Pengenalan Kepada Virtual Reality

Virtual Reality (VR) atau Realiti Maya merupakan penggunaan teknologi komputer untuk mewujudkan persekitaran simulasi. Di sebalik melihat skrin di hadapan mereka, pengguna dimasukkan ke dalam skrin tersebut dan dapat berinteraksi dengan dunia 3D.

Atau lebih ringkas lagi, realiti maya merupakan imej 3D yang diterokai secara interaktif melalui head-mounted display dengan memanipulasi kekunci atau tetikus supaya kandungan gambar bergerak ke arah tertentu atau zoom masuk / keluar.

Dengan meniru sebanyak mungkin deria seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan dan bau, VR akan membuatkan anda berasa seoalah-olah berada di tempat kejadian secara fizikal dan mental.

Asal-usul Realiti Maya

Seperti yang kita tahu, VR telah muncul selama beberapa dekad. Untuk memberi anda idea, paparan headset yang pertama ialah peranti yang dipanggil Headsight yang diwujudkan pada tahun 1960-an.

Namun begitu, terdapat gambaran 3D yang telah diperkenalkan lebih awal, tetapi bukan berbentuk digital. Gambaran yang dihasilkan dari lukisan 360 darjah yang mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk membawa pengalaman pengguna ke tempat lain.

Teknologi ini telah digunakan untuk pelbagai benda selama 200 tahun dari sains dan perubatan hingga melatih juruterbang dan membantu arkitek membentangkan lukisan pencakar langit mereka.

Bagaimana VR Berfungsi?

Subjek utama VR adalah mensimulasikan penglihatan. Setiap headset VR meletakkan skrin di hadapan mata yang dapat menghapuskan sebarang interaksi dengan dunia sebenar.

Dua lensa autofocus biasanya diletakkan di antara skrin dan mata yang disesuaikan berdasarkan pergerakan dan kedudukan mata individu. Visual-visual pada skrin diterjemahkan sama ada menggunakan telefon mudah alih atau kabel HDMI yang disambungkan ke PC.

Untuk mewujudkan VR yang betul-betul real, terdapat beberapa prasyarat tertentu seperti:

  • Kadar bingkai minimum 60fps
  • kadar refresh kompeten yang sama rata
  • minimum 100-degree field of view (FOV)

Kadar bingkai merujuk kepada kadar di mana GPU boleh memproses imej setiap saat dan FOV yang dapat menyokong gerakan mata dan kepala.

Sekiranya salah satu syarat berikut tidak berfungsi mengikut piawaian, pengguna boleh mengalami latency seperti jurang masa yang terlalu banyak antara tindakan mereka dengan tindak balas skrin.

Untuk menghasilkan VR yang baik, ia memerlukan tindak balas kurang daripada 20 milisaat untuk menggabungkan kesemua faktor di atas bagi menghasilkan trik untuk otak.

Antara alat utama yang terdapat pada hari ini ialah, Vive dan Rift. Kedua-duanya mempunyai FOV 110°, Google Cardboard 90°, GearVR 96° dan Google Daydream yang menawarkan sehingga 120°.

Elemen-elemen lain Teknologi VR

  • Impak Bunyi

Penyelarasan kesan bunyi dan visual dapat menghasilkan kesan yang sangat menarik. Dengan menggunakan headphone serta kesan bunyi 3D, kepercayaan pengguna dalam persekitaran maya dapat ditambah.

Namun begitu, penciptaan kesan bunyi perlu menitikberatkan konsistensi antara grafik dan bunyi. Cuba anda bayangkan muzik seram dimainkan pada latar belakang filem dongeng. Agak pelik bukan?

  • Pengesanan Mata Dan Kepala

Pengesanan mata dan kepala boleh dilakukan menggunakan penunjuk laser, lampu LED atau sensor mudah alih.

Dalam telefon bimbit, kami menggunakan accelerometer untuk mengesan pergerakan 3D, giroskop untuk pergerakan sudut dan magnetometer untuk mengenalpasti kedudukan relatif bumi.

4 Jenis Virtual Reality

Pembangunan aplikasi VR telah menjadi tumpuan utama sejak akhir-akhir ini dengan tertubuhnya sebuah syarikat pembangun aplikasi VR. Terdapat beberapa jenis teknologi VR, antaranya ialah:

1. Non-immersive reality

Merupakan sejenis teknologi VR yang menyediakan pengguna persekitaran yang dihasilkan oleh komputer tanpa rasa dimasukkan sepenuhnya dalam dunia maya.

Ciri utama yang dapat dikenalpasti ialah pengguna dapat mengawal keadan fizikal tetapi pada masa yang sama masih menyedari apa yang berlaku di sekitar mereka seperti bunyi visual dan haptik.

Jenis ini boleh dilihat dalam simulator penerbangan realiti maya. Ia mempunyai PC skrin lebar dengan sistem sekeliling dan dilengkapi aksesori seperti headphone, joystick dan sebagainya.

Sistem ini juga boleh menggunaka roda perlumbaan, pedal dan pemecut untuk menyediakan pengalaman bermain game yang lebih menyeronokkan kepada pengguna.

2. Fully immersive reality

Teknologi digital yang membolehkan pengguna mengalami persekitaran buatan sebagai dunia nyata. Dengan kata lain, pengguna dapat merasakan persekitaran komputer yang dihasilkan oleh maya menggunakan visual, pendengaran dan haptik.

Pengguna dipakaikan head-mounted display (HMD) dan sarung tangan deria. Bagi mencapai realiti maya sepenuhnya, peranti akan menggunakan dua monitor dan sistem bunyi.

3. Kolaboratif

Collaborative VR membenarkan pengguna yang berlainan lokasi untuk berinteraksi dan bekerjasama dalam ruang yang sama secara maya. Pasukan dari serata dunia boleh berkongsi idea dan pengalaman serta bekerjasama dalam masa nyata dalam ruang kerja 3D maya yang dikongsi.

Melihat, merasa dan berbincang dalam persekitaran maya yang sama dapat meningkatkan produktiviti, semangat berpasukan, penjimatan kos secara langsung dan sebagainya.

Persekitaran maya kolaboratif memudahkan latihan dalam organisasi yang tersebar secara geografi. Pakar dapat menyediakan latihan jarak jauh kepada pekerja tanpa memerlukan kos yang tinggi.

4. Web-based

WebVR merupakan spesifikasi terbuka yang membolehkan VR berada dalam browser anda. Matlamatnya adalah untuk memudahkan semua orang mendapatkan pengalaman VR tidak kira apa peranti yang anda gunakan.

Saintis telah menemukan cara untuk mengaplikasikan realiti maya melalui internet menggunakan Virtual Reality Markup Language (VRML).

Bagaimana untuk mengakses WebVR?

Anda hanya memerlukan dua perkara untuk mengakses WebVR, iaitu headset dan browser yang sesuai. Anda boleh dapatkan browser yang sesuai melalui gambar rajah di bawah:

Sekiranya anda tidak mempunyai headset:

Cara paling mudah ialah dengan menggunakan headset asas seperti Google Cardboard. Anda hanya perlu memasukkan telefon ke dalam headset dan anda sudah bersedia untuk mengakses WebVR.

Untuk hasil yang lebih baik, anda boleh menggunakan headset VR yang disambungkan ke komputer seperti Oculus Rift atau HTC VIVE. Ia membolehkan resolusi dan framerate yng lebih tinggi selain membolehkan anda berjalan di VR.

Dalam sesetengah laman, anda hanya boleh menggunakan komputer atau telefon tanpa headset. Anda tidak akan dapat melihat dalam 3D atau berinteraksi sepenuhnya dalam dunia VR, tetapi anda masih boleh melihat sekeliling dalam 360°.

Fully Immersive VS Non-Immersive VR

Perbezaan utama antara immersive dan non-immersive VR ialah kaedah penghantaran kandungan 3D.

Fully immersive VR

  • Menggunakan Head Mounted Display untuk menyediakan kandungan yang dihasilkan komputer.
  • Headset VR mempunyai 2 paparan yang menghasilkan kandungan digital pada setiap mata pengguna secara berasingan. Ia memastikan imej binokular dilihat sebagai persekitaran dunia nyata.
  • HMD mempunyai sistem pengesan kepala built in yang boleh menentukan orientasi kepala pengguna untuk memastikan interaktiviti dunia maya.
  • Teknologi ini memaparkan imej digital yang dilihat dalam 3 dimensi, iaitu ketinggian, lebar dan kedalaman.

Non-immersive VR

  • Menggunakan paparan tunggal untuk menyediakan kandungan yang dihasilkan komputer.
  • Menghantar imej yang sama untuk kedua-dua mata pengguna.
  • Imej yang dihantar hanya menunjukkan tinggi dan lebar imej. Oleh itu, pengguna merasakan hanya melihat imej secara 2D.

Peralatan Yang Digunakan Untuk VR

Apabila menubuhkan VR, seseorang perlu menyambung sensor yang akan digunakan untuk memantau pergerakan. Peranti VR kebiasaannya dilengkapi dengan dua monitor, persepsi sentuhan / badan dan sistem bunyi. Peralatan lain yang digunakan ialah:

  • Bilik immersive
  • Sarung tangan data
  • HMDS
  • Wands
  • Alat kawalan VR

Apa Perbezaan Antara VR, AR Dan Mixed Reality?

  • Virtual Reality(VR) – Memasukkan pengguna dalam persekitaran digital buatan sepenuhnya.
  • Augmented Reality(AR) – Melapisi objek maya di persekitaran dunia sebenar.
  • Mixed Reality(MR) – Bukan hanya overlay tetapi juga menarik objek maya ke dunia nyata.

Anda boleh melihat infografik yang mungkin dapat memberi gambaran yang lebih jelas di bawah:

Share this article

shares