Penggunaan Peranti Pintar Dalam Bidang Perubatan

Kelebihan Penggunaan Peranti Pintar

Walaupun teknologi tidak mampu menghalang penduduk dari penuaan atau membasmi penyakit kronik sekaligus, namun penciptaannya lebih kepada usaha untuk memudahkan penjagaan kesihatan dari segi aksesibiliti.

Diagnostik perubatan menjadi penyumbang terbesar bil hospital. Teknologi boleh memindahkan rutin pemeriksaan dari hospital ke rumah. Diagnosis yang tepat juga dapat mengurangkan keperluan kemasukan ke hospital.

Dengan menggunakan kaedah penjagaan kesihatan berasaskan teknologi ini, terdapat banyak manfaat yang dapat menambahbaik kualiti dan kecekapan rawatan seterusnya mendorong kepada peningkatan taraf kesihatan pesakit.

Antara kelebihan penggunaan peranti pintar dalam kaedah penjagaan kesihatan ialah:

  • Membolehkan doktor melihat hasil ujian dari jauh
  • Meningkatkan kecekapan kerja melalui pengautomasian kertas kerja
  • Menambahbaik komunikasi antara doktor dan nurse
  • Membantu komunikasi antara doktor dan pesakit
  • Membolehkan pemantauan pesakit secara langsung

Contoh-contoh Peranti Pintar Yang Digunakan

Peranti pintar telah banyak membantu dunia perubatan dari segi pengumpulan data, memberi pandangan mengenai trend dan simptom, serta membolehkan penjagaan dari jauh.

Berikut merupakan beberapa contoh pengaplikasian peranti pintar dalam penjagaan kesihatan:

1. Alat Bantuan Pendengaran Pintar (Hearables)

Hearable telah memberi impak besar kepada industri penjagaan kesihatan dengan membantu individu yang mempunyai masalah pendengaran. Bagaimana? Berikut merupakan contoh-contoh kegunaan lain bagi alat bantuan pendengaran pintar dalam bidang kesihatan.

  • Pemantauan kadar degupan jantung

Pemantauan kadar degupan jantung bukan lagi sesuatu yang anda hanya boleh lihat di jam tangan pintar sahaja. IRiverON Bluetooth Headphone merupakan salah satu teknologi hearable yang telah dikeluarkan pada tahun 2013.

Pengeluar headphone terbesar seperti Jabra Sport Pulse, Sony B-trainer, SMS Audio Biosport, Huawei R1 Pro dan fon telinga LG HR kini telah memiliki ciri pengesanan kadar jantung

  • Mengukur suhu badan

Oleh kerana hearables dicipta khas untuk telinga, ia dapat dijadikan sebagi medium terbaik untuk mengukur suhu badan. Cosinuss' DegreeĀ° merupakan gabungan antara termometer yang boleh dipakai dalam telinga dan aplikasi bantuan yang boleh mengesan suhu badan dan menyediakan cadangan rawatan pintar.

  • Pembantu maya

Kebanyakan hearable dilengkapi pembantu suara seperti Siri Apple atau Amazon's Alexa. Hearable seperti Vi Sense dan Vinchi mempunyai pembantu suara maya yang boleh melakukan pelbagai tugasan dari menukar muzik hingga memberitahu kadar degupan jantung anda.

Teknologi-teknologi suara seperti ini berperanan dalam menjaga pesakit dengan memberi peringatan tentang pengambilan ubat-ubatan, latihan atau menghadiri temujanji.

2. Ingestible Sensors

Sensor elektronik bersaiz pil yang berfungsi untuk memantau ubat dalam badan pesakit dan mengesan sekiranya terdapat sebarang masalah. Proteus Digital Health merupakan salah satu contoh sensor berbentuk pil yang baru tiba di pasaran.

Oleh kerana sensor ini masih lagi baru dalam pasaran, ia tidak boleh melakukan banyak perkara lagi selain mengukur pH, suhu dan tekanan atau melakukan pemantauan sama ada pesakit telah mengambil ubat atau belum.

3. Moodables

Moodables merupakan peranti yang membantu meningkatkan mood sepanjang hari. Ia mungkin kedengaran seperti fiksyen sains, tetapi ia tidak jauh dari realiti.

Thync dan Halo Neurosciences telah membuktikan kewujudannya dengan menghasilkan ciptaan yang luar biasa.

Moodables merupakan peralatan yang dipasang di kepala yang mampu membaca gelombang otak dan menghantar arus berintensiti rendah ke otak untuk meningkatkan mood si pemakai.

Thync Calm Vibes merupakan peranti baru yang dipakaikan di kepala untuk memberi pemakai kesan yang menenangkan dan mengurangkan anxiety

4. Smart Continuous Glucose Monitoring (CGM) dan Pen Insulin

CGM merupakan alat yang membantu pesakit kencing manis untuk memantau kadar glukosa darah secara berterusan selama beberapa hari dalam satu rawatan.

CGM pintar seperti Eversense dan Freestyle Libre menghantar data mengenai tahap glukosa darah ke aplikasi iPhone, Android atau Jam Apple. Hal ini dapat memudahkan pemakai untuk menyemak maklumat tersebut dan mengesan trend.

Aplikasi Freestyle LibreLink juga membolehkan penjaga melakukan pengawasan dari jauh.

Satu lagi peranti pintar yang sedang digunakan dalam merawat pesakit diabetes ialah pen insulin pintar. Brand-brand seperti Gocap, InPen dan Esysta mempunyai kebolehan untuk merekod masa, jumlah dan jenis insulin yang disuntik dalam satu dos serta mencadangkan jenis suntikan insulin yang tepat mengikut masa.

Peranti juga berinteraksi dengan aplikasi telefon pintar yang boleh menyimpan data jangka panjang, membantu pesakit mengira dos insulin serta membolehkan pesakit merekod pemakanan dan tahap gula dalam darah pesakit. Proses ini bertujuan untuk melihat bagaimana makanan dan insulin yang diambil memberi kesan kepada gula dalam darah mereka.

5. Inhaler Pintar

Pengeluar teknologi inhaler pintar terbesar, Propeller Health telah memperkenalkan sensor yang melekat pada alat pernafasan atau spirometer bluetooth.

Ia disambungkan kepada sebuah aplikasi dan membantu penghidap asma, Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik (COPD), emphysema dan bronkitis kronik memahami punca penyakit mereka, mengesan penggunaan ubat penyelamat dan menyediakan ramalan alergen.

GlaxoSmithKline Inhaler

Antara kelebihan menggunakan inhaler pintar ialah:

  • Pengambilan ubat yang lebih konsisten dan kerap
  • Menghasilkan laporan yang boleh dikongsi dengan doktor
  • Memberi motivasi dan kejelasan kepada pesakit tentang bagaimana penggunaan inhaler pintar mampu menambahbaik keadaan mereka

6. Aplikasi Apple Watch

Takeda Pharmaceuticals USA dan Cognition Kit Limited telah berkolaborasi pada tahun 2017 untuk meneroka penggunaan aplikasi Apple Watch untuk mengawasi dan menilai penghidap Major Depressive Disorder (MDD).

Untuk mendapatkan pemantauan yang lebih baik, pengguna aplikasi perlu menjalani ujian koginitif dahulu yang bertujuan untuk mengukur perhatian, memori dan kelajuan reaksi sepanjang hari tersebut.

Aplikasi ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan di mana 95% pengguna menggunakan peranti ini pada setiap hari untuk menilai mood mereka, manakala 96% digunakan untuk mengukur kognisi mereka.

Bagaimana Aplikasi Ini Berfungsi?

1) Lingkaran Aktiviti Apple Watch menunjukkan progres anda dalam setiap 3 metrik.

2) Lingkaran separuh berwarna biru menunjukkan bahawa anda perlu berdiri dan berjalan kaki.

1) Animasi yang akan berkembang apabila anda tarik nafas dan mengecut apabila menghembus

7. ADAMM

ADAMM merupakan pemantau asma pintar yang boleh dipakai di tubuh badan. Peranti ini berupaya untuk mengesan simptom serangan asma sebelum ia datang menyerang. oleh itu, pemakai boleh melakukan apa yang patut sebelum serangan tersebut menjadi semakin teruk.

Peranti ini menghasilkan getaran untuk memberitahu si pemakai tentang serangan asma yang akan berlaku pada masa yang sama, ia juga boleh menghantar mesej kepada penjaga yang telah ditetapkan.

Ciri lain yang terdapat pada peranti ialah dapat mengesan sama ada pesakit sudah menggunakan inhaler atau belum dan jurnal suara yang berfungsi untuk merakam perkara-perkara seperti perubahan, perasaan dan tingkah laku.

Selain itu, ia juga mempunyai teknologi algoritma yang mempelajari apa yang biasa dilakukan oleh pemakai dari masa ke semasa. Anda boleh rujuk artikel sebelum ini berkenaan pembelajaran mesin.

8. Kanta Pelekap Pintar

Pada tahun 2014, Google Life Sciences yang juga dikenali sebgai Verily telah mengumumkan bahawa mereka akan membina sebuah kanta pelekap pintar yang boleh mengukur glukos air mata dan menyediakan sistem amaran awal untuk pesakit kencing manis.

Hal ini bertujuan untuk memberi amaran kepada mereka sama ada tahap glukosa darah mereka menurun atau meningkat melebihi paras yang ditetapkan.

Verily juga telah mengusahakan dua program kanta pelekap pintar bersama Alcon (syarikat pharmaceutical). Program tersebut bertujuan untuk merawat presbyopia atau simptom rabun dekat yang disebabkan oleh kehilangan keanjalan dalam kanta mata serta pemulihan pembedahan katarak.

Syarikat Swiss Sensimed juga telah mencipta kanta pelekap pintar yang dikenali sebagai Triggerfish. Triggerfish mempunyai ciri hebat seperti merekod perubahan dalam dimensi mata yang boleh menyebabkan glaukoma secara automatik.

Triggerfish Contact Lenses

Share this article

shares