Penggunaan IoT Dalam Dunia Sebenar

Menurut laporan Gartner, peranti yang bersambung dengan semua teknologi akan mencapai 20.6 bilion menjelang 2020.

Sumber: HP

Kita semua akan memasuki era di mana terdapat sambungan yang sangat maju antara rangkaian, sistem dan peranti yang akan melangkaui interaksi antara manusia dengan mesin dan mesin dengan mesin.

Di sini admin akan mendedahkan contoh aplikasi IoT dalam bidang yang berbeza yang membentuk asas kehidupan seharian kita.

1. Rumah Pintar

Kes ini mungkin menjadi contoh IoT yang paling popular. Rumah pintar merupakan produk yang direka untuk memberikan anda kemudahan dan keselesaan yang optimum di samping menjanjikan penjimatan masa, tenaga dan wang.

Gambar di bawah menunjukkan kelengkapan-kelengkapan yang dimiliki oleh rumah pintar.

Sumber: Data Driven Investor

2. Pertanian

Sumber: Techno FAQ

Para petani sangat bergantung pada peranti pintar dan menggunakannya dalam pengurusan pertanian dan ternakan.

Dari segi prestasi dan keberkesanan, penggunaan IOT yang paling terbaik dalam bidang ini termasuklah penggunaan dron, pelbagai alat untuk memeriksa komposisi tanah dan meramalkan perubahan iklim serta mengesan penyakit dalam kalangan haiwan ternakan dan mengesan lokasi mereka.

Dalam konteks ini, Internet of Things sangat berguna dalam menggantikan tugas-tugas yang selama ini dilakukan oleh manusia.

3. Perindustrian

Peningkatan kecekapan operasi adalah objektif utama untuk menggunakan IoT dalam sektor perindustrian. Penggunaan IoT dalam penyelenggaraan ramalan mampu mengurangkan kos sebanyak 30% dan kerosakan sebanyak 70%.

Antara aplikasi IoT terbaik dalam bidang perindustrian ialah sensor, program, sistem perisian dan analisis data besar untuk reka bentuk futuristik dan pengiraan yang betul.

Apache Corporation, syarikat peneroka minyak dan gas menggunakan IoT untuk membantu pelanggan meramalkan waktu kegagalan pam minyak akan berlaku. Hanya mengurangkan 1% daripada kegagalan dapat meningkatkan pengeluaran minyak dunia sebanyak $19 bilion setahun.

Di samping itu, IoT juga dapat meningkatkan produktiviti dan membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh manusia terutamanya dalam mengawal kualiti dan kemampanan.

Oleh itu, aplikasi industri IoT mempunyai semua peluang untuk terus memenuhi sfera dan meningkatkan pasaran.

4. Peruncitan

Contoh Laman E-commerce

Antara contoh aplikasi IoT dalam bidang peruncitan ialah penggunaan telefon pintar dalam memudahkan komunikasi antara peruncit dan pembeli.

Barangan atau perkhidmatan yang dicari boleh muncul di depan mata pelanggan pada waktu dan tempat yang betul. Seperti yang dapat kita lihat sekarang, hanya dengan beberapa klik, pembeli tidak perlu berjalan jauh untuk mendapatkan barangan yang diperlukan.

Tambahan lagi, peruncitan pintar membuka peluang untuk menghasilkan pengiklanan yang tepat, kitar rantaian bekalan yang lebih baik dan analisis sebenar model permintaan.

5. Penjagaan Kesihatan

Peralatan kesihatan diri telah lama wujud  tetapi fungsinya telah ditambahbaik dengan pengumpulan lebih banyak data dan disambungkan ke internet untuk berkongsi dan menyampaikan maklumat.

Peranti IoT meliputi banyak kategori yang berbeza daripada pengesanan lokasi, penjejakan kecergasan, peningkatan hayat hingga pengumpulan tanda-tanda penting. Terdapat sebuah cip kecil yang berperanan dalam memantau aktiviti jantung dan kadar gula dalam darah selain terdapat tampalan kecil untuk merawat alahan.

Kesemua proses mengukur dan merekod tidak melibatkan tenaga manusia.

6. Kereta Pintar

Kereta tanpa pemandu mungkin menjadi penciptaan berdasarkan IoT terhebat atau terbesar yang boleh dimiliki oleh manusia. Malah pada hari ini kereta yang masih menggunakan manusia sebagai pemandu telah menggunakan IoT untuk navigasi, keselamatan dan infotainment. Salah satu contoh penggunaan dari aspek keselamatan ialah:

  1. Alat untuk mencegah perlanggaran dari hadapan – Sistem yang menggunakan pengesan yang menghadap ke hadapan yang berasaskan radar, kamera atau laser. Sistem ini bertujuan untuk mengesan perlanggaran yang akan berlaku sama ada melalui peningkatan daya brek atau mengimbangi reaksi pemandu.
  2. Pengenalpastian lorong jalan – Kamera bukan sahaja boleh digunakan untuk memberi amaran kepada pemandu apabila mereka mula memandu melebihi garisan, malah boleh mengambil alih stering sekiranya pemanduan secara tidak terkawal berlaku berterusan.
  3. Komunikasi antara satu kenderaan dengan kenderaan lain – Ciri ini mungkin menjadi keperluan untuk kenderaan tanpa pemandu, tetapi kenderaan yang dipandu oleh manusia juga boleh menjadikan ia sebagai amaran sekiranya terdapat kenderaan yang dipandu secara tidak terkawal menghampiri.
  4. Pengesan pejalan kaki – Kira-kira 4000 kes kematian dan lebih 50,000 kecederaan melibatkan pejalan kaki yang disebabkan oleh kenderaan. Kereta pintar boleh mengesan pejalan kaki yang terdapat di sepanjang laluan dan membrek secara automatik.
  5. Parking sendiri – Pemandu boleh memarkir selepas keluar dari kereta tersebut di mana ia akan diparkir, dimatikan enjin dan dikunci secara sendiri.

7. Bandar Pintar

Pengawasan pintar, pengangkutan automatik, sistem pengurusan tenaga yang bijak, pengedaran air, keselamatan bandar dan pemantauan alam sekitar merupakan antara contoh-contoh aplikasi internet pelbagai perkara untuk bandar pintar.

IoT akan menyelesaikan masalah utama yang dihadapi oleh penduduk bandar seperti pencemaran, kesesakan lalu lintas, kekurangan tenaga dan sebagainya.

Produk seperti komunikasi selular membolehkan ‘Smart Belly Trash' menghantar pemberitahuan kepada pihak berkuasa sekiranya tong sampah perlu dikosongkan.

Selain itu, pemasangan sensor dan penggunaan aplikasi web membolehkan penduduk mencari tempat parkir kosong dengan mudah. Sensor juga boleh mengesan sebarang kerosakan umum dalam sistem elektrik.

8. Penjanaan Tenaga

Sistem IoT menawarkan penyelesaian masalah melibatkan sumber tenaga yang terhad dan peningkatan peratusan pembaziran tenaga. Sistem ini telah membangunkan bangunan mampan berasaskan sistem IoT dalam bentuk grid tenaga pintar dan sistem pemantauan tenaga.

Grid Pintar dapat mengesan sumber gangguan elektrik dengan lebih cepat walaupun gangguan tersebut berlaku di rumah individu

Ia bermula dengan sekecil-kecil produk, iaitu peranti yang membolehkan peralatan dikawal dari jauh kemudian terus ditambahbaik dengan menjadikan tenaga dunia terus mencukupi tanpa memberi kesan kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti arang batu dan minyak.

Di sini terdapat sebuah video untuk keterangan yang lebih mendalam tentang bagaimana grid pintar beroperasi.

9. Gajet Pintar Yang Boleh Dipakai

Aplikasi IoT telah menyatukan sekumpulan alat teknologi yang direka untuk dipakai pada badan (wearables) dan diberi kuasa menerusi aplikasi pada telefon pintar. Tambahan lagi, pembangunan produk pintar ini berkait rapat dengan pelbagai aplikasi IoT dalam penjagaan kesihatan yang berkaitan.

Aplikasi IoT dalam produk wearables kebanyakannya direka oleh Apple, Samsung dan Motorola yang mencipta produk-produk seperti gelang penunjuk kecergasan, tali pinggang penjejak GPS dan sebagainya.

Share this article

shares