Kepentingan Kelajuan Laman Web

Ramai pereka laman web yang masih belum menyedari kepentingan kelajuan laman web.

Kita akan melihat banyak lagi laman web yang masih mempunya masa loading yang perlahan. Ini kerana, masih ramai pereka laman web di luar sana yang belum memahami kepentingannya kepada para pengguna.

Betapa Pentingkah Ia?

Saya tidak dapat tekankan lagi, bahawa kelajuan loading page / site sangat penting bagi klien dan juga pelanggan mereka.

Sejak daripada kali pertama membina laman web sejak hampir 10 tahun dahulu, saya sering memastikan laman web yang saya bina mestilah mencapai tahap kelajuan yang saya telah tetapkan.

Mengapa? Ini kerana, saya sedar kepentinggannya kepada klien saya dan juga kepada para pelanggan mereka.

Ini adalah fakta yang perlu kita ketahui:

  • Sekitar 80% pengguna laman web melayari internet menggunakan telefon bimbit mereka
  • Sekitar 53% pengguna akan meninggalkan halaman yang mempunyai waktu load lebih daripada 3 saat.
  • Sekiranya halaman tersebut mengambil masa 5 saat untuk load, kebarangkalian pelanggan untuk meninggalkan halaman tersebut meningkat sebanyak 100% / sekali ganda.
  • Secara purata, laman web yang mempunyai ranking di halaman pertama Google, adalah lebih laju daripada laman web pesaing.

Kelajuan = Lebih Jualan = Lebih Keuntungan

Andaikan anda mengeluarkan kos pengiklanan sekitar RM3000 sebulan untuk mendapatkan jualan sebanyak RM30,000 daripada 1000 pelanggan. Pada waktu ini, andaikan laman web anda mengambil masa sekitar 10 saat (Lebih 80% dari laman web dari Malaysia mengambil masa lebih dari 10 saat untuk load).

Dengan melajukan load page tersebut kepada 5s, anda boleh mengurangkan bounce rate sekitar 27%. Pelanggan anda boleh meningkat daripada 1000 kepada 1270 dan jualan anda daripada RM30,000 kepada RM38,000.

Lihat betapa besarnya impak kelajuan terhadap strategi pengiklanan anda? Ini akan lebih jelas kepada mereka yang bergantung kepada pengiklanan sebagai sumber utama jualan mereka. Oleh sebab itu, kita akan melihat pelbagai laman web korporat dan syarikat-syarikat gergasi amat mementingkan kelajuan laman web mereka.

Sekiranya anda bergantung kepada laman web untuk menjual atau mendapatkan pelanggan, pastikan laman web anda berfungsi lebih baik dan laju daripada pesaing-pesaing anda di dalam industri yang sama.

Untuk itu, anda perlu tahu tahap kelajuan laman web anda terlebih dahulu.

Berapa Lajukah Laman Web Anda Sekarang?

Ada berapa kaedah untuk mengetahui kelajuan laman web anda:

  1. Secara manual – Ini merupakan kaedah terbaik, kerana ia lebih tepat. Buka pelayar laman web anda menggunakan desktop / telefon bimbit anda. Sewaktu dalam mode privacy / incognito, bukalah halaman jualan anda. Kira sendiri berapa masa yang diambil untuk halaman tersebut muncul dan masa yang diambil untuk ia load sepenuhnya.
  2. Google PageSpeed / Lighthouse – Tools daripada google untuk membantu para pemaju / pereka laman web. Ada banyak cara untuk menggunakannya, namun cara yang paling senang adalah klik pada pautan PageSpeed ini, atau menggunakan Chrome Dev Tool.
  3. Menggunakan alatan lain seperti GTMetrix, atau Pingdom Speed Test

Sekiranya anda sudah dapat gambaran kelajuan laman web anda, anda boleh rujuk Penanda Aras Industri ini untuk bandingkan kelajuan laman anda.

Sebagai rujukan, berikut adalah apa yang dicadangkan:

  • Average Speed – Kurang daripada 3 saat (best practice), tetapi bergantung kepada industri dan pesaing anda, kurang daripada 5 saat sudah memadai sebagai permulaan.
  • Time to First Byte – Masa untuk pelayar laman web menerima byte / data yang pertama. Ia bergantung kepada kelajuan dan lokasi server anda. Kurang daripada 1.5 saat (best practice) tidak kira apa pun industri anda.
  • Average Request Count & Page Weight – Kurang daripada 50 request dan 500kb saiz (best practice). Walau bagaimanapun, kedua-dua aspek ini tidaklah sepenting Average Speed dan TTFB, kerana biasanya pengguna tidak dapat rasakan perbezaannya.

Kesimpulan

  • Kelajuan laman web sangat memberi peranan kepada user retention rate, bounce rate, dan conversion rate, justeru akan meningkatkan jualan.
  • Laman web yang lebih laju juga akan memberi skor SEO yang baik. Sekiranya anda mempunyai masalah untuk muncul di halaman pertama Google untuk kata kunci carian yang anda inginkan, boleh lihat dari sudut kelajuan pula.

AMARAN:

Penggunaan tool pihak ketiga seperti GTMetrix, Pingdom Speed Test, dan Google PageSpeed memerlukan kemahiran teknikal, dan mungkin tidak sentiasa tepat menunjukkan situasi laman web anda. Pastikan anda mencubanya secara manual untuk mendapatkan kepastian.

Saya akan kongsikan cara untuk menganalisa laman web anda menggunakan kaedah-kaedah di atas dengan lebih mendalam di dalam artikel yang akan datang

Share this article

shares