Penggunaan Peranti Pintar Dalam Bidang Pendidikan

Pendidikan pintar mempunyai matlamat untuk meningkatkan keupayaan pelajar pada abad ke-21 khususnya kemampuan menyelesaikan masalah. Bilik darjah digital merupakan kaedah pedagogi moden yang mengubah cara pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Di bawah, admin telah menyenaraikan bagaimana teknologi telah merubah sektor pendidikan pada hari ini.

1. Projektor

Projektor WXGA Interaktif BenQ boleh memaparkan imej interaktif pada hampir semua permukaan rata. Projektor fleksibel seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah boleh disambungkan ke pelbagai peranti yang membolehkan para pendidik dan pelajar menggunakannya sepenuhnya.

2. Papan Putih Interaktif

Jika dahulu papan putih telah menggantikan papan hitam tradisional, kini, kemajuan teknologi telah membawa kepada kewujudan papan putih interaktif yang telah mengambil alih sepenuhnya fungsi papan putih biasa.

Papan pintar merupakan teknologi yang disambungkan pada komputer dan bekerja bersama projektor. Oleh itu, seorang guru boleh memaparkan apa sahaja di permukaan papan putih yang sensitif terhadap sentuhan.

Proses PnP juga boleh dilakukan dengan menggunakan jari, pen atau stylus. Seiring dengan pendedahan terhadap telefon pintar yang semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak, papan putih pintar dilengkapi pelbagai ciri menarik yang mampu menambah keseronokan dalam setiap sesi pembelajaran.

Papan Promethean merupakan salah satu teknologi papan putih pintar. Seluas imaginasi anda, Promethean merupakan papan putih digital gergasi yang tidak terbatas di mana pelajar bebas memanipulasi imej atau mengawal kamera di bulatan arktik.

Promethean Board

3. Meja Pintar

Meja pintar merupakan teknologi mengadaptasi maklumat dari dinding dan memaparkannya pada meja. Teknologi ini memfokuskan inovasi untuk mencipta pparan yang lebih kukuh dan menyokong lebih banyak interaksi secara serentak.

Meja pintar mampu mengendalikan 40 titik sentuhan unik dalam satu masa. Ia sangat sesuai digunakan dalam bilik darjah yang dipenuhi pelajar-pelajar muda yang bersemangat.

Kedudukan atau susun atur meja pintar menjadikannya lebih aksesibel untuk ramai pengguna berbanding papan putih yang hanya boleh disentuh oleh seorang atau dua orang sahaja dalam satu masa.

4. Buku Teks Digital

Buku elektronik atau eBook biasanya diedarkan sebagai fail digital yang boleh digunakan pada mana-mana komputer atau peranti mudah alih yang sesuai.

Fail tersebut boleh dimuat turun dengan segera dari internet secara percuma. Setelah dimuat turun, anda mempunyai akses penuh untuk membaca kandungan buku tersebut. Selain itu, anda juga boleh mencatat nota, highlight isi penting dan menanda laman buku (bookmark) sama seperti buku kertas tradisional.

5. Scanmarker

Melalui wayar atau tanpa wayar, pengguna Scanmarker boleh mengimbas teks yang terdapat pada buku, kertas atau dokumen lain terus ke telefon, tablet atau komputer dengan pantas.

Teks tersebut kemudian boleh diterjemahkan kepada lebih 40 bahasa. Bukan itu sahaja, terdapat juga fungsi yang membolehkan anda mendengar semasa anda mengimbas.

6. Locorobo

Locorobo merupakan teknologi yang membekalkan pengetahuan mengenai pengaturcaraan dan robotik. Locorobo menggunakan robot untuk mengajar bahasa pengekodan seperti Python, C, Javascript dan MATLAB.

Kursus LocoIoT memberi arahan kepada pelajar tentang cara membina , merekabentuk dan menyambungkan sistem IoT. Terdapat beberapa projek di bawah Locorobo yang sangat dominan dalam dunia pembelajaran pengaturcaraan, antaranya ialah:

LocoXtreme

LocoXtreme menyediakan peluang pengajaran kreatif yang tidak berpenghujung melalui penggunaan 6 sensor yang berbeza.

Ia menginspirasi pelajar untuk mencipta corak gerakan yang canggih menggunakan encoder motor, mengesan rintangan menggunakan sensor ultrasonik, mengajar konsep graviti menggunakan pecutan dan giroskop serta membongkar misteri medan magnet bumi menggunakan magnetometer.

Apa yang lebih menarik mengenai LocoXtreme ialah ia dapat mengajar pelbagai disiplin seperti pengekodan, robotik, sensor, fizik, matematik, muzik, rekabentuk 3D dan banyak lagi.

LocoDrone

Locodrone merupakan pendidikan yang melibatkan pelajar dalam cabaran teknikal aerodinamik, aeronautik, teori kawalan dan reka bentuk robotik udara.

Selain itu, Locodrone juga mendedahkan pelajar kepada kemahiran dunia nyata sebagai persediaan untuk menempuhi alam pekerjaan seperti:

  • Pengekodan Java atau Python Standard Industri
  • Analisis Data Sensor dan Pembuatan Keputusan
  • Visualisasi Data
  • Multi-Robotik bersama LocoXtreme

Ciri-ciri LocoDrone

  • Menggunakan Classroom Indoor Drone dilengkapi rangka pelindung.
  • Menggunakan Pythone atau Java sebagai kod pengawal drone.

LocoWear

Mengaplikasikan pengekodan dunia nyata dan teknologi sensor untuk membangunkan industri penjagaan kesihatan. Locowear boleh dipasangkan pada mana-mana anggota badan untuk mengumpulkan data gerakan.

Ciri-ciri LocoWear:

  • Boleh dipasangkan pada mana-mana anggota badan untuk mengumpulkan data gerakan.
  • Diprogramkan dengan kod Python.
  • Melibatkan pelajar dalam Projek Berasaskan Pembelajaran (PBL), fizik pergerakan anatomikal, statistik dan analisis data.

MyLoopy

MyLoopy merupakan robot berketinggian 3 inci, berwarna hijau & biru dan mempunyai kubah yang berfungsi untuk mengeluarkan cahaya.

myLoopy juga merupakan sebuah alat pembelajaran yang meneroka sains interaktif menggunakan sensor, cahaya dan bunyi robotik serta melibatkan kanak-kanak berusia seawal empat tahun untuk menulis kod komputer secara praktikal.

Dengan kecerdasan buatan (AI) , MyLoopy dilengkapi tujuh sensor yang bertindak balas terhadap sentuhan, cahaya, bunyi, suhu dan pergerakan untuk belajar dari pengguna dan persekitarannya.

Oleh kerana alat ini diciptakan untuk berinteraksi dengan kanak-kanak, kecerdasan algoritma telah diprogramkan untuk menentukan kesesuaian ekspresi robot mengikut keadaan.

7. Podium Digital

Podium digital merupakan meja syarahan moden yang dilengkapi pelbagai komponen atau peranti media yang menghasilkan sesi pembelajaran tanpa gangguan.

Komponen-komponen tersebut ialah amplifier, pembesar suara dan mikrofon. Podium tersebut turut dilengkapi UPS yang menyediakan bekalan tenaga tanpa gangguan, sistem rakaman kuliah, ruang simpanan yang cukup untuk visualizer, laci papan kekunci dan sebagainya.

Dengan podium digital, anda tidak perlu lagi meletakkan salinan skrip di atas meja semasa menyampaikan syarahan. Kelebihan lain yang dimiliki podium ini ialah pensyarah dapat mengawal paparan skrin tanpa perlu meninggalkan podium atau melibatkan orang lain untuk membantu menekan butang ‘next' pada laptop untuk pergi ke slaid seterusnya.

Share this article

shares