk memaklumkan tentang barang-barang yang harus disimpan di gudang.

  • Sistem Pengurusan Gudang (WMS)

WMS mempunyai banyak kegunaan, dari mengumpulkan data yang bernilai hingga membantu pengguna menguruskan proses pergudangan. Ini membolehkan pengguna mengesan tahap keberkesanan operasi harian gudang seterusnya melakukan penambahbaikan.

Share this article

shares