Pengaplikasian Virtual Reality

Ramai yang sering mendengar istilah ‘virtual reality' tetapi tidak pasti mengenai penggunaan teknologi ini.

Game merupakan aplikasi VR yang jelas, tetapi sebenarnya banyak lagi kegunaan VR dalam bidang-bidang lain yang lebih mencabar atau luar biasa. Di sini admin senaraikan kegunaan VR dalam pelbagai bidang.

1. Ketenteraan

Simulasi payung terjun VR telah diterimapakai oleh tentera ( darat, laut dan udara) di mana ia digunakan untuk tujuan latihan.

Sistem ini sangat berguna untuk latihan menghadapi situasi perperangan atau tetapan berbahaya lain di mana mereka perlu belajar bagaimana untuk bertindak dengan cara yang sesuai.

Simulasi VR membolehkan mereka melakukannya tanpa risiko kematian atau kecederaan serius

Antara kegunaan VR dalam ketenteraan ialah:

  • Simulasi pertempuran
  • Simulasi penerbangan
  • Simulasi medan perang
  • Simulasi jentera perang
  • Latihan medik (medan tempur)
  • Virtual boot camp

VR juga digunakan untuk merawat gangguan tekanan selepas trauma. Askar yang mengalami trauma dan keadaan psikologi lain boleh belajar bagaimana untuk menangani dalam persekitaran yang ‘selamat'.

Peralatan VR dalam ketenteraan

Latihan VR dijalankan menggunakan HMD dengan sistem pengesanan built-in dan sarung tangan data yang membolehkan interaksi dalam persekitaran maya.

Penggunaan lain ialah cermin mata VR yang dipakai oleh tentera dan kakitangan lain untuk mencipta ilusi 3D semasa berada dalam situasi peperangan.

2. Penjagaan Kesihatan

Penjagaan kesihatan merupakan salah satu peneraju VR terbesar merangkumi simulasi pembedahan, rawatan fobia, pembedahan robotik dan latihan kemahiran.

Salah satu kelebihan teknologi ini ialah membolehkan profesional untuk mempelajari kemahiran baru dalam persekitaran yang selamat atau tanpa memberi risiko kepada pesakit.

Antara kegunaa VR dalam perubatan ialah:

  • Simulasi pembedahan
  • Rawatan fobia
  • Rawatan autism
  • Nursing
  • Pergigian
  • Terapi
  • Rawatan Post Traumatic Stress Disorder PTSD

Perisian simulasi manusia

Salah satu contoh ialah sistem HumanSim yang membolehkan doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain berinteraksi dalam persekitaran interaktif.

Mereka terlibat dalam senario latihan di mana mereka perlu berinteraksi dengan pesakit tetapi dalam persekitaran 3D sahaja.

Sistem ini merupakan ‘immersive experience' yang mengukur emosi pesakit melalui beberapa sensor.

Pembedahan robotik maya

Merupakan penggunaan VR yang paling popular dalam bidang perubatan di mana pembedahan dilakukan melalui peranti robotik yang dikawal oleh pakar bedah manusia. Teknologi ini mampu mengurangkan masa dan risiko kompilasi.

VR juga telah digunakan untuk tujuan latihan dan telesurgeri di mana pembedahan dijalankan oleh pakar bedah di lokasi yang berbeza dengan pesakit.

Sistem ini dilengkapi feedback tekanan yang diperlukan oleh pakar bedah untuk mengukur jumlah tekanan yang digunakan apabila melakukan prosedur yang halus.

Isu latensi menjadi kebimbangan yang serius kerana sebarang kelewatan walaupun sesaat boleh menyebabkan gangguan terhadap prosedur.

3. Pendidikan

Pendidikan merupakan satu lagi bidang yang mengamalkan VR untuk situasi Pengajaran dan Pembelajaran (PnP). Vr memberi kelebihan seperti membolehkan kumpulan besar pelajar untuk berinteraksi antara satu sama lain dalam persekitaran 3D.

Sistem ini dapat membentangkan data kompleks dalam cara yang menyeronokkan dan mudah diakses oleh pelajar. Selain itu, pelajar juga boleh berinteraksi dengan objek-objek yang terdapat dalam persekitaran tersebut sekiranya mereka ingin mengetahu dengan lebih lanjut.

Pembelajaran astronomi

Sebagai contoh, pelajar astronomi dapat mempelajari sistem solar dan bagaimana ia berfungsi dengan penglibatan fizikal dengan benda-benda di dalamnya.

Mereka boleh memindahkan planet, melihat bintang dan menjejaki kelajuan komet dalam persekitaran 3D yang memudahkan mereka untuk memahami.

4. Pembinaan

Dengan menggunakan persekitaran maya, sesebuah organisasi bukan sahaja dapat menghasilkan struktur dalam bentuk 3D, malah mereka juga dapat merasai pengalaman seolah-olah berada dalam dunia nyata.

Terdapat banyak manfaat yang diperolehi melalui penggunaan VR dalam bidang pembinaan. Salah satunya ialah pemaju mempunyai keupayaan untuk menguji beberapa faktor tanpa mengorbankan masa dan kos pembinaan struktur di samping mengurangkan kesilapan setelah pembinaan siap.

Apa yang VR boleh lakukan?

  • Scale Up dengan pantas – Perisian model 3D membolehkan model terperinci dan perkongsian model merentas pasukan dilakukan.
  • Streamline collaboration – Melalui persekitaran yang dikongsi, mereka dapat menunjukkan butiran serta isu-isu, bertanya soalan dan membuat keputusan mengenai perubahan dengan segera.
  • Meningkatkan pengalaman customer – Pelanggan kini boleh masuk ke dalam model VR dan melihat sendiri bagaimana projek mereka akan kelihatan setelah selesai pembinaan.

5. Kejuruteraan

Penggunaan alat pemodelan 3D dan teknik visualisasi membolehkan jurutera melihat projek mereka dalam 3D serta mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana ia berfungsi. Mereka juga dapat melihat sebarang kekurangan atau potensi risiko sebelum pelaksanaaan.

Antara kegunaan VR dalam bidang kejuruteraan ialah:

  • Kitaran reka bentuk – VR digunakan untuk memeriksa kesilapan, kelemahan struktur dan isu rekabentuk lain di setiap proses.
  • Rekabentuk kereta – Digunakan untuk tujuan prototaip semasa proses reka bentuk. Membolehkan kilang menghasilkan beberapa versi yang kemudiannya diuji dan diubah mengikut hasilnya.

6. Telekomunikasi

Telekomunikasi merupakan bidang lain yang menggunakan teknologi VR khususnya komunikasi mudah alih yang membolehkan akses mudah ke pelbagai projek berasaskan VR.

Telekomunikasi boleh digunakan untuk membantu sistem VR seperti simulasi pembedahan atau telemedicine. Sebagai contoh, pembedahan jarak jauh di mana imej-imej dari pembedahan dapat ditransmisikan ke pelbagai lokasi di seluruh dunia.

Ia juga membolehkan pembedahan dijalankan di lokasi terpencil menggunakan teknologi robotik dan realiti maya.

7. Muzium Dan Sejarah

Interaksi VR digunakan sebagai cara untuk menyampaikan maklumat kepada orang awam dengan cara yang baru dan lebih menarik.

Penggunaan VR juga bertujuan untuk menarik lebih ramai kanak-kanak untuk mengunjungi muzium oleh kerana muzium sering dianggap tempat yang membosankan bagi mereka.

Contoh-contoh tapak warisan VR ialah:

  • Monumen
  • Sculpture
  • Bangunan bersejarah
  • Pekan dan kampung-kampung lama
  • Stonehenge
  • Gua
  • Penggalian arkeologi

8. Perniagaan

Virtual Reality telah digunakan dalam pelbagai cara oleh komuniti bisnes, antranya ialah:

  • Lawatan secara maya ke persekitaran bisnes
  • Latihan untuk pekerja baru
  • Paparan produk secara 360

Dengan VR, sesebuah syarikat dapat berhubung dengan pengguna secara langsung sama ada untuk menyediakan servis, mempamerkan produk atau melatih pekerja baru.

Berikut merupakan contoh-contoh pengaplikasian VR oleh beberapa syarikat terkemuka.

  • Walmart – Latihan servis pelanggan

Pekerja Walmart perlu mengendalikan pelbagai situasi setiap hari. Dunia maya dapat menyediakan mereka situasi tekanan tinggi dan mereka dapat menjalani latihan dengan cara yang lebih baik tanpa sebarang risiko.

Pekerja juga dilatih untuk berurusan dengan pelanggan walaupun tidak berhadapan secara langsung.

  • Natuzzi – Pameran perabot

Natuzzi merupakan syarikat perabot Itali yang telah menggunakan AR dan VR dalam pertunjukan produk mereka.

Pelanggan boleh melawat bilik pameran mereka di Madison Avenue untuk melihat bagaimana perabot tersebut kelihatan di rumah sendiri. Pelanggan juga boleh mencampur, menyesuaikan dan menghias mengikut citarasa mereka dengan input yang sangat sedikit.

Dengan menyediakan pengalaman VR/AR, Natuzzi telah menunjukkan keyakinan dan kebanggan dalam mempamerkan produk mereka sambil menghormati pilihan pelanggan.

  • Volvo – Pandu uji kenderaan

Teknologi telah memberi pelanggan peluang baru melalui penggunaan headset VR yang membolehkan mereka melakukan pandu uji kenderaan sebelum dibawa pulang.

Volvo mencipta aplikasi yang membolehkan pengguna memandu SUV XC90 secara maya.

https://youtu.be/Wuln2bJkp1k

9. Sukan

Virtual Reality digunakan sebagai alat bantuan latihan dalam pelbagai sukan seperti golf, olahraga, ski, berbasikal dan sebagainya.

Ia digunakan sebagai alat bantuan untuk mengukur prestasi atlet serta menganalisis teknik. Bukan itu sahaja, VR juga digunakan dalam design peralatan dan pakaian sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan pengalaman penonton.

Prestasi Virtual Reality

Atlet menggunakannya untuk menggabungkan beberapa aspek dari prestasi mereka.

Contohnya, pemain golf yang ingin meningkatkan ayunan mereka atau pelumba basikal trek yang ingin bergerak dengan lebih laju. Sistem 3D dapat menentukan prestasi atlet ysng memerlukan perubahan seperti biomekanik atau teknik mereka.

Memacu inovasi dan design peralatan

Satu lagi kegunaan popular ialah pengilangan peralatan sukan. VR digunakan dalam rekabentuk pakaian dan peralatan sukan seperti rekaan kasut.

Melalui penglibatan teknologi, peralatan dan pakaian sukan yang membekalkan kepantasan, kekuatan dan daya tahan yang lebih lama dapat dihasilkan.

Menjadikan acara sukan lebih dekat dengan penonton

VR juga telah digunakan untuk meningkatkan pengalaman penonton.

Sesetengah sistem membolehkan penonton berjalan di sekitar kawasan stadium atau lokasi sukan lain yang mana dapat membantu mereka semasa membeli tiket perlawanan.

Selain itu, terdapat juga game sukan VR yang membolehkan pemain menjadi sebahagian daripada perlawanan. Sebagai contoh, permainan bola sepak interaktif yang membawa perlawanan ini ke dunia nyata.

Share this article

shares