Apa Itu e-Wallet?

Percaya atau tidak, electronic wallet (e-Wallet) merupakan salah satu teknologi rekaan terbaik pada abad ke-21. Sistem yang sangat cepat dan mudah serta membolehkan pengguna membuat bayaran dengan hanya satu klik.

Definisi

E-Wallet merupakan sejenis kad elektronik yang digunakan untuk transaksi online yang dibuat melalui telefon atau komputer. e-Wallet mempunyai utiliti yang sama dengan kad kredit atau kad debit, tetapi e-Wallet perlu disambungkan ke akaun bank individu untuk membuat pembayaran

Huraian

E-Wallet merupakan sejenis akaun pra-bayar yang dilindungi kata laluan di mana pengguna boleh menyimpan wangnya untuk sebarang transaksi dalam talian.

Dengan bantuan e-Wallet, individu dapat membuat bayaran untuk barangan runcit, pembelian atas talian, tiket penerbangan, servis e-hailing dan sebagainya. E-Wallet juga emmpunyai dua komponen, iaitu perisian dan maklumat.

Perisian : Komponen perisian menyimpan maklumat peribadi dan menyediakan keselamatan serta penyulitan data.

Maklumat : Komponen maklumat merupakan pangkalan data yang mengandungi butiran peribadi pengguna seperti nama, alamat penghantaran, kaedah pembayaran, jumlah yang akan dibayar dan butiran kad debit atau kredit.

Untuk menubuhkan akaun e-Wallet, pengguna perlu memasang perisian pada peranti dan memasukkan maklumat yang diperlukan. Selepas melakukan pembelian online, e-Wallet akan mengisi maklumat pengguna pada borang pembayaran secara automatik.

Untuk mengaktifkan e-Wallet, pengguna perlu memasukkan kata laluan. Sebaik sahaja pembayaran dibuat, pengguna tidak perlu mengisi borang pesanan di mana-mana laman web kerana maklumat tersebut telah disimpan dalam pengkalan data dan dikemaskini secara automatik.

Memahami e-Wallet

E-wallet merupakan dompet fizikal berbentuk digital yang menyasarkan pengguna telefon bimbit. Ia mempunyai ciri-ciri lain seperti pembayaran tempat parkir kereta, pembelian baucer atau pembayaran bil yang dapat memudahkan urusan harian pengguna.

Untuk membezakan e-Wallet dan aplikasi pembayaran telefon adalah sangat mudah. E-Wallet yang berfungsi sepenuhnya perlu memenuhi kriteria-kriteria seperti yang disenaraikan:

  1. Mesti tersedia sebagai aplikasi untuk Android dan iOS (Apple).
  2. Mesti membolehkan anda melakukan tambah nilai secara perbankan online, kad debit, kad kredit atau tunai.
  3. Boleh melakukan pemindahan wang secara P2P.
  4. Boleh mengimbas kod QR statik untuk membuat pembayaran.
  5. Boleh digunakan oleh semua pengguna (pasaran massa).
  6. Mestilah bersifat ‘open loop' yang menyokong pihak ketiga.
  7. Mesti mendapatkan Lesen Pengeluar e-Money dari BNM.

Adakah

Jenis-jenis e-Wallet

Jenise-Wallet berasaskan rangkaiane-Wallet berasaskan kad
Penyimpanan duitMenggunakan cloud sebagai tempat simpanan duit digitalMenggunakan rangkaian kad yang sedia ada
ContohGrabPay, Boost, TouchnGoBigPay, AEON, MPay

Apa Yang e-Wallet Boleh Lakukan?

  1. Digital wallet boleh digunakan untuk membuat pembayaran online di mana-mana laman web e-commerce
  2. Membayar pelbagai bil seperti bil elektrik, pembelian prepaid, tempahan tiket wayang, bil telefon dan sebagainya.
  3. Menempah makanan secara atas talian.
  4. Tempahan pelancongan
  5. Pemindahan wang online
  6. Pelbagai produk kewangan seperti pembayaran wang secara mutual dan pembelian insuran.

Bagaimana Untuk Membayar e-Wallet Anda?

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk tambah nilai e-Wallet anda. Antaranya ialah:

  • Kad kredit – Tambah nilai melalui Visa atau Master credit card
  • Kad debit – Tambah nilai melalui Visa atau Master debit card
  • Online bank transfer –Tambah nilai melalui perbankan online seperti Maybank, CIMB, RHB, UOB dll.
  • MOLPay cash di 7eleven – Tambah nilai di outlet 7e berhampiran.

Kelebihan Menggunakan E-wallet

1. Lebih selamat dan terjaga

Semua maklumat akaun anda dikawal dengan rapi atau sulit. Hal ini bermakna nombor akaun sebenar anda tidak akan disimpan di telefon anda.

Kata laluan/kod laluan diperlukan apabila anda ingin menukar dan melihat maklumat berkenaan akaun atau membuat sebarang transaksi.

2. Promosi

E-Wallet menawarkan pelbagai promosi seperti diskaun, tawaran hebat, mata ganjaran, bayaran balik petrol dan sebagainya.

3. Lebih meyakinkan

Tiada lagi wang dan duit syiling diperlukan. Sebaik sahaja pembayaran dilakukan, maklumat transaksi akan direkodkan secara automatik dalam aplikasi e-Wallet anda.

4. Pemindahan wang lebih mudah

Mudah untuk melakukan pemindahan atau penghantaran wang ke akaun yang berbeza dan pembahagian bil dengan rakan-rakan juga tidak lagi menjadi satu perkara yang menyukarkan.

5. Memudahkan pengguna untuk memarkir kenderaan

E-Wallet membuatkan pembayaran tempat meletak kenderaan menjadi lebih mudah kerana pengguna tidak perlu lagi menggores kupon parking atau memasukkan duit syiling ke dalam mesin parking.

6. Jimat kos

E-Wallet menawarkan kadar pertukaran terbaik (bayaran terus melalui Mastercard / pengeluaran ATM)

E-Wallet juga menawarkan cas pemprosesan sifar untuk pembelian tiket penerbangan AirAsia melalui Big Pay.

Siapa Pembekal Servis e-Wallet Di Malaysia?

Mari kita mulakan dengan meninjau terlebih dahulu berapa banyak lesen e-money yang telah dikeluarkan oleh BNM setakat ini?

Jawapannya ialah 42 lesen e-money telah dikeluarkan merangkumi 5 bank dan 37 bukan bank.

Admin akan menyediakan senarai servis e-Wallet terbaik berdasarkan rating yang diberikan oleh pengguna di Google Play Store dalam penulisan artikel seterusnya.

Share this article

shares