Penggunaan Augmented Reality

Augmented Reality (AR) menjadikan persekitaran nyata di sekeliling kita menjadi ‘digital interface' dengan memasukkan objek maya dalam dunia nyata.

Berbeza dengan Realiti Maya (VR) yang merupakan sepenuhnya persekitaran buatan , AR menggunakan persekitaran sedia ada dan menambah lapisan informasi baru.

Augmented Reality dapat dilihat melalui pelbagai pengalaman. Pembangunan terkini telah menjadikan teknologi ini dapat diakses menggunakan telefon pintar yang membawa kepada pembangunan kepelbagaian aplikasi AR.

Terdapat beberapa contoh aplikasi AR dan kegunaan mereka, antaranya ialah :

1. Perubatan

Dari mengoperasikan peralatan MRI hingga melakukan pembedahan yang kompleks, AR memainkan peranan untuk meningkatkan keberkesanan latihan perubatan dalam pelbagai bidang, antaranya ialah:

1. Augmented Surgery

Membolehkan pakar bedah mempelajari secara tepat anatomi pesakit mereka dengan memasukkan data MRI dan CT Scan ke dalam headset AR dan melapisi anatomi khusus pesakit di atas badan mereka sebelum menjalani pembedahan.

Pakar bedah dapat menggambarkan tulang, otot dan organ dalaman tanpa perlu membelah atau memotong bahagian badan. Selain itu, mereka juga dapat menentukan dengan tepat di mana mereka perlu membuat suntikan dan incision.

Bukan itu sahaja, AR juga dapat membantu pakar bedah menjimatkan masa semasa melakukan pembedahan kecemasan. Dalam beberapa saat, pakar bedah dapat mengakses semua maklumat pada skrin AR tanpa perlu mencari di sebalik timbunan kertas atau rekod medikal elektronik.

Sebagai contoh, di Hospital Imperial College dan Hospital St. Mary, London, pakar bedah dan doktor telah mula menggunakan kaca mata HoloLens AR Microsoft semasa pembedahan rekonstruktif terhadap pesakit yang mengalami kecederaan teruk.

Sebelum menggunakan AR, pakar bedah terpaksa menggunakan alat pengimbas genggaman untuk mencari salur darah utama berhampiran luka. Namun, sistem yang semakin maju dapat membantu mereka mencari saluran darah utama secara langsung dan tepat melalui paparan imej maya 3D.

Contoh Aplikasi – BioFlightVR, EchoPixel, Proximie, MedicalRealities dan Help Lightning-Vipaar

2. Augmented Diagnosis

AR juga membolehkan para doktor menentukan dan mendiagnos simptom penyakit yang dihadapi oleh pesakit mereka secara tepat.

Sebagai contoh, apabila pesakit datang berjumpa doktor untuk mendapatkan suntikan asas, jururawat boleh menggunakan AR untuk mencari pembuluh darah dengan lebih mudah.

AccuVein merupakan salah satu startup AR yang menggunakan pengimbas genggaman yang kemudiannya memproses kulit dan membantu jururawat menentukan kedudukan vena.

Contoh Aplikasi – EyeDecide, AccuVein, Augmedix, SentiAR, Atheer, Meta

3. Augmented Practice

Pada awalnya, idea penggunaan AR dalam pengajian adalah untuk melatih pelajar untuk simulasikan pesakit dan pembedahan di mana AR berfungsi sebagai medan untuk para pelajar melakukan kesilapan dan belajar supaya mereka tidak mengulangi kesilapan dalam makmal dissection atau lebih teruk lagi dalam prosedur kehidupan sebenar.

Bagaimana? Pelajar akan menggunakan AR supaya mereka dapat belajar dengan lebih tepat dalam mendiagnosis pesakit dengan kondisi kesihatan atau mengambil bahagian dalam prosedur pembedahan AR.

Teknologi AR juga membenarkan para profesional perubatan untuk terus memerhati dan memberi maklum balas kepada pelajar sepanjang praktikal.

Satu lagi kelebihan menerapkan AR dalam bidang pendidikan ialah latihan kini boleh dibuat dengan lebih sistematik. Doktor yang sedang menjalani latihan boleh mempraktikkan apa-apa sahaja yang mungkin timbul dalam kehidupan sebenar dan bukan latihan secara rawak.

Contohnya aplikasi AR yang boleh digunakan untuk memaparkan data anatomi pada skeleton manusia 3D mampu memberi mereka pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana tubuh manusia berfungsi.

Contoh Aplikasi – ImmersiveTouch, Touch Surgery

2. Game

Augmented Reality merupakan integrasi antara visual dan audio game di mana AR membolehkan pengguna merasai pengalaman bermain game dalam persekitaran dunia nyata.

Game AR biasanya dimainkan menggunakan peranti seperti telefon pintar, tablet dan sistem permainan mudah alih. Berikut merupakan contoh-contoh aplikasi permainan yang menggunakan AR.

1. Pokémon Go

Pokémon Go dianggap sebagai peneraju aplikasi AR untuk permainan yang menggunakan kamera telefon pintar, giroskop, jam dan GPS yang membolehkan persekitaran AR berasaskan lokasi dilakukan.

Peta yang menunjukkan persekitran semasa akan terpampang pada skrin dan geseran rumput memberi petunjuk akan kehadiran Pokémon.

Pemain hanya perlu tap pada skrin sentuh untuk menangkap Pokémon tersebut. Dalam mod AR, skrin menggambarkan Pokémon dalam persekitaran dunia sebenar pengguna.

2. Zombie Go

Zombie Go merupakan salah satu contoh permainan realiti tembak-menembak yang paling menyeronokkan.

Game ini membawa apokalips zombie ke dunia nyata. Pemain perlu berjalan melalui rumah, sekolah atau tempat letak kereta terdekat dan berjaga-jaga dengan kemunculan zombie pada bila-bila masa sahaja.

Pemain boleh memilih senjata untuk membunuh dan melawan zombie.Image

This image has an empty alt attribute

3. Temple Treasure Hunt

Sebuah permainan AR berasaskan geolokasi yang diciptakan untuk pencinta misteri dan mitos.

Permainan ini boleh dimain secara indoor atau outdoor di mana pemain perlu memilih tugasan sama ada pelindung harta atau pemburu harta.

Sebagai pelindung harta, anda perlu membuat jejak harta karun, manakala sebagai pemburu, anda perlu menemukan harta karun.

Untuk membuat jejak harta, pemain perlu meletakkan beberapa penjaga dalam mod outdoor atau penanda fizikal dalam mod indoor.

Bagi pemburu harta pula, pemain perlu memilih peranan, menyemak peta dan melihat persekitaran untuk terus menjejak lokasi penanda bagi memastikan anda bergerak mengikut arah yang betul.

3. Sukan dan Hiburan

AR telah menjadi tidak asing lagi dalam dunia penyiaran sukan. Pelaksanaan AR dalam bidang sukan dapat memberikan pengalaman yang berbeza dan mengujakan kepada peminat.

Ia juga menawarkan analitik yang ketara kepada jurulatih dan pemain untuk meningkatkan kemahiran bermain mereka. Berikut merupakan beberapa manfaat penggunaan AR dalam bidang sukan:

1. On-field Decision Making

Augmented Reality dapat meminimakan kesilapan yang dilakukan oleh manusia dalam purata yang sangat besar. Hal ini secara tidak langsung dapat mengubah outcome perlawanan dan menyediakan peluang untuk bertanding secara adil.

AR membolehkan keputusan-keputusan yang pemain rasakan mempunyai salah faham atau tersilap pandang dikaji dan dilihat semula. Salah satu aplikasi AR yang digunakan meluas dalam sukan ialah Sistem Hawk-eye.

Sistem Hawk-Eye secara visual dapat menjejaki trajektori bola atau objek lain untuk meramalkan laluan yang paling tepat.

2. Latihan

Latihan merupakan bahagian terpenting dalam mana-mana kerjaya pemain profesional. Teknologi terbukti dapat menjadi bonus tambahan apabila melibatkan latihan.

Bagaimana AR dapat membantu? AR dapat melapisi data yang terdapat dalam dunia nyata atau memasukkan data dalam video pra-rakaman.

Hal ini dapat membantu pemain dalam memperolehi pemahaman yang lebih jelas tentang teknik bermain yang lebih baik demi meningkatkan mutu permainan mereka.

Teknologi ini juga boleh digunakan untuk mengkaji strategi yang digunakan oleh pihak lawan seterusnya merancang strategi counteractive.

Bukan itu sahaja, AR juga dapat mengurangkan risiko pemain untuk mengalami kecederaan. Aktiviti latihan yang telah dianalisis menggunakan AR dapat membuktikan tahap risikonya terhadap kecergasan pemain.

3. Pemasaran

Penajaan dan pemasaran produk merupakan salah satu sumber pendapatan utama pemain, pasukan dan penganjur.

Oleh itu, penggunaan AR adalah sangat penting dalam menghasilkan pengiklanan yang menarik dan interaktif seterusnya dapat meningkatkan pemasaran.

Pelaksanaan AR dapat membantu penaja menghasilkan stand, brosur, poster atau bahkan padang dan stadium yang lebih menghiburkan dan menarik perhatian.

Selain itu, solusi AR juga dapat membantu syarikat mengakses maklumat pelanggan. Maklumat tersebut sangat membantu dalam menghasilkan kempen iklan yang lebih bersifat peribadi.

Penggunaan DigiBOARD LED Hibrid Maya menyediakan peluang pengiklanan yang hebat di samping dapat mengurangkan kos. Syarikat tempatan boleh memaparkan iklan mereka pada banner digital yang dapat dilihat dari sudut atau lokasi yang berbeza.

4. Perniagaan

Dalam persekitaran runcit fizikal hari ini, pembeli hanya perlu menggunakan telefon pintar mereka untuk membandingkan harga atau mencari maklumat tambahan mengenai produk yang mereka cari.

Jenama motosikal terkenal, Harley Davidson adalah satu satu contoh yang bagus dalam pembangunan aplikasi AR yang boleh digunakan oleh pembeli.

Pengguna dapat melihat motosikal yang mungkin menarik perhatian mereka di bilik pameran dan menyesuaikannya dengan warna dan ciri yang mereka suka menggunakan aplikasi tersebut.

5. Keselamatan Awam

Sekiranya berlaku kecemasan, benda pertama yang akan dicapai oleh masyarakat pada hari ini ialah telefon pintar untuk mengetahui apa yang sedang berlaku, ke mana mereka harus pergi atau untuk mengetahui keselamatan ahli keluarga.

Responden pertama atau penyelamat yang dipakaikan kacamata AR dapat mengenalpasti atau ‘alert' kawasan yang berbahaya.

Oleh itu, mereka dapat memaklumkan kepada individu yang memerlukan bantuan.

Bagi mereka yang memerlukan pertolongan, geolokasi AR dapat menunjukkan arah dan laluan yang paling selamat untuk pergi ke zon yang lebih selamat.

6. Pembelajaran Di Dalam Kelas

Walaupun teknologi seperti tablet telah digunakan meluas di sekolah dan bilik darjah, pendidik kini sedang merancakkan penggunaan AR dalam pembelajaran.

Sebagai contoh, aplikasi Aurasma sudah mula digunakan supaya pelajar dapat melihat kelas mereka melalui telefon pintar atau tablet.

Hasilnya, pelajar yang mempelajari tentang astronomi dapat melihat peta sistem solar secara menyeluruh atau bagi yang berada dalam kelas muzik mungkin dapat melihat note muzik secara nyata semasa mereka memainkan instrumen.

7. Pembinaan

Dengan penambahbaikan yang berterusan terhadap ketepatan GPS, syarikat pembinaan dapat menggunakan AR untuk menggambarkan model-model tapak pembinaan, struktur bawah tanah, kabel dan paip menggunakan peranti mudah alih.

Sebagai contoh, semasa kejadian gempa bumi di Christchurch, University of Canterbury telah melancarkan CityViewAR yang membolehkan perancang bandar dan jurutera visualisasikan bangunan yang telah musnah.

8. Seni

Teknologi AR telah membantu Orang Kurang Upaya (OKU) melakukan seni dengan menggunakan penjejakan mata untuk menterjemahkan pergerakan mata pada skrin sebagai lukisan.

Share this article

shares