Pengenalan Kepada Peranti Pintar

Apa Itu Peranti Pintar?

Peranti pintar merupakan gajet elektronik interaktif yang disambungkan ke peranti lain atau jaringan internet melalui protokol tanpa wayar yang berbeza seperti Bluetooth, Zigbee, NFC, WiFi, LiFi, 3G dan sebagainya.

Peralatan pintar menggunakan sensor untuk mengumpulkan data fizikal seperti cahaya, suhu, keberadaan dan menghantar data tersebut untuk dianalisis dan digunakan.

Kriteria Peranti Pintar

Sejak kebelakangan ini, peranti pintar telah menjadi sinonim dengan apa sahaja yang boleh disambungkan ke internet. Namun, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu peranti boleh dipanggil sebagai ‘peranti pintar'. Antaranya ialah:

1. Sensor

Sensor merupakan salah satu elemen yang membezakan peranti biasa dan peranti pintar. Peranti pintar yang dilengkapi sensor dapat menangkap beberapa parameter dari persekitarannya seperti suhu, kelembapan, getaran dan sebagainya.

Ia bertindak sebagai mata dan telinga anda untuk mengenalpasti persekitaran di sekelilingnya.

2. Mempunyai ‘nilai'

Peranti pintar sepatutnya dapat menawarkan nilai kepada pengguna. Sekiranya sesebuah peranti tidak memberi sebarang nilai tambahan, sudah pasti tidak ada sesiapa yang sanggup membayar atau membeli produk tersebut.

Ia boleh menjadi semudah keupayaan untuk mengawal cahaya dalam bilik anda menggunakan telefon pintar dan menggunakan pembelajaran mesin untuk memahami keutamaan anda pada hari tersebut.

Tanpa sebarang nilai, peranti ‘pintar' hanyalah sekadar sebuah alat kawalan jauh.

3. Kuasa pemprosesan

Peranti pintar mempunyai kuasa pemprosesan untuk membuat keputusan pintar supaya dapat berfungsi dengan lebih cekap serta membuat keputusan dengan lebih pantas tanpa menghantar semua maklumat ke awan untuk pemprosesan dan pembuatan keputusan.

Bergantung kepada kes penggunaan IoT, keperluan kuasa pemprosesan peranti pintar boleh menjadi pelbagai. Sekiranya keputusan segera perlu dibuat, maka peranti pintar perlu mempunyai lebih banyak kuasa pemprosesan untuk membuat keputusan.

Sekiranya kes penggunaan tidak memerlukan keputusan segera, maka banyak perkara yang boleh dilakukan dalam sistem backend.

4. Komunikasi antaramuka

Peranti pintar dapat berkomunikasi dengan peranti lain atau awan dan mempunyai keupayaan untuk menghubungkan kita dengan data yang dapat menunjukkan pandangan dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia juga dapat menyediakan analisis ramalan berdasarkan data tersebut.

Terdapat pelbagai jenis mekanisme komunikasi seperti MQTT, Bluetooth, GSM, LPWAN, Sigfox dan sebagainya untuk kes penggunaan yang berbeza.

5. Sumber kuasa

Sumber kuasa boleh terdiri daripada garisan kuasa utama, bateri, solar dan sebagainya. Sebagai contoh, bateri yang mampu bertahan sepanjang hayat peranti dengan hanya sekali cas atau sumber kuasa yang boleh ditambah.

6. Memori

Peranti pintar mempunyai memori dalaman yang berfungsi untuk membuat keputusan pintar dan bertindak mengikut kesesuaian persekitarannya.

Selain itu, memori dalaman juga diperlukan untuk memasang ejen peranti atau untuk sesetengah pemprosesan lokal.

7. Mudah untuk digunakan

Akhir sekali, ia mestilah mudah untuk digunakan. Apabila anda mempunyai beribu-ribu peranti pintar untuk diurus, anda pasti tidak mahu ia menjadi sukar untuk digunakan dan diuruskan.

Anda juga pasti mengharapkan kesemua peranti tersebut dapat berfungsi dengan baik dengan penyelenggaraan yang minimum atau tiada langsung.

Manfaat Peranti Pintar Dalam Kehidupan Seharian Kita

Permulaan abad ke-21 telah membawa revolusi teknologikal yang mana kita masih gunakan pada hari ini. Peralihan dari revolusi industri 4.0 ke revolusi industri 5.0 telah menyebabkan kita menjadi begitu biasa dengan perubahan inovasi yang sangat cepat.

Perubahan teknologi yang bergerak pantas telah menggantikan banyak teknologi sedia ada dengan peralatan yang dilengkapi internet serta boleh diakses melalui skrin sentuh telefon pintar. Kini, tiba pula giliran peranti pintar untuk mengambil alih fasa inovasi global seterusnya.

Mengapa? Hal ini disebabkan oleh ciri yang terdapat pada peranti pintar mampu mengubah cara hidup manusia, berkomunikasi dan bekerja.

Terdapat pelbagai manfaat yang dapat diperolehi melalui penggunaan peranti pintar dalam kehidupan harian manusia. Antaranya ialah:

1. Peranti Pintar Membantu Menjimatkan Tenaga

Sumber bahan api yang semakin menyusut ditambah pula kos tenaga yang semakin meningkat telah menyebabkan pemuliharaan dan penjimatan tenaga menjadi keutamaan untuk sesetengah kes.

Teknologi pintar dapat membantu dengan mengautomasikan penggunaan tenaga di rumah. Ramai antara kita yang sering lupa untuk mematikan lampu atau termostat sebelum meninggalkan rumah.

Rumah yang menggunakan teknologi pintar dapat mengawal pencahayaan dan penghabaan secara automatik atau dikawal dari jarak jauh. Kelebihan ini bukan sahaja mampu menjimatkan wang, malah turut dapat membantu melindungi alam sekitar.

2. Menawarkan Kemudahan Di Pelbagai Peringkat

Teknologi pintar membolehkan anda menyelesaikan beberapa tugasan dengan hanya beberapa klik. Sebagai contoh, anda boleh menyesuaikan suhu atau cahaya di dalam bilik , mengunci pintu dan menutup garaj dengan hanya beberapa klik.

Beberapa sistem yang lebih canggih mempunyai kebolehan untuk ‘membaca fikiran' anda dengan mengumpulkan maklumat melalui tetapan pencahayaan, bunyi dan suhu yang pernah dilakukan oleh anda.

3. Menawarkan Tahap Keselamatan Yang Belum Pernah Dialami

Penggunaan teknologi pintar jauh lebih berkesan dalam menghalang kegiatan jenayah berbanding sistem keselamatan yang dikendalikan secara manual.

Sistem keselamatan pintar dapat memberi amaran kepada pemilik bangunan berkenaan ancaman yang berpotensi untuk berlaku. Amaran dapat disampaikan menerusi telefon dan dalam masa yang sama, polis juga menerima maklumat tentang kegiatan jenayah tersebut.

4. Menjimatkan Wang

Penggunaan peranti pintar mampu menjimatkan wang dari segi pengurangan kos untuk mengupah tenaga buruh. Hal ini kerana satu peranti pintar boleh menggantikan sejumlah besar penglibatan manusia.

Pengaplikasian Peranti Pintar

Peranti pintar telah berkembang merentasi kesemua sektor, mewujudkan peluang dan menjadi senjata pasaran yang berdayasaing. Antara sektor yang mendapat manfaat daripada pembinaan peranti pintar ialah:

Share this article

shares