3 Penggunaan Peranti Pintar Dalam Bidang Pertanian

Transformasi teknologi dalam industri pertanian sudah tidak asing lagi. Hal ini kerana dengan menggunakan pelbagai alat pertanian pintar, petani dapat menjana pulangan yang lebih baik dari segi kawalan proses peningkatan ternakan dan tanaman serta menjadikan proses ini lebih mudah untuk diramalkan dan diuruskan dengan cekap.

Apa Itu Pertanian Pintar? – Definisi

Pertanian pintar merupakan konsep pengurusan pertanian menggunakan teknologi moden untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti produk pertanian.

Petani pada abad ke-21 mempunyai akses kepada GPS, pengimbasan tanah, pengurusan data dan teknologi IoT. Pengukuran variasi padang yang tepat disertai strategi yang sesuai dapat meningkatkan keberkesanan racun perosak, baja dan sebagainya.

Para petani dapat memantau keperluan setiap haiwan ternakan dan menyesuaikan nutrisi mereka dengan lebih baik seterusnya dapat mencegah penyakit dalam kalangan haiwan ternakan.

Kelebihan Pertanian Pintar

Terdapat beberapa cara peranti pintar boleh meningkatkan sektor pertanian, antaranya ialah:

  • Penggunaan sensor: Sensor dapat mengumpul sejumlah besar data merangkumi keadaan cuaca, kualiti tanah, tumbesaran atau kesihatan ternakan.
  • Kawalan yang lebih baik: Keupayaan untuk meramalkan hasil pengeluaran membolehkan petani merancang pengadaran produk dengan lebih baik. Hasilnya, risiko pengeluaran dapat dikurangkan.
  • Pengurangan kos pengurusan dan pembaziran: peranti pintar dapat mengesan sebarang kelainan dalam pertumbuhan tanaman atau kesihatan ternakan. Hasilnya, petani dapat mengurangkan risiko kehilangan hasil.
  • Meningkatkan kecekapan perniagaan melalui automasi proses: Melalui peranti pintar, petani dapat mengautomasikan beberapa proses kitaran pengeluaran seperti pengairan, pembajaan atau kawalan racun perosak.
  • Kualiti dan isipadu produk dapat ditingkatkan

Contoh Penggunaan Peranti Pintar Dalam Pertanian

1. Sistem penjejak lembu ternakan

Pemasangan sensor atau peranti penjejak pada kolar, telinga, kaki, ekor lembu atau mikrocip ingestible membolehkan para petani mengesan aktiviti ternakan atau tingkah laku utama lain seperti aktiviti pembiakan untuk meningkatkan output dan kualiti ternakan.

Kelebihan

  • Dapat mengesan haiwan dengan mudah
  • Dapat mengesan haba untuk pembesaran yang lebih baik serta menyasarkan masa terbaik untuk inseminasi
  • Dapat mengesan kepincangan serta melakukan pemantauan untuk mengasingkan lembu yang sakit
  • Penjejakan lokasi GPS untuk memantau kawanan
  • Pengesanan mastitis awal untuk mengurangkan risiko kehilangan susu
  • Mengenalpasti sama ada haiwan ternakan berada dalam keadaan sejuk

2. Rumah hijau pintar

Rumah hijau pintar merupakan sebuah revolusi dalam bidang pertanian, mewujudkan sistem automasi, microclimate yang sesuai melalui penggunaan sensor, penggerak serta sistem pengawasan dan kawalan yang mengoptimumkan keadaan pertumbuhan.

Teknologi utama yang digunakan dalam rumah hijau pintar ialah HVAC, lampu LED, teknologi komunikasi, sistem irigasi, pengendalian bahan, injap & pam dan sistem kawalan.

Ciri-ciri Rumah Hijau Pintar

1) Sistem pengawasan dan kawalan jarak jauh

  1. Memerhatikan setiap KPI rumah hijau
  2. Dapatkan update mengenai tumbuhan dan ternakan secara langsung di mana sahaja
  3. Melindungi tumbuhan dari cuaca ekstrim
  4. Mengesan jumlah hasil dan penjimatan kos

2) Pemantauan secara serentak

  1. Dapatkan grafik masa nyata, kelembapan, kilauan dan penggunan tenaga
  2. Tahu ROI rumah hijau anda dengan membandingkan produktiviti tumbuhan
  3. Menghidup atau mematikan kipas, ventilasi, cahaya atau pam menerusi peranti mudah alih
  4. Dapat mengetahui masa terbaik untuk menuai

3) Analisis Ternakan

  1. Boleh mendapatkan perhatian sepenuhnya mengenai keperluan tumbuhan, seperti nutrien tanah
  2. Dengan algoritma pembelajaran mesin, anda boleh disediakan dengan tenaga dan air yang diperlukan untuk tumbuhan
  3. Tukar tanah anda dan ketahui tarikh penuaian berdasarkan data
  4. Mengenalpasti keuntungan yang dianggarkan
  5. Menjejaki produktiviti tumbuhan pada setiap empat bulan

4) Pengesanan penyakit tumbuhan

  1. Mengenalpasti dan mengawal penyakit tumbuhan sebelum merebak
  2. Mengekalkan kesuburan tanah dengan memantau tahap nutrien
  3. Cadangan rawatan penyakit tumbuhan yang paling sesuai
  4. Mengira jumlah baja yang diperlukan dengan tepat
  5. Tidak memerlukan pakar diagnostik tumbuhan

Kelebihan

  • Mengekalkan keadaan iklim mikro yang ideal
  • Menambahbaik proses pengairan dan pembajaan
  • Mengawal jangkitan dan mengelakkan penyakit
  • Mencegah kecurian dan meningkatkan keselamatan

4. Robotik pertanian

Robot pertanian merupakan robot yang digunakan untuk tujuan pertanian. Bidang utama penggunaan robot pada masa ini ialah penuaian. Kemunculan aplikasi robot atau drone dalam bidang pertanian merangkumi kawalan rumpai, pembenihan awan, penanaman benih, penuaian, pemantauan alam sekitar dan analisis tanah.

Di bawah merupakan contoh-contoh penggunaan robotik dalam bidang pertanian:

1. Robot Penuai

Dengan menggunakan alat penglihatan mesin dan robotik, sistem penuaian baharu mula muncul untk meningkatkan lagi nilai tanaman.

Robot penuai dapat melalui lorong-lorong yang terdapat dalam rumah hijau dan dapat mengenalpasti dengan tepat tumbuh-tumbuhan yang masak dan matang, memetik dan meletakkan dalam kotak.

Untuk pemahaman yang lebih jelas, anda boleh lihat dalam video di bawah.

2) Robot Penyusun

Selain menuai, tugasan buruh lain yang boleh dilakukan oleh robot ialah menyusun tanaman. Robot dapat meningkatkan kualiti dengan mengoptimumkan penempatan tumbuhan dan mengurangkan kos penghasilan seperti jumlah air, makhluk perosak, herbicide dan baja yang digunakan

Kelebihan

  1. Jarak yang semakin berkurang dan konfigurasi ruang yang optimum menjanjikan pengurusan rumah hijau yang lebih cekap
  2. Mengurangkan risiko kecederaan pekerja dan tuntutan pampasan pekerja
  3. Membolehkan campuran tanaman yang kompleks
  4. Jadual penuaian tanaman 24jam

Share this article

shares