Pengenalan Kepada Pengecaman Gestur

Apa Itu Pengecaman Gestur?

Untuk lebih memahami tentang apa yang dimaksudkan dengan pengecaman gestur, anda perlu tahu apa itu gestur.

Gestur merupakan bahasa yang menggunakan satu kaedah komunikasi manual dan bahasa tubuh menggantikan kata-kata untuk menyampaikan makna.

Jenis-jenis Gestur

  • Gestur lengan dan tangan – Pengesanan kedudukan tangan dan lengan / bahasa isyrat. Contoh: menggerakkan tangan untuk mengucapkan ‘hello”.
  • Gestur kepala dan muka – mengangguk atau menggelengkan kepala, pengecaman wajah dan ekspresi muka.
  • Gestur badan – Penglibatan seluruh anggota badan seperti mengesan pergerakan badan terhadap irama dan mengecam gestur badan untuk pemulihan medikal dan latihan atletik

Pengecaman gestur pula merujuk kepada satu kaedah mengesan dan mengecam gestur yang mengisyaratkan maksud tertentu terutamanya dari tangan dan muka melalui penerapan algoritma dalam komputer yang memprosesnya. Teknologi ini tidak memerlukan pengguna untuk menyentuh peralatan secara langsung.

Asal-usul Kewujudan Pengecaman Gestur

Sejarah pengecaman gestur tangan untuk mengawal komputer bermula dengan penciptaan kawalan antara dua muka berasaskan sarung tangan.

Penyelidik menyedari bahawa gerak isyarat yang diilhamkan oleh bahasa isyarat boleh digunakan dalam memberi arahan mudah kepada komputer.

Penciptaan ini kemudian beransur-ansur berevolusi dengan perkembangan accelerometer yang tepat, kamera inframerah dan pengesan fibre optic bengkok (goniometer optik).

Bagaimana Pengecaman Gestur Berfungsi?

Pengecaman Gestur merupakan sebuah alternatif ‘interface' pengguna untuk menyediakan data masa nyata kepada komputer. Tanpa menaip menggunakan papan kekunci atau menekan skrin sentuh, sensor akan melihat dan mentafsir pergerakan sebagai sumber utama input data. Berikut merupakan proses yang berlaku semasa komputer bertindak balas:

  1. Kamera menghantar data berbentuk imej kepada peranti pengesan yang telah disambungkan ke komputer. Peranti pengesan biasanya menggunakan sensor inframerah atau projektor bagi tujuan mengira kedalaman.
  2. Perisian yang telah direka khas akan mengenalpasti maksud pergerakan tersebut berdasarkan gestur yang telah diset dalam perpustakaan di mana setiap isyarat dipadankan dengan arahan komputer.
  3. Perisian tersebut kemudian menghubungkan setiap gestur masa-nyata yang telah didaftarkan, mentafsir gestur dan merujuk perpustakaan untuk mengenalpasti maksud gestur yang sepadan.
  4. Sebaik sahaja ditafsirkan, komputer melaksanakan arahan yang berkaitan dengan gestur tersebut.

Contoh Peranti Pengecam Gestur

1. Nintendo Wii

Ciri utama Wii Remote ialah keupayaan pengesan pergerakannya yang membolehkan pengguna berinteraksi dan memanipulasi item di skrin melalui pengecaman gestur menggunakan accelerometer dan sensor optikal.

Remote Wii menawarkan cara yang intuitif dan semula jadi untuk permainan game.

2. Sony PlayStation Eye

Merupakan peranti kamera digital yang dicipta khas untuk Sony PlayStation. Teknologi ini menggunakan penglihatan komputer dan pengecaman gestur untuk memproses imej yang diambil oleh kamera.

Ini membolehkan pemain berinteraksi dengan permainan menggunakan pengesanan gerakan, warna serta bunyi menerusi mikrofon yang terdapat di dalamnya.

3. Microsoft Kinect

Microsoft Kinect merupakan input pengesan gerakan yang dibina untuk menyokong Xbox dan Windows PC.

Produk yang berasaskan webcam-style dan add-on peripheral, ia membolehkan pengguna mengawal dan berinteraksi dengan konsol / komputer tanpa memerlukan peralatan pengawalan permainan. Sebaliknya, ia hanya memerlukan gestur badan dan arahan verbal.

Kinect generasi pertama mula diperkenalkan pada Nov 2010, manakala kit pembinaan perisian Kinect untuk Windows pula dikeluarkan oleh Microsoft pada16 Jun 2011.

4. Leap Motion

Leap Motion merupakan peranti pengesan yang menyokong gerak tangan dan jari sebagai input, analog untuk tetikus serta tidak memerlukan sentuhan tangan.

Berbeza dengan Kinect yang memberi lebih penumpuan kepada isyarat badan, gerakan Leap lebih fokus kepada pergerakan tangan dan jari.

5. Myo Wristband

Myo wristband telah dilancarkan pada Feb 2013 di mana ia telah menjadi satu persaingan baru dalam pasaran kawalan gestur.

Myo mempunyai 8 buah pod dengan sensor EMG proprietari pada setiapnya, Myo dapat mengesan pergerakan otot di sekitar lengan dan gestur tangan.

Selain itu, ia juga mengandungi gyroscope, accelerometer dan magnetometer yang dapat mengesan pergerakan lengan seperti berputar atau bergerak.

Cabaran Penggunan Pengecam Gestur

1. Latency

Pemprosesan imej boleh menjadi perlahan terutamanya untuk video permainan dan aplikasi yang seangkatan dengannya.

2. Kekurangan Bahasa Gestur

Oleh kerana bahasa gestur yang rasmi atau umum tidak wujud, setiap pengguna cenderung untuk melakukan gestur yang berbeza mengikut kesesuaian. Kesannya, sistem pengecam gestur mengalami kesukaran untuk mengenalpasti pergerakan yang dilakukan.

3. Kekuatan

Banyak sistem pengecam gestur yang taidak mampu untuk membaca pergerakan dengan tepat atau optimum kerana faktor-faktor seperti cahaya latar yang tidak mencukupi, noise yang tinggi dan sebagainya.

Share this article

shares