3 Kepentingan Pengaturcaraan Dalam Kehidupan Kita

Apakah Itu Pengaturcaran?

Pengaturcaraan merupakan satu proses yang membolehkan kita berkomunikasi dengan komputer. Tanpa pengaturcaraan, sebarang mesin atau gajet yang dicipta tidak akan mampu memahami arahan dari manusia.

Tanpa kita sedari, pengaturcaraan merupakan satu aspek penting di dalam kehidupan kita, di mana kita sekarang sangat bergantung kepada komputer, gajet dan telefon di dalam urusan seharian. Berikut adalah beberapa kepentingan pengaturcaaan di dalam hidup kita.

1. Medium Utama Semua Perisian Komputer dan Telefon

Pengaturcaraan membolehkan kita semua menikmati kemudahan seperti komputer dan telefon pintar. Ketika anda membuka dan menggunakan gajet anda, sebenarnya ribuan kod pengaturcaraan telah dilaksanakan sebagai arahan kepada gajet anda untuk memenuhi tindakan anda.

Komputer memahami arahan dari manusia dalam kod binary [ 0  1 ] sahaja. Namun usaha yang telah dilakukan oleh beberapa generasi manusia, telah memudahkan proses kita memberi arahan kepada komputer. Kita tidak perlu lagi menulis kod binari untuk berinteraksi dengan komputer.

Hanya dengan satu klik kepada butang ‘on’ sahaja, kita mampu membuka komputer dengan mudah. Pengaturcara telah memudahkan kerja kita, dengan menukarkan tindakan kita seperti klik, gestur tangan, dan menaip kepada kod binari yang boleh difahami komputer.

2. Pengaturcaraan dalam Perkakas Elektrik

Pengaturcaraan tidak sahaja terhad kepada komputer dan telefon. Apabila kita lihat di sekeliling kita, kita akan melihat objek seperti kipas, kereta , tv, dan banyak lagi perkakas harian yang kita sering gunakan. Kebanyakan objek ini turut mempunyai pengaturcaraan yang membolehkan kita memberi arahan seperti mengubah kelajuan kipas, dan mengubah tetapan TV.

3. Pengaturcaraan Memudahkan Kita Melakukan Sesuatu Yang Kompleks

Dahulu, pengaturcaraan hanya membolehkan kita melakukan beberapa arahan yang ringkas. Tetapi, disebabkan perkembangan teknologi dan bahasa pengaturcaraan, kita kini boleh menggunakan pengaturcaraan untuk membantu kita menyelesaikan kes-kes yang rumit.

Perkembangan bahasa pengaturcaraan memperkenalkan kepada teknologi teknologi baru yang kita dengari sekarang:

– Pembelajaran mesin (Machine learning
– Kecerdasan buatan (Artificial intelligence)
– Internet pelbagai benda (Internet of things)

Pengenalan kepada teknologi-teknologi ini akan kami bincangkan di kemudian hari.

Sudahkah Kita Memahami Kepentingan Pengaturcaraan?

Perkara di atas hanya sebahagian daripada kepentingan pengaturcaraan, namun tidak dinafikan kepentingannya dalam kehidupan kita sekarang dan akan datang.

Anda mungkin tertanya-tanya, adakah pengaturcaraan ini hanya untuk orang pintar dan genius? Sebenarnya tidak. Pengaturcaraan bukanlah satu perkara yang memerlukan seorang menjadi genius dan mempunyai IQ yang tinggi.

Ia sebenarnya merupakan bahasa. Sekiranya kita boleh mempelajari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, kita juga boleh mempelajari bahasa pengaturcaraan. Dibuktikan dari masa ke semasa, banyak pengaturcara dan pemaju aplikasi sebenarnya hanya memulakan kareer mereka lewat dalam kehidupan mereka.

Namun, perbincangan mengenai bahasa pengaturcaraan dan bagaimana anda boleh mempelajarinya, itu akan kami bincangkan di kemudian hari.

Update:
Enam Perkara Penting Yang Perlu Sebelum Mula Belajar Programming

Share this article

shares