5 Laman Web Untuk Belajar Pengaturcaraan

Pengaturcaraan merupakan antara kemahiran yang paling dicari pada masa ini. Namun, pembelajaran pengaturcaraan sering dianggap sukar disebabkan penggunaan pendekatan yang salah untuk mempelajari kod.

Oleh itu, dalam penulisan kali ini admin ingin berkongsi medium atau laman pembelajaran pengaturcaraan percuma dan berbayar yang agak mudah dan menyeronokkan untuk dirujuk oleh mereka yang ingin mula belajar mengenainya.

1. Codecademy

Sekiranya anda telah melakukan sebarang penyelidikan tentang cara belajar kod, saya pasti anda telah menjumpai Codecademy. Codecademy menyediakan pelbagai pilihan kursus seperti HTML & CSS, JavaScript, jQuery, Python, Ruby on Rails dan sebagainya.

Tambah menarik lagi, Codecademy dapat digunakan secara percuma tanpa perlu mendaftar untuk langganan secara bulanan atau membayar mengikut kelas. Bagi seseorang yang mempunyai bajet yang agak terhad, platform ini mungkin dapat menjadi tempat yang menarik untuk anda mulakan pembelajaran.

Namun, jika teori merupakan pencarian utama anda, Codecademy mungkin bukan tempat terbaik untuk anda. Hal ini kerana melalui laman ini, anda akan belajar cara mengekod, tetapi tidak akan mendapat penjelasan yang mendalam tentang setiap langkah yang diajar.

2. Khan Academy

Khan Academy merupakan sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang disokong oleh beberapa yayasan dan perniagaan terbesar serta paling berpengaruh di dunia, seperti Yayasan Bill dan Melinda Gates dan Google.

Ia juga merupakan satu medium percuma yang menggunakan pendekatan yang sedikit berbeza daripada Codecademy, iaitu pembelajaran melalui video.

Khan Academy boleh diakses di tanpa sekatan waktu dan lokasi. Apa yang hanya anda perlukan ialah internet dan peranti untuk melihat video.

Bukan itu sahaja, pembelajaran berbentuk video membolehkan anda belajar dan bekerja mengikut kehendak anda sendiri. Dalam erti kata mudah, anda boleh mengulangi video, mengehentikan, memajukan atau memutar kembali video pada minit-minit yang tertentu mengikut kemahuan anda.

Oleh itu, anda boleh memberi perhatian atau menumpukan kepada topik-topik yang kurang jelas dengan memainkan kembali video tersebut dan melangkau bahagian-bahagian yang kurang mencabar.

3. Stack Overflow

Stack Overflow merupakan laman web kanonikal awam yang diketahui oleh hampir setiap orang yang terlibat dalam dunia software. Maka, ia mempunyai komuniti yang agak besar dan sentiasa bersedia untuk membantu menjawab segala persoalan mengenai pengaturcaraan. Hal ini menjadikannya salah satu cara terpantas untuk mendapatkan jawapan yang berkualiti untuk soalan teknikal.

Namun begitu, setiap kualiti soalan yang dilontarkan dipantau dengan ketat yang memaksa anda untuk bertanyakan soalan yang baik. Soalan yang baik memerlukan pemikiran yang jelas dan komunikasi yang baik. Mengetahui bagaimana untuk membentuk satu soalan yang berkesan adalah lebih berharga daripada kemahiran teknikal tertentu.

Tidak dapat dinafikan, anda akan mendapati bahawa dalam proses menulis soalan yang bijak, anda sering menemui jawapannya sendiri.

Bagaimana Untuk Dapatkan Soalan Overflow Yang Baik?

  1. Sentiasa mencari jawapan sebelum bertanya
    Langkah ini bagi mengelak daripada berlakunya pengulangan soalan. Selain itu, langkah ini juga bertujuan untuk mengelakkan pembaca lain memandang mudah terhadap soalan yang diutarakan lalu memberikan jawapan yang pendek dan tidak memuaskan.
  2. Kongsikan proses dan percubaan anda untuk menyelesaikan masalah.
    Pengguna Stack Overflow lebih cenderung untuk membantu jika mereka berasakan anda berusaha keras dan bertanya soalan yang pintar.
  3. Spesifikasikan skop soalan khususnya di dalam tajuk
    “Bagaimana membina hubungan data yang rumit” adalah satu contoh tajuk yang tidak begitu baik. “Bagaimana untuk debug hubungan polimorfik” boleh diterima, kerana ia menunjukkan bahawa anda mungkin telah cuba menyelesaikan masalah anda.

Perhatikan bahawa tajuk ini tidak mempunyai perincian konkrit, jadi walaupun mungkin dapat diterima, namun soalan tersebut masih belum mampu untuk menjamin pulangan jawapan yang padat dan tepat.

4. Sololearn

SoloLearn adalah satu siri aplikasi percuma yang membolehkan pengguna mempelajari pelbagai bahasa dan konsep pengaturcaraan melalui pelajaran ringkas, cabaran kod dan kuiz.

Antara bahasa pengaturcaraan yang terkandung dalam pembelajaran ialah Pembangunan Web (HTML5, CSS3, Javascript, Jquery), Python, Java, Kotlin, C++, PHP, SQL, Algorithm and data structures, Ruby, Machine Learning, Design Patterns, Swift and Git.

5. W3Schools

W3Schools adalah laman web merangkumi tutorial dan rujukan mengenai bahasa pembangunan web seperti HTML, CSS, JavaScript, PHP, SQL, Python, jQuery, Java, C ++, C #, React, XML, W3.CSS dan Bootstrap, yang meliputi kebanyakan aspek pengaturcaraan web.

W3Schools menggunakan penjelasan kod ringkas beserta ilustrasi ringkas berkenaan cara menggunakannya. Tutorial W3Schools bermula dari tahap asas dan bergerak hingga ke rujukan profesional.

Share this article

shares