Cara Menyemak Kelajuan Laman Web Secara Manual

Di dalam artikel sebelum ini, saya ada menerangkan kepentingan kelajuan laman web anda. Kali ini, saya akan terangkan cara terbaik ingin menyemak kelajuan laman web anda secara manual.

Tujuan kita melajukan laman web adalah supaya memudahkan pengunjung laman web kita melakukan interaksi, oleh itu kita perlulah memahami kelajuan dari sudut mereka. Berikut adalah tips-tips menguji kelajuan laman web secara manual.

1. Menguji Dengan Pelbagai Peranti – Dekstop, Telefon Bimbit, dan Tablet

Secara umumnya, kebanyakan pengunjung mengakses internet daripada telefon bimbit mereka. Sekitar 80% pengunjung menggunakan telefon bimbit, dan bakinya menggunakan pelayar desktop.

Walau bagaimanapun, dalam kes anda, ia mungkin berbeza. Oleh itu, adalah wajar untuk setiap pemilik laman web melakukan analisa terhadap pengunjung mereka untuk mengenal pasti ciri-ciri pengunjung mereka dengan tepat.

Untuk kebanyakan laman web, menggunakan alatan analitik seperti Google Analytics sangat membantu. Dari situ, kita boleh menilai berapa ramai yang menggunakan telefon bimbit, dan berapa ramai yang menggunakan desktop.

2. Menguji Menggunakan Pelbagai Pelayar Web

Sekiranya anda menggunakan sistem analitik seperti Google Analytics dan Facebook Tracking Pixel, bukan sahaja kita dapat mengenal pasti sama ada mereka menggunakan telefon bimbit atau desktop, bahkan kita juga dapat mengetahui pelayar yang mereka gunakan.

Pelayar yang biasa digunakan adalah seperti Google Chrome, Firefox, Safari, Edge, dan Internet Explorer. Oleh itu, kita perlu menguji kelajuan laman web kita menggunakan kesemua pelayar ini untuk mendapat keputusan yang lebih tepat. Ini kerana, tetapan pelayar-pelayar ini berbeza. Kita tidak mahu sekiranya laman web kita hanya laju bagi pengguna Chrome, tetapi perlahan bagi pengguna-pengguna pelayar lain.

3. Menguji Dalam Mod Incognito / Privasi dan Mod Cache

Kita juga perlu melakukan ujian dalam dua keadaan, iaitu mod Incognito/Privasi dan apakah mod Cache?

Mod Incognito/Privasi – Keadaan di mana pengunjung anda baru pertama kali mengakses laman web anda, dan tiada sebarang maklumat, data atau cache yang tersimpan. Setiap pelayar internet biasanya ada tetapan khas untuk mod privasi, seperti Mod Incognito oleh Google Chrome dan Firefox Privacy Browser.

Mod Cache – Keadaan di mana pengunjung anda sudah pun mempunyai maklumat atau cache yang tersimpan dalam data pelayar mereka. Biasanya berlaku, sekiranya pengunjung pernah mengakses laman web anda sebelum ini. Dalam kes ini, biasanya data seperti gambar dan maklumat laman web akan disimpan di dalam pelayar pengunjung.

Perbezaan Mod Cache dan Mod Privasi – Disebabkan maklumat mengenai laman web sudah tersimpan di dalam pelayar, pengunjung tidak perlu mendapatkan data tersebut daripada pelayan (server), menjadikan laman web lebih mudah dan laju diakses.

4. Mengukur Waktu Dengan Teknik Yang Sesuai

Ada bebarapa cara yang sesuai untuk mengukur waktu. Cara yang paling senang adalah dengan mengira sendiri dalam kepala, berapa saat yang diperlukan. Walau bagaimanapun, cara ini mungkin tidak beberapa tepat.

Selain itu, anda boleh menggunakan fungsi jam randik (stopwatch) jam tangan atau telefon bimbit anda. Anda mungkin perlu mencubanya beberapa kali untuk membiasakan diri. Anda juga perlu menggunakan kedua-dua tangan anda. Sebelah tangan untuk buka laman web, dan sebelah tangan lagi untuk memulakan jam randik.

5. Mengambil Data Kelajuan

Jangan cuba lakukan ujian hanya sekali sahaja. Sebaliknya, lakukan ujian beberapa kali, dan rekod waktu yang anda peroleh. Rekod waktu mula konten (waktu mula-mula anda melihat sesuatu dipaparkan) dan waktu akhir konten (waktu semua konten muncul dan tidak lagi loading)

Sampel Ujian
Pelayar: Chrome
Peranti: Telefon Bimbit
Internet: Umobile 4G

UjianWaktu Mula KontenWaktu Akhir Konten
11.5 saat2.5 saat
21.7 saat2.3 saat
32.1 saat2.8 saat
Purata1.77 saat2.53 saat

Seperti contoh di atas, tiga kali ujian dilakukan, dan puratanya diambil sebagai rujukan. Maklumat seperti rekod terbaik dan terburuk juga perlu direkod.

6. Lakukan Analisa

Setelah mendapatkan semua data, barulah anda boleh membuat analisa kepada hasil ujian anda. Di situ, anda boleh mengenal pasti adakah kelajuan laman web anda memuaskan atau tidak.

7. Lakukan Ujian Tambahan

Ujian secara manual sangat membantu anda mendapatkan data kelajuan dengan tepat. Tetapi bagi pengguna biasa, anda mungkin mempunyai masalah ingin mengenal pasti sebab laman web anda perlahan. Oleh itu, adalah baik juga anda menggunakan teknik ujian menggunakan alatan seperti Chrome Dev Tool, GTMertrix, dan Pingrom.

Kesimpulan

Melakukan ujian kelajuan secara manual akan mengambil masa. Namun, ia adalah penting untuk bisnes anda. Ujian daripada alatan bantuan seperti Dev Tool dan GTMetrix tidak menunjukkan status sebenar seperti yang dialami pengguna anda.

Keputusan anda di GTMetrix mungkin baik, tapi pengguna laman web anda mungkin tidak rasa begitu. Oleh itu, ujian secara manual sangat penting dilakukan sekiranya anda serius ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pengunjung anda.

Share this article

shares