Panduan Optimasi WordPress (Cheat Sheet)

WordPress adalah CMS yang sangat berguna dan berkuasa. Namun bergantung kepada penggunaan dan tetapannya, laman web WordPress boleh menjadi sangat perlahan, terutamanya bagi yang tidak mahir.

Sekiranya anda ingin lajukan laman web WordPress anda dengan mudah, hanya ikuti langkah-langkah yang saya senaraikan di bawah:

  1. Tukar plugin cache kepada WP Fastest Cache (percuma) atau berbayar.
  2. Enable semua setting dalam WP Fastest Cache.
  3. Disable plugin image optimizer lain, dan install plugin Robin Image Optimizer. Buka tetapan Robin Image Optimizer dan tekan butang “Run” dan jalankan bulk optimization. Plugin ini akan lakukan optimasi kepada semua gambar anda. Biarkan tab tersebut terbuka, sehingga selesai.
  4. Sekiranya anda tidak melanggan mana-mana pakej CDN, anda boleh gunakan WordPress CDN untuk gambar anda dengan percuma. Pergi ke tetapan WP Fastest Cache, dan maju ke tab “CDN”. Tekan “CDN by Photon” dan mulakan integrasi dengan WordPress CDN by Photon. Sekarang, gambar-gambar anda akan di hostkan di CDN WordPress sendiri. Anda boleh semak dengan pergi ke mana-mana post anda, dan lihat URL image anda akan berubah menjadi “https://i0.wp.com/urlanda.com/wp-content/…/..jpg”.
  5. Anda sudah boleh semak kelajuan laman web anda dan lihat perubahan.
  6. Sekiranya anda menggunakan Google Font, install plugin OMGF. Buka tetapan OMGF, dan ikut panduan yang tertera. Lakukan carian kepada font yang anda gunakan, pilih dan download font anda. Tekan “Generate Stylesheet” dan benarkan “Remove Google Fonts”. Sekarang font anda telah dioptimasi.
  7. Sekarang buka GTMetrix atau Chrome Dev Tool, dan lakukan analisa kepada laman web anda. Rujuk kepada bahagian waterfall untuk melihat sekiranya masih ada perkara-perkara lain yang menyebabkan laman web anzda jadi lambat.

PERHATIAN:

Langkah-langkah di atas tidak semestinya kaedah yang terbaik, cuma ini kaedah yang saya sudah cuba kepada banyak laman web WordPress, dan ia sangat efektif serta tidak merosakkan laman web mereka. Anda boleh mengubah atau memilih mana-mana plugin yang anda rasa sesuai dengan situasi anda.

Saya memilih plugin yang diasas berdasarkan cubaan dan ujian terhadap beberapa plugin, namun saya tidak paparkan hasil kajian saya di sini kerana terlalu banyak perkara / data yang diperlukan.


Saya akan sentiasa mengemaskini panduan ini dari masa ke semasa, sebaik sahaja saya jumpa cara yang lebih sesuai.

Share this article

shares