Kegunaan Drone

Sebelum kita pergi kepada kegunaan drone, adalah lebih baik jika kita mengenali dahulu kategori-kategori UAV. Kategori drone secara kasarnya dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu:

  • Consumer
  • Prosumer
  • Professional

1. Consumer

DJI Phantom 4 Quadcopter

Consumer drone, drone peribadi atau drone hobi merupakan UAV yang direka untuk pasaran massa. Drone ini kebiasaannya digunakan untuk fotografi dan video.

Aplikasi-aplikasi yang berpotensi untuk drone peribadi termasuklah keselamatan rumah, pemantauan kanak-kanak dan penciptan lawatan maya.

2. Prosumer

YUNEEC Typhoon H Hexacopter with GCO3+ 4K Camera

Prosumer menggabungkan GoPro HERO atau kamera tindakan serupa dengan 2 atau 3 paksi gimbal untuk kestabilan.

Ia terdiri daripada quadcopter dan hexa-rotors yang direka khusus dengan video dan foto dalam fikiran.

3. Professional

Tornado H920

UAV profesional merangkumi hexa-rotors dan octo-rotors. Kategori ini direka khas untuk membawa muatan seperti kamera.

Drone profesional juga menawarkan jangka masa penerbangan yang lebih lama dan mempunyai ciri-ciri yang agak canggih. Ia juga merupakan pembelian yang memberi anda keupayaan untuk menangkap aerial video dan gambar yang berkualiti tinggi.

Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi GPS yang stabil yang bermaksud kawalan yang lebih mudah dan tidak memerlukan kemahiran khusus.

Kebanyakan drone profesional mempunyai aplikasi khas seperti ‘Follow Me' mode dan Way-point Navigation untuk menetapkan laluan multi-point.

Apa yang anda boleh lakukan dengan drone?

1. Mengambil gambar dan membuat video

Drone fotografi hari ini kebiasaannya direka dengan kamera berkualiti 4K. Kamera-kamera ini biasanya distabilkan pada gimbal dan boleh dipindahkan serta dikawal untuk mendapatkan tangkapan yang betul pada arah yang anda mahukan.

Sesetengah rekaan mempunyai pengawal yang berperanan memastikan kanta tidak berisiko untuk rosak akibat keadaan cuaca atau dilanggar serpihan terbang.

Alat kawalan yang digunakan selalunya berbentuk butang yang boleh ditekan untuk mengambil gambar atau memulakan rakaman video.

Telefon pintar atau tablet boleh dihubungkan kepada drone melalui sambungan Wi-Fi supaya anda dapat melihat apa yang dirakam pada kamera telefon anda.

2. Penghantaran

Terdapat juga drone yang direka untuk mengangkut barang. Drone penghantaran berfungsi dengan ciri anchor atau bakul yang terdapat pada bahagian bawah drone.

Berat beban yang mampu dibawa oleh drone adalah bergantung kepada jenis model.

Amazon telah memanfaatkan kegunaan ini untuk menyampaikan barangan di beberapa buah negara.

3. Perlumbaan dan penerbangan gaya bebas

Drone yang direka untuk tujuan perlumbaan boleh bergerak sekitar 40 hingga 60 batu sejam.

Drone perlumbaan boleh bergerak dengan lebih cepat dengan sambungan radio untik mereka yang tersendiri. Sambungan ini boleh digunakan dengan pelbagai frekuensi bagi memastikan sambungan antara drone dan alat kawalan tidak diganggu signal lain.

Hal ini sangat penting bagi kes di mana dua atau lebih drone diterbangkan secara serentak semasa perlumbaan.

4. Penerokaan minyak, gas dan mineral

Dengan bantuan sensor elektromagnetik tertentu, drone dapat digunakan untuk mengumpul maklumat geologi untuk membantu ahli geofizik mengenalpasti dengan lebih baik lokasi yang mengandungi mineral, minyak dan gas asli.

5. Hiburan

Semasa upacara pembukaan sukan olimpik musim sejuk di PyeongChang, Intel telah mengadakan pertunjukan cahaya dengan menerbangkan sebanyak 1200 drone quadrotor yang dilengkapi lampu LED.

Pertunjukan drone yang lebih kecil kira-kira sebanyak 300 unit telah dijadualkan untuk terbang semasa upacara penyampaian pingat sepanjang sukan olimpik berlangsung.

6. Pertanian

Penggunaan drone berteknologi tinggi memboleh petani meningkatkan kecekapan dalam beberapa aspek proses pertanian dari pemantauan tanaman hingga penanaman, pengurusan ternakan, penyemburan tanaman, pemetaan irigasi dan sebagainya.

Buat masa ini, terdapat enam penggunaan biasa drone pertanian yang dapat admin senaraikan. Antaranya ialah:

  • Analisis Tanah dan Padang

Petani dapat melihat sama ada terdapat masalah mengenai kualiti tanah, pengurusan nutrien atau zon tanah mati melalui peta 3D tanah yang didapatkan melalui penggunaan drone.

Maklumat ini dapat membantu petani merancang corak pengurusan yang paling berkesan untuk menanam, menguruskan tanaman, tanah dan banyak lagi.

Di samping itu, pemantauan berterusan dapat membantu untuk memanfaatkan sumber air dengan lebih baik menguruskan nutrisi tanaman dengan lebih berkesan.

  • Penanaman Benih

Penanaman menggunkaan drone merupakan teknologi yang agak baru dan masih tidak digunakan secara meluas. Namun, terdapat beberapa buah syarikat yang sedang melakukan eksperimen terhadap penanaman drone.

Eksperimen yang dilakukan termasuk keupayaan drone untuk menembak pod benih pada tanah yang telah disediakan.

Syarikat DroneSeed telah menggunakan drone yang mampu menghantar sehingga 57 pound benih pokok, herbicides, baja dan air untuk membantu projek penghutanan dan penanaman semula.

Teknologi ini dapat membantu meminimumkan aktiviti penanaman secara manual yang memerlukan kos yang tinggi, intensif masa dan kerja keras.

  • Penyemburan Tanaman dan Tempat

Tanaman memerlukan pembajaan dan pengairan yang konsisten untuk mengeluarkan hasil yang tinggi.

Dengan kelulusan dari FAA, drone boleh dilengkapi takungan besar yang boleh memuatkan baja, herbicides atau racun perosak. Drone juga boleh dikendalikan secara autonomi dan diprogramkan untuk dijalankan pada jadual dan laluan tertentu.

Sebagai contoh, sekiranya terdapat rebakan fungus di bahagian tertentu tanaman, drone boleh digunakan untuk mengesan masalah tersebut dengan lebih cepat.

Bagi proses penyiraman tanaman pula, penggunaan drone mampu mengurangkan masa, tenaga dan kos.

  • Pemantau Ternakan

Sesetengah drone dilengkapi kamera pengimejan termal yang membolehkan seorang juruterbang mengurus dan memantau ternakan.

Ini membolehkan petani mengesan ternakan dalam frekuensi yang lebih besar tanpa memerlukan masa yang lama dan kakitangan yang ramai.

Operator drone dapat mengesan sekiranya terdapat ternakan yang cedera atau hilang dengan cepat serta dapat melihat ternakan yang sedang melahirkan.

Share this article

shares