Apa Itu Teknologi 5G? – Pengenalan

5G (5th Generation) merupakan generasi baru jalur lebar mudah alih yang akan menggantikan atau sekurang-kurangnya menaiktaraf sambungan 4G LTE.

Dengan 5G, anda dapat memuat turun dan memuat naik fail-fail besar dengan sangat pantas. Latensi atau masa yang yang diambil untuk peranti berkomunikasi dengan rangkaian tanpa wayar juga akan berkurang secara drastik.

Bagaimana 5G Berfungsi?

Berbeza dengan 4G LTE, 5G beroperasi pada tiga jalur spektrum yang berbeza. Walaupun ini mungkin dilihat sebagai perkara yang tidak begitu penting, ia akan memberi kesan dramatik terhadap penggunaan harian anda. Tiga jalur spektrum tersebut ialah low-band, mid-band dan high-band.

Low-band spectrum: Boleh juga digambarkan sebagai spektrum sub 1GHz. Merupakan jalur utama yang digunakan oleh pembangun di A.S. untuk LTE.

Walaupun spektrum ini menawarkan kawasan liputan terbaik dan penetrasi dinding, terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat dikenalpasti. Antaranya ialah kelajuan data puncak akan melebihi 100Mbps.

Key player – T-Mobile

Mid-band spectrum: Menyediakan kelajuan yang lebih cepat dan latensi yang lebih rendah berbanding low-band spectrum. Namun begitu, mid-band spectrum gagal untuk penetrasi bangunan secara efektif sebagaimana low-band spectrum lakukan.

Mid-band spectrum juga mempunyai jangkaan kelajuan puncak sehingga 1Gbps.

Key player – Massive MIMO, Beamforming

High-band spectrum: Sering dirujuk sebagai mmWave, high-band spectrum dapat menawarkan sehingga 10Gbps kelajuan puncak serta mempunyai latensi yang sangat rendah.

Kelemahan utama yang dapat dikenalpasti ialah mempunyai kawasan liputan serta penetrasi bangunan yang sangat rendah.

Key player – AT&T, T-Mobile, Verizon

Sejauhmana Kelajuan Yang Boleh Dicapai 5G?

  • Kadar data puncak: 5G menawarkan kelajuan data yang lebih tinggi di mana kadar data puncak boleh mencapai 20Gbps (downlink) dan 10Gbps(uplink) bagi setiap stesen pangkalan mudah alih.
  • Kelajuan dunia nyata: Walaupun kadar data puncak yang ditawarkan kedengaran agak menarik, kelajuan sebenar tidak akan sama.
  • Latensi: Waktu yang diambil oleh data untuk bergerak dari satu titik ke titik lain adalah selama 4 milisaat sahaja.
  • Kecekapan: Antaramuka radio akan berubah kepada mod tenaga rendah apabila tidak digunakan. Lebih ideal sekiranya Radio boleh ditukar kepada mod tenaga rendah dalam masa 10 milisaat setelah tidak digunakan.
  • Kecekapan spektrum: Merujuk kepada pengoptimuman penggunaan spektrum atau jalur lebar supaya jumlah maksimum data dapat dihantar dengan kesilapan transmisi yang paling rendah.
  • Mobiliti: Dengan 5G, stesen pangkalan dapat menyokong gerakan dari 0 hingga 310 mph. Hal ini bermaksud stesen pangkalan seharusnya dapat berfungsi merentasi pelbagai gerakan antena walaupun dalam kereta api berkelajuan tinggi.
  • Kepadatan sambungan: 5G sepatutnya mampu menyokong 1 juta peranti yang bersambung bagi setiap kilometer persegi.

Apa Perbezaan Antara 5G, 4G dan 3G?

3G4G5G
Tahun penggunaan2004 – 20052006 – 20102020
Bandwidth2mbps200mbps>1gbps
Latensi100 – 500 milisaat20 – 30 milisaat<10 milisaat
Purata kelajuan144 kbps25 mbps200 – 400 mbps

5G dipercayai akan menjadi lebih pintar, cepat dan cekap daripada 4G. Ia menjanjikan kelajuan data yang jauh lebih laju berbanding jaringan jalur lebar yang sedia ada.

Dengan kelajuan sehingga 100GB per saat, 5G diciptakan 100 kali lebih cepat berbanding 4G. Latensi rendah merupakan kunci utama yang membezakan antra 4G dan 5G. Melalui 5G, anda boleh memuat turun dan memuat naik fail dengan cepat tanpa perlu berasa bimbang tentang gangguan jaringan atau telefon. Anda juga boleh menonton video 4K tanpa mengalami sebarang buffering.

5G juga boleh menambahbaik isu bandwidth serta mengendalikan peranti semasa dan teknologi baru seperti kereta tanpa pemandu dan produk rumah pintar.

Senarai Telefon Yang Menyokong Rangkaian 5G

Kebanyakan telefon pintar keluaran awal tahun 2019 dilengkapi sokongan single-band 5G, antaranya ialah:

Samsung

  • Samsung Galaxy Note 10
  • Samsung Galaxy S10
  • Samsung Galaxy Fold
  • Samsung Galaxy A90

LG

  • LG V50 ThinQ

Motorola

  • Moto Z4
  • Moto Z3
  • Moto Z2 Force

Huawei

  • Huawei Mate X
  • Huawei Mate 20 X

Oppo

Oppo Reno 5G

Xiaomi

  • Xiaomi Mi Mix 3

ZTE

  • Axon 10 Pro
  • Nubia X

Adakah Ia Berbahaya?

Walaupun 5G boleh memperbaiki kehidupan seharian manusia, sesetengah pengguna telah menyuarakan kebimbangan mengenai risikonya terhadap kesihatan pengguna.

Kebimbangan ini kebanyakannya berpunca daripada penggunaan radiasi gelombang-milimeter yang tinggi dalam penghasilan teknologi 5G.

Sesetengah pakar berpendapat bahawa rangkaian baru menghasilkan radiasi radiofrekuensi yang boleh merosakkan DNA dan menyebabkan kanser di samping menyebabkan kerosakan oksidatif yang boleh mendorong kepada penuaan pramatang, gangguan metabolisme sel serta membawa kepada penyakit lain melalui penjanaan protein tekanan.

Sejauhmana Radiasi Radiofrekuensi Berisiko?

Kebimbangan mengenai rangkaian telefon bimbit pada dasarnya berpunca daripada radiasi radiofrekuensi (RFR). Apa itu RFR?

RFR merupakan apa-apa sahaja yang dipancarkan dalam spektrum elektromagnetik dari gelombang mikro – x-ray – gelombang radio – cahaya monitor anda atau cahaya matahari.

Para sainstis juga mengatakan bahawa kriteria yang paling penting dalam menentukan risiko RFR ialah kategori radiasi tersebut, sama ada ionizing atau non-ionizing.

Secara ringkas, sebarang radiasi non-ionizing adalah terlalu lemah untuk memecahkan ikatan kimia. Radiasi tersebut termasuklah inframerah, radio FM, WiFi dan apa sahaja yang mempunyai frekuensi rendah. Walaupun microwave tergolong dalam non-ionizing, namun ia dikategorikan sebagai berbahaya kerana boleh menyebabkan kerosakan tisu.

Radiasi berfrekuensi tinggi seperti sinaran UV, x-ray dan gamma adalah contoh radiasi ionizing. Radiasi inilah yang menyebabkan kita perlu memakai sunscreen di luar rumah kerana cahaya UV dari langit mempunyai tenaga yang cukup untuk melanggar elektron dari atom seterusnya menyebabkan kerosakan sel-sel kulit dan DNA.

Gelombang milimeter yang terdapat dalam teknologi 5G termasuk dalam kategori non-ionizing kerana mempunyai wavelength yang lebih panjang serta tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk memusnahkan sel secara langsung.

Share this article

shares