Pengaplikasian Pengecaman Gestur

1. Peruncitan

Pengecaman Gestur mempunyai kuasa untuk memberikan pengalaman baik dalam bidang peruncitan.

Contoh yang dapat dilihat ialah dengan menggunakan Kinect, pembeli dapat merasai pengalaman membeli belah yang mengujakan. Kinect membantu mereka mencuba produk serta menawarkan permainan yang membolehkan pembeli dapat insentif diskaun.

2. Bilik Pembedahan

Syarikat-syarikat seperti Microsoft dan Siemens sedang bekerjasama untuk mentakrifkan semula cara pakar bedah menyelesaikan tugas-tugas yang terlalu sensitif.

Syarikat-syarikat tersebut menumpukan kepada penambahbaikan teknologi pengecaman gestur supaya lebih tertumpu kepada manipulasi motor imej lalu membolehkan pakar bedah memindahkan objek pada monitor tanpa perlu menyentuh skrin atau secara maya.

Penyelidik sedang mencipta sistem yang menggunakan kamera ‘depth-sensing' dan algoritma khusus dalam mengesan gestur tangan yang diarahkan untuk memanipulasi imej MRI pada paparan yang besar. Penyelidikan terkini dalam membangunkan algoritma telah diketuai oleh pelajar kedoktoran, Mithun George Jacob.

Bagi mengesahkan kajian, para penyelidik telah bekerjasama dengan pakar bedah veterinar untuk mengumpul satu set gestur semula jadi untuk doktor dan pakar bedah. Pakar bedah diminta untuk menentukan fungsi yang selalu mereka lakukan dengan imej MRI serta mencadangkan gestur untuk arahan.

10 gestur telah dipilih seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:

3. Telefon Pintar

Setiap leretan (swipe) yang kita lakukan untuk skrol sesuatu atau menukar aplikasi merupakan sebuah gestur yang tidak memerlukan kita untuk menekan butang maya atau nyata.

Setelah melakukan kajian tentang cara manusia menggunakan butang ‘kembali' di telefon di mana 50% lebih kerap berbanding butang ‘Home', Google telah mereka dua gestur teras bertepatan dengan kawasan yang paling mudah atau selesa untuk dicapai oleh ibu jari.

Pada peranti Samsung (Galaxy Note10 & Galaxy Tab S6), tanpa menggunakan jari, anda kini boleh menggunakan pen stylus untuk menukar trek muzik atau bingkai serta menangkap gambar atau merekod video.

Ciri ini didayakan oleh sensor enam paksi yang terdapat pada S Pen yang terdiri daripada sensor pecutan dan gyro. Data dari pergerakan S Pen dikongsi dengan telefon secara bebas wayar melalui Bluetooth. Anda boleh menonton video bagaimana S Pen berfungsi untuk gambaran yang lebih jelas.

https://youtu.be/eI6uZag3Wwo

4. Sektor Automotif

Pengaplikasian kawalan gestur dapat mengurangkan gangguan pemandu seterusnya meningkatkan keselamatan sepanjang pemanduan.

Zon pengesanan gestur lebih tertumpu kepada bahagian stereng kenderaan. Ia mengesan gerakan tangan lalu mengubah menjadi tindakan. Pemandu boleh menavigasi menu dengan meleret ke atas & ke bawah dan mengesahkan pemilihan dengan hanya menekan perlahan.

Selain itu, operasi tanpa sentuhan juga berfungsi untuk menerima atau menolak panggilan apabila pemandu menggerakkan jarinya ke atas & ke bawah secara seragam sambil mengekalkan tangannya pada stereng.

Bagaimana ia berfungsi? Sensor tersebut terdiri daripada sistem kamera 3D yang dilengkapi sensor imej 3D bersepadu. Ia berperanan untuk menukar isyarat inframerah yang dikesan oleh sensor menjadi imej 3D. Hasilnya, kedudukan tangan dan gestur pemandu dapat dikesan dengan ketepatan milimeter lalu ditukar kepada tindakan.

Pada masa yang sama, sistem ini juga dapat mengesan empat gerak isyarat yang berbeza, iaitu menetapkan navigasi, melayari aplikasi, memainkan muzik, menjawab panggilan dan mengawal komputer.

5. Drone

Sekarang anda boleh mengawal drone anda dengan hanya melakukan gerakan isyarat di mana anda tidak perlu mempunyai pemancar pada tangan untuk menggerakkan drone.

Sebuah accelerometer yang bertindak mengesan pergerakan badan akan ditetapkan pada tangan di mana ia akan menghantar isyarat kepada mikrokontroler. Isyarat tersebut dihantar ke drone dengan bantuan telemetri.

Share this article

shares