Top 5 Drone Bajet Rendah Dan Mampu Milik

Perkembangan teknologi yang terlalu pantas menyebabkan harga drone semakin menurun. Sekiranya anda merupakan seorang beginner atau ingin membeli drone buat pertama kali, mengapa tidak mulakan dengan model yang lebih murah tetapi mempunyai ciri yang sama seperti drone mahal?

Kami telah menyenaraikan beberapa drone mampu milik di bawah RM1,000 untuk memudahkan anda membuat pilihan bajet yang anda ada.

1. JJRC H37 ELFIE

Weight: 73g | Controller: No | Camera resolution: 0.3MP | Battery size: 500mAh | Range: 30m
Harga: dari RM166.32

Mini JJRC H37 Elfie adalah drone terbaik untuk dibawa bersama sepanjang percutian anda. Saiznya yang hanya sebesar tapak tangan menyebabkan ia mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

Walaupun bersaiz kecil, JJRC H37 tetap mempunyai ciri penuh seperti sokongan WiFi, kamera HD 720P built in yang boleh merekod video dan distream secara langsung ke telefon bimbit anda.

Terdapat juga bonus tambahan seperti butang ‘home return' yang membuatkan drone kembali pada anda dengan hanya menekan satu butang, sebuah sensor G untuk kawalan yang lebih baik menggunakan telefon pintar anda.

Selain itu, ciri hebat lain yang dimiliki oleh JJRC H37 ialah mod hover tekanan udara di mana drone akan berlegar di satu tempat semasa anda mengambil gambar, dan ciri terakhir ialah anda boleh mengawal drone menggunakan telefon pintar sejauh 40m.

Kelebihan

  • Mod G-Sensor memudahkan kawalan
  • Aplikasi dapat mengawal sepenuhnya

Kelemahan

  • Sukar untuk mengawal drone
  • Tidak mempunyai kamera HD/ Non-HD camera

2. JXD 509W

Weight: 140g | Controller: Yes | Camera resolution: 0.3MP | Battery size: 600mAh | Range: 50m
Harga: RM233.00

JXD 509W merupakan drone dilengkapi WiFi dengan kamera built in 0.3MP, 6 paksi gyro, 4 saluran pengawal dengan jarak 50 meter.Sokongan WiFi bermaksud anda boleh mengawal telefon menggunakan aplikasi pada telefon pintar.

Anda juga tidak perlu risau tentang kehilangan drone kerana JXD 509W telah dilengkapi ciri hebat seperti butang ‘return to home' yang membolehkan anda mengarahkan drone untuk kembali kepada anda dengan hanya menekan satu butang.

Kelebihan

  • Altitude Holder
  • Dilengkapi butang ‘home return'
  • Headless mode
  • Pendaratan secara automatik

Kelemahan

  • Bateri hanya bertahan selama 6 minit sekiranya kamera digunakan sepanjang penerbangan

3. Syma X8 Pro

Weight: 645g | Controller: Yes | Camera resolution: 1MP | Battery size: 2000mAh | Range: 200m
Harga: RM479.00

Berbeza dengan drone bajet lain, Syma X8 Pro dilengkapi GPS built in yang membantu anda mengesan drone secara berterusan dan mengingati lokasi drone anda.

Drone yang dilengkapi WiFi ini dan mempunyai kamera 720P ini dapat dikawal secara langsung menerusi telefon pintar.

Selain itu, terdapat juga fungsi hover untuk memastikan drone terus berlegar di sesuatu kawasan.

Kelebihan

  • Dilengkapi GPS
  • Mempunyai dua bateri yang boleh memanjangkan penerbangan drone menjadi 25minit

Kelemahan

  • Tidak mempunyai Gimbal
  • Alat kawalan jauh terhad kepada 200m sahaja

4. Parrot Hydrofoil Travis

Weight: 2.31lb | Controller: Yes | Camera resolution: 0.3MP | Battery size: 550mAh | Range: 20m
Harga: RM599.00

Walaupun bersaiz kecil, Parrot Travis merupakan drone yang serba boleh dan menyeronokkan. I juga boleh melakukan akrobatik udara.

Tambahan lagi, drone ini juga sangat stabil, kalis impak, mudah dikawal dengan telefon pintar dan mempunyai sistem cut-out sekiranya berlaku perlanggaran atau kerosakan.

Anda boleh mengambil gambar udara menggunakan kamera mini menegak onboard dan menyesuaikannya dengan aksesori tambahan.

5. WLtoys Q303C

Weight: 2.510g | Controller: Yes | Camera resolution: 2MP | Battery size: 1500mAh | Range: 150m
Harga: Rm799.00

WLtoys Q303C dilengkapi dengan kamera 2MP built in yang boleh menangkap gambar dalam jaringan yang luas. Lokasi kamera yang berada di atas sokongan berpaksi tunggal gimbal membolehkan tangkapan sedemikian dilakukan.

Memiliki ciri-ciri seperti jarak kawalan sejauh 150m dan kebolehan untuk ditambah aksesori menyeronokkan (water cannon/hook), drone ini sememangnya direka untuk keseronokan.

Satu kelemahan drone ini ialah masa penerbangan yang agak singkat, iaitu selama 9 minit setiap cas.

Kekuatan

  • Mempunyai reka bentuk yang mengagumkan
  • Grin inducing tricks
  • Aplikasi interface yang hebat

Kelemahan

  • Pertukaran aplikasi antara mode penerbangan dan mode air yang tidak begitu menyenangkan
  • Jangka hanyat bateri terlalu lemah

Share this article

shares