Pengenalan Kepada HTML & CSS

Apakah itu HTML?

HTML adalah bahasa penanda (markup language) yang biasa digunakan untuk laman web. Ia merupakan singkatan bagi Hyper Text Markup Language.

HTML bukanlah satu-satunya bahasa penanda untuk laman web, bahkan ada banyak lagi bahasa penanda lain yang telah dicipta untuk tujuan yang sama.

Namun, ia merupakan bahasa penanda yang paling banyak diguna pakai dan diterima oleh semua peranti komputer dan telefon pintar sekarang.

Asal-Usul HTML

Ia dicipta seawal 1990-an oleh Tim Berners-Lee, yang merupakan orang pertama yang World Wide Web (www) dan yang pertama mencipta laman web.

Kegunaan HTML

  • HTML mengandungi beberapa elemen yang digunakan untuk menstruktur satu laman web
  • Setiap elemen HTML mempunyai tag tersendiri sebagai penanda
  • Contoh tag HTML adalah seperti <p> untuk paragraph dan <h1> untuk heading
  • Pelayar internet (browser) tidak memaparkan tag HTML secara terus kepada pengguna tetapi menggunakan tag-tag tersebut untuk memaparkan kandungan kepada pengguna.

Apakah Itu CSS

CSS merupakan singkatan bagi Cascading Style Sheets. Ia digunakan untuk menentukan bagaimana elemen-elemen HTML dipaparkan kepada pengguna.

Sekiranya HTML adalah APA yang ingin dipaparkan kepada pengguna, CSS pula adalah BAGAIMANA ia dipaparkan.

Laman web tidak memerlukan CSS. Dengan HTML sudah mencukupi, namun dengan menggunakan CSS, laman web tersebut akan kelihatan lebih cantik dan menyenangkan mata yang melihat.

Asal-usul CSS

Penggunaan CSS mula-mula diperkenalkan oleh HÃ¥kon Wium Lie pada tahun 1994.

Apakah Itu CSS

CSS merupakan singkatan bagi Cascading Style Sheets. Ia digunakan untuk menentukan bagaimana elemen-elemen HTML dipaparkan kepada pengguna.

Semakin HTML berkembang, satu penekanan telah dibuat untuk menjadikan HTML lebih menarik bagi pengguna, dan pelbagai style sheet turut dicadangkan pada masa yang sama.

Namun, CSS dipilih untuk menjadi style sheet utama, dan mula dibangunkan dengan kerjasama beberapa pihak.

Kegunaan CSS

  • Menentukan bagaimana laman web dipaparkan
  • Ia berfungsi dengan memberikan tetapan kepada elemen HTML ciri-cirinya tersendiri
  • Sebagai contoh, CSS boleh digunakan untuk menetapkan saiz font <p> atau <h1> kepada saiz tertentu, contohnya kepada 16 px.
HTMLCSS
Menentukan APA yang ingin dipaparkanMenentukan BAGAIMANA ia dipaparkan
Menanda elemen HTML dengan HTML tagMenambah ciri-ciri kepada elemen HTML seperti warna dan saiz tulisan

Share this article

shares