6 Contoh Penggunaan Peranti Pintar Dalam Bidang Automotif

Industri kereta adalah salah satu daripada pasaran yang paling pesat berkembang untuk penyelesaian berasaskan IoT. Menjelang 2020, lebih daripada 250 juta kereta dijangka akan menerima impak IoT. Bilangan unit sambungan yang dipasang pada kenderaan dijangka meningkat sebanyak 67%.

Bagaimana IoT Boleh Mengubah Industri Automotif?

IoT akan mengubah cara pemanduan

Kereta yang dilengkapi sensor dapat mengenalpasti dan berkomunikasi dengan papan tanda jalan raya melalui rangkaian kamera

Boleh menaiktaraf keselamatan jalan raya

IoT juga boleh menjadikan jalan raya lebih selamat melalui isyarat yang dapat mengesan kemalangan dan pemanduan secara merbhaya. Terdapat juga peranti yang boleh mengesan perlanggaran secara automatik dan segera menghubungi perkhidmatan kecemasan .

Teknologi yang sama juga boleh memberi laporan kepada pengilang kenderaan supaya mereka boleh melakukan penambahbaikan.

Peranti pintar juga boleh menggunakan GPS untuk mengesan tempat-tempat yang memerlukan pemandu menekan brek di samping memberi amaran kepada pemandu sekiranya mereka berterusan memandu secara berbahaya.

Boleh membantu menyelesaikan kesesakan lalu lintas di bandar

IoT boleh digunakan untuk AI dalam lalu lintas, yang membolehkan operator lalu lintas menyelaraskan kereta untuk mengurangkan kesesakan. Ia boleh mengesan jalan raya yang paling sibuk seterusnya membantu para jurutera dan pakar jalan raya merancang pelan yang dapat mengurangkan kesesakan.

Boleh mengurangkan pencemaran dan penggunaan tenaga

Data peranti pintar boleh mendedahkn banyak maklumat tentang jalan raya yang boleh digunakan untuk membuat penyelesaian yang lebih hijau. Peralatan pintar telah membantu dalam mengurangkn pelepasan gas toksik di bandar.

Di Jamshedpur, India, sebanyak 300 lampu jalan yang disambungkan ke IoT digunkan untuk menentukan waktu cahaya diperlukan. Hal ini dapat menjimatkan penggunaan elektrik.

Contoh-contoh Teknologi Pintar Yang Digunakan

1. Penjejak Kunci

Setiap orang pasti pernah mengalami saat cemas kehilangan kunci lebih-lebih lagi sekiranya terdapat urusan penting yang memerlukan anda bergegas. Dengan kepintaran teknologi yang sedia ada, anda tidak perlu lagi mencari kunci anda selama berjam-jam.

Terdapat beberapa peralatan penjejak kunci yang dikuasakan bateri boleh didapati di pasaran. Antara syarikat pengeluar peranti pintar tersebut ialah Tile dan Chipolo

Dengan menggunakan peranti ini, anda boleh mencari kunci melalui GPS atau menekan butang yang membolehkan peranti tersebut berdering.

2. Dash Cam

Dash cam pada masa ini menjadi salah satu aksesori kerta yang wajib dimiliki.

Salah satu daripada dash cam yang paling hangat di pasaran ialah Garmin Dash Cam 55. Ia padat dengan resolusi hebat dan menyimpan klip video penting secara automatik dan rakaman stem yang disertai masa dan lokasi.

Apa yang membuatkannya lain dari yang lain ialah ciri kawalan suara yang akan memberi makluman mengenai bila pemandu perlu mengurangkan kelajuan atau amaran sekiranya terdapat landasan kereta api di hadapan.

Dash cam ini turut dilengkapi travelapse yang membolehkan video dipercepatkan.

3. Pengesan Kereta dan Penyesuaian Diagnostik

Dengan hanya meletakkan peranti ini di dashboard anda, anda boleh mula menyelaraskan data yang dikumpul mengenai kereta anda ke aplikasi

Data ini akan memaklumkan kepada anda tentang perkara-perkara seperti lokasi kenderaan anda, mengapa lampu cek enjin anda menyala dan bila anda perlu servis kenderaan anda.

4. Aplikasi HUDWAY Dan Pemapar kaca

Peranti yang menawarkan keupayan untuk mengawal segala-galanya dari AC dan haba hingga GPS. HUDWAY Glass merupakan telefon kecil yang dipasangkan sekeping gelas yang direka khusus untuk menangkap pantulan skrin telefon anda.

Aplikasi HUDWAY seperti Go dan Widgets memberikan semua maklumat yang anda perlukan mengenai arah, kelajuan, lalu lintas dan sebagainya. Maklumat tersebut akan dipancarkan pada gelas untuk anda lihat semasa memandu.

5. Bluetooth Adapter

Bluetooth adapter terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

  • FM Transmitter – Menggunakan frekuensi radio FM
  • AUX-in – Dipasangkan terus kepada input AUX 3.5mm anda
  • Visor Type – Output menerusi speaker

Bluetooth adapter direka untuk menjawab panggilan tanpa menggunakan tangan dan mendengar muzik. Tidak kira mana-mana pun yang akan menjadi pilihan anda, anda boleh mendengar Spotify dan podcast di mana-mana sahaja.

6. Pemantau Keselamatan Tayar Pintar

Kenderaan moden kebiasannya dilengkapi beberapa jenis sensor yang akan memberitahu anda apabila tekanan tayar kereta anda rendah. Namun, peringatan tersebut tidak selalunya tepat atau secara langsung. Namun, Pemantau Keselamatan Tayar Pintar ZUS mampu melakukannya.

Pemantau ZUS dipasangkan terus ke dalam pengecas kereta USB anda dan mengumpul data dari sensor. Di samping peringatan secara langsung mengenai kebocoran tayar, ZUS juga akan memaklumkan kepada anda menerusi aplikasi sekiranya anda mempunyai tekanan tayar yang rendah sebelum tyar tersebut mengempis.

Share this article

shares