Exabytes WordPress Hosting – Adakah Pelaburan Yang Bagus?

Saya dipelawa untuk menguji pakej WordPress Hosting WP Lite oleh Exabytes, dan berikut adalah hasil ujian yang saya sudah cuba setakat ini.

Pakej WP Lite Dari Exabytes

Mengikut maklumat di halaman jualan Exabytes, apa yang anda peroleh daripada pakej ini adalah seperti berikut.

  • 1 Laman Web WordPress
  • Storan 30 GB SSD
  • Akaun Email tidak terhad
  • Pindahan data yang tidak terhad

Pakej ini menggunakan Shared Hosting Environment, jadi anda masih perlu berkongsi dengan pengguna lain dalam satu server. Mengikut jadual perbandingan ini, akaun maksimum di dalam satu server adalah 150-200 akaun.

Sekiranya anda perlu menggunakan akaun WordPress Hosting untuk lebih daripada satu domain, anda perlu melanggan pakej WP Plus (maksimum 5 domain) dan WP Geek (maksimum 30 domain).

Saiz storan yang diberikan adalah 30 GB SSD, yang mana agak berpatutan. Untuk kegunaan biasa, saiz sebegini biasanya sudah lebih dari mencukupi.

Pembelian & Pendaftaran

Proses pembelian dan checkout agak senang. Saya memilih untuk mendafar domain .com yang diberikan percuma beserta dengan pakej. Sekiranya anda mendaftar domain extension .my / .com.my, perlu sertakan dokumen sokongan.

Jumlahnya RM407.04 untuk langganan satu tahun termasuk cas SST.

Tetapan Akaun

Akaun saya dicipta serta merta, dan saya terus boleh mengakses Plesk Control Panel yang digunakan. Domain propagation pun agak pantas. Tiada masalah untuk saya gunakan domain yang diberikan untuk terus menggunakan WordPress yang telah siap sedia diinstall.

Plesk Control Panel
Laman WordPress yang telah sedia diinstall

SSL Let's Encrypt Percuma

Di dalam Plesk Control Panel, ada pilihan untuk menggunakan Let's Encrypt untuk memasang SSL kepada laman web saya. Dengan ini, saya sudah boleh jimat kos langganan SSL.

Plugin Yang Sedia Dipasang

Pihak Exabytes telah memasang beberapa plugin ke dalam WordPress, seperti iThemes Security, JetPack, Yoast SEO, dan Classic Editor.


Ujian Yang Dijalankan

Saya menggunakan website ini sebagai bahan uji kaji. Apa yang saya ingin buat, adalah saya ingin bandingkan prestasi laman web yang dihost menggunakan Hostinger (hosting sekarang) dengan WordPress Hosting dari Exabytes.

Jadi, saya klonkan laman web ni ke hosting Exabytes, dengan tetapan berikut:

  • Kandunga, theme & plugin sama
  • Fail saiz dan request yang sama
  • Gambar di hostkan di WordPress CDN
  • CDN lain dinyahaktifkan

Saya menguji menggunakan Chrome Browser, menggunakan data internet 4g oleh Digi.

Saya cuba membuka kedua-dua url di dalam mode Incognito yang baru, sebanyak 10 kali untuk kedua-duanya.

Hasil Ujian

Dari segi TTFB dan tempoh load laman web, jelas akaun WordPress Hosting WP Lite lebih laju, mengatasi kelajuan hosting Hostinger Business Hosting.

Ujian Prestasi Menggunakan Keycdn Tools

Tahniah kepada Exabytes kerana hasil ujian yang memberangsangkan ini!

Penggunaan & Kelajuan

Dari segi kelajuan, kelihatan agak memberangsangkan. Proses mengurus laman web menggunakan Plesk Control Panel juga agak mudah. Ia hanya mengambil masa saya sekitar 1 jam sahaja untuk biasakan diri dengan Control Panel ini.

Keselamatan

WP lite sudah mempunyai ciri-ciri hosting yang mempunyai keselamatan yang baik.

Backup

Akaun hosting anda akan dibackup secara berkala oleh Exabytes. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh mengaksesnya secara terus di dalam Plesk Control Panel anda. Sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dengan akaun anda, anda boleh hubungi pihak support untuk restore backup anda yang akan disimpan selama 14 hari.

Sebagai tambahan, anda boleh lakukan backup secara manual secara terus dalam Plesk Control panel. Untuk backup dan restore WordPress sebegini, anda tidak perlu melalui khidmat pengguna Exabytes.

Klon/Migrasi

Untuk klon laman WordPress ke domain atau subdomain lain di dalam akaun yang sama agak mudah dengen Plesk Control Panel. Fungsi migrasi laman web dari hosting lain juga sudah sedia ada. Jadi, sekiranya anda sudah ada laman WordPress yang lain dan ingin gunakan WordPress Hosting di Exabytes sepatutnya tiada masalah.

MySQL Database

Pakej WP lite dari Exabytes hanya memberi anda dua database SQL sahaja, menyebabkan anda boleh memasang maksimum dua laman WordPress sahaja. 1 untuk domain, dan 1 untuk subdomain.

Bagi mereka yang memerlukan hosting untuk satu laman WordPress sahaja, pakej dari Exabytes ini agaik baik. Dengan tambahan satu WordPress untuk subdomain, anda boleh gunakannya untuk staging laman web anda.

Sekiranya anda perlu lebih daripada 1 WordPress, anda mungkin boleh memilih Pakej WP Plus & WP Geek. Namun harganya pasti lebih mahal.

Perbandingan – Hostinger Business Hosting vs Exabytes WP Lite

PerbandinganHostingerExabytes
PakejBusiness Shared HostingWP Lite
Jenis HostingShared HostingShared Hosting
Lokasi ServerSingaporeMalaysia
DomainSehingga 100 domain1 domain sahaja
Storan30 GB30 GB SSD
DatabaseTidak Terhad*2
Jalur LebarTidak TerhadTidak Terhad
Emel Akaun1Tidak Terhad
BackupHarianHarian
SSL1 PercumaPercuma
(Let's encrypt)
Harga
(Pakej 1 tahun)
RM290 tahun pertama
RM497 tahun seterusnya
RM407 setahun
Harga
(Pakej 2 tahun)
RM497 untuk 2 tahun
RM447 tahun seterusnya
RM712 setiap
2 tahun

Siapa Yang Patut Menggunakan WP Lite?

Pemilik syarikat / organisasi yang hanya memerlukan laman WordPress sahaja. Sekiranya anda mementingkan keselamatan dan kestabilan, servis yang diberikan oleh Exabytes ini sudah memadai.

WP Geek Untuk WordPress Developer

Selain pakej WP Lite, saya dapat membayangkan bahawa pakej WP Geek untuk 30 domain dan 60 SQL database ini bagus untuk pereka laman web.

Gunakan subdomain untuk staging, dan deploy/klon WordPress ke domain pelanggan dengan mudah. Untuk mengurus 30 klien di dalam satu akaun adalah mudah dengan menggunakan pelan ini.

Sekiranya saya menjadi seorang developer yang betul-betul fokus kepada laman web WordPress, pakej WP Geek dari Exabytes mungkin akan jadi antara pilihan utama saya.

Adakah Saya Akan Terus Menggunakan WP Lite?

Mungkin saya akan terus gunakannya untuk lakukan ujian lebih lanjut dan sebagai staging untuk laman web klien. Hosting lain yang saya gunakan sudah memadai untuk keperluan saya setakat ini.

Sekiranya anda rasa pakej ini baik untuk anda, boleh cuba melanggan dari Exabytes. Exabytes memberikan anda jaminan 100 hari untuk anda sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pakej tersebut.

Share this article

shares