Penggunaan Big Data Dalam Industri

Big Data telah sepenuhnya merubah dan merevolusikan cara perniagaan dan organisasi bekerja.

Dalam penulisan kali ini, admin akan menyenaraikan kegunaan aplikasi Big Data dalam pelbagai sektor dan industri serta apa manfaat yang diperolehi sektor2 tersebut daripada aplikasi-aplikasi ini.

1. Industri Makanan Segera

Pada hari ini, terdapat banyak syarikat makanan segera popular seperti McDonald's, KFC, Pizza Hut dan sebagainya. Syarikat-syarikat ini merupakan pemimpin dalam industri ini dan mendapatkan bantuan Big Data untuk kekal di atas.

Kegunaan :-

  1. Dengan menggunakan pangkalan data yang mengandungi demografi, minat dan tingkah laku, syarikat makanan segera cuba membawa perubahan dalam menyediakan menu makanan. Hal ini berikutan mereka mempunyai semua maklumat mengenai pelanggan seterusnya dapat membantu merancang strategi pemasaran dan mengikuti trend.
  2. Apabila beratur panjang, aplikasi sains data secara automatik dapat menunjukkan makanan yang hanya boleh disediakan dalam masa yang singkat.
  3. Penggunaan aplikasi Big Data juga membolehkan syarikat tersebut menilai prestasi cawangan seterusnya menetapkan lokasi di mana pejabat baru perlu dibuka untuk meningkatkan keuntungan.

2. Sektor Perbankan

Bank perlu melalui banyak strategi dalam memastikan wang anda selamat dan dijaga dengan baik. Dari kutipan tunai hingga pengurusan kewangan, Big Data menjadikan bank lebih cekap dalam setiap sektor. Penggunan aplikasi ini juga telah mengurangkan kerumitan pelanggan dan menjana pendapatan bank.

Kegunaan :-

  1. Dengan menggunakan teknik pengelompokan data, bank dapat mengenalpasti lokasi cawangan baru di mana permintaannya tinggi.
  2. Platform perbankan kini berbentuk digital di mana semua operasi boleh dilakukan dari rumah.
  3. Pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan (AI) digunakan oleh bank dalam mengesan aktiviti penipuan dan melaporkan kepada kakitangan yang berkaitan.
  4. Sains data telah memudahkan bank dalam mengendalikan, menyimpan dan menganalisis sejumlah data yang besar serta memastikan keselamatannya.

3. Industri Media & Hiburan

Syarikat-syarikat media dan hiburan perlu memacu transformasi digital dalam memastikan produk mereka dipasarkan secepat mungkin.

Ketersediaan dalam mengakses kandungan menggunakan apa-apa peranti membantu dalam mengukur tahap populariti seorang artis berdasarkan view atau like yang dimiliki.

Kegunaan :-

  1. Membantu dalam mengumpulkan maklumat serta permintaan individu.
  2. Mengenalpasti sebab di sebalik tindakan pengguna menekan butang subscribe atau unsubscribe terhadap sesuatu kandungan.
  3. Aplikasi Big Data membantu dalam menetapkan kumpulan sasaran untuk syarikat media.
  4. Membantu artis memilih platform atau tempat yang mereka boleh promosikan hasil seni mereka.
  5. Bergantung kepada kepopularitian seseorang boleh memilih peranti, saiz skrin dan OS untuk menempatkan lagu atau video mereka.

4. Industri Pelancongan

Pelancong moden lebih memilih untuk menggunakan dunia digital berbanding agensi. Big Data membantu dalam mengumpulkan informasi kepada pelancong dari pelusuk dunia tentang tempat yang menarik untuk. dilawati.

Kegunaan :-

  1. Membantu mengumpul maklumat permintaan awam dengan menganalisis data yang disediakan oleh pelancong di media sosial.
  2. Sesetengah peranti boleh mengumpul maklumat kad kredit atau debit untuk proses jual beli dan identifikasi pelancong dalam masa yang singkat.
  3. Syarikat penerbangan boleh melakukan perancangan yang efektif dengan menggunakan data penumpang dan bagasi mereka sepanjang perjalan dan menyediakan perkhidmatan sewajarnya.
  4. Berdasarkan maklumat geo-lokasi, lalu lintas dan cuaca, agensi pelancongan boleh menghantar tawaran dan manfaat yang sesuai untuk pelanggan tertentu.
  5. Big Data boleh membantu menyediakan keselamatan melalui penggunaan teknologi blockchain.

5. Penjagaan Kesihatan

Sains data bukan sahaja diperkenalkan untuk mengenalpasti rawatan tetapi juga meningkatkan proses penjagaan kesihatan. Big Data mempunyai impak yang besar dalam mengurangkan pembaziran wang dan masa.

Di samping itu, kerajaan menggunakan big data untuk membangunkan infrastruktur baru dan perkhidmatan perubatan kecemasan.

Kegunaan :-

  1. Membolehkan pengurus yang bertugas meramalkan dotor yang diperlukan pada masa-masa tertentu dan memperkenalkan EHR untuk menjejaki rekod pesakit.
  2. Menggunakan peranti digital yang boleh dipakaikan pada tubuh badan untuk memantau pesakit dan menghantar laporan kepada doktor yang berkaitan.
  3. Big Data boleh menilai gejala dan mengenalpasti sebarang penyakit pada peringkat awal.
  4. Boleh memastikan rekod sensitif terpelihara dan menyimpan sejumlah besar data dengan cekap
  5. Aplikasi Big Data juga boleh meramalkan lokasi yang disyaki terdapat penyebaran denggi atau malaria.

6. E-Dagang

E-dagang adalah salah salah satu cara yang sah untuk mendapatkan duit secara atas talian. Dalam industri ini, syarikat kecil dan syarikat besar saling bersaing dalam mendapatkan keuntungan.

Big Data dalam e-dagang dapat memberikan kelebihan persaingan dengan menyediakan laporan pandangan dan analitis.

Kegunaan :-

  1. Dapat mengumpul data dan keperluan pelanggan walaupun operasi rasmi belum dimulakan.
  2. Pemilik e-dagang dapat mengenalpasti produk yang paling banyak dilihat oleh pelanggan.
  3. Menilai tingkah laku pelanggan dan mencadangkan produk yang serupa. Ini dapat meningkatkan jumlah jualan seterusnya menjana pendapatan.
  4. Sekiranya ada produk yang dimasukkan ke dalam ‘cart' tetapi tidak dibeli oleh pelanggan pada akhirnya, secara automatik big data boleh menghantar tawaran promosi kepada pelanggan tertentu.
  5. Big Data dapat menghasilkan laporan tersusun yang mengandungi butiran peribadi pengunjung seperti umur, jantina, lokasi dan sebagainya.

7. Pengurusan Bencana Alam

Setiap tahun bencana alam seperti tsunami, taufan, banjir dan gempa bumi menyebabkan kerosakan besar dan meragut banyak nyawa. Salah satu faktor ialah saintis tidak dapat meramalkan kebarangkalian untuk berlakunya bencana lalu kerajaan tidak sempat untuk melakukan persediaan yang cukup.

Walaupun penggunaan Big Data dalam pengurusan bencana bukanlah sesuatu yang baharu, pembangunan AI baru-baru ini telah banyak membantu meteorologi untuk meramalkan keadaan cuaca dengan lebih tepat.

Kegunaan :-

  1. Dapat mengenalpasti potensi bencana melalui penilaian suhu, paras air, tekanan angin dan faktor lain yang berkaitan.
  2. Dengan Big Data, kerajaan boleh mengambil tindakan yang perlu untuk mengurangkan kesan buruk bencana alam.
  3. Peramal cuaca boleh menganalisis data yang dikumpul dari satelit dan radar. Mereka boleh memeriksa keadaan cuaca setiap 12 jam.
  4. Boleh mengenalpasti tahap air dan kemungkinan berlakunya banjir di kawasan dan masa tertentu. Oleh itu, kerajaan dapat mengambil langkah berjaga-jaga seperti melakukan penggalian.

8. Keselamatan Negara

  1. Kerajaan mengumpulkan maklumat seluruh warganegara dan disimpan dalam pangkalan data untuk banyak tujuan.
  2. Dapat menilai ketumpatan penduduk di lokasi tertentu dan mengenalpasti keadaan mungkin menjadi ancaman.
  3. Pegawai keselamatan boleh menggunakan dataset ini untuk mengesan sebarang jenayah dan aktiviti penipuan di seluruh kawasan di negara ini.
  4. Pihak berkaitan dapat meramalkan potensi penyebaran mana-mana virus atau penyakit seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.

9. Industri Pertanian

Penggunan Big Data menjadikan sektor pertanian negara dapat memenuhi jumlah pengeluaran tahunan yang diperlukan serta mengurangkan keperluan untuk mengimport produk pertanian luar.

Kegunaan :-

  1. Big Data digunakan untuk keseluruhan proses bermula penuaian hingga proses pengilangan produk pertanian seperti padi, gandum, sayuran dan sebagainya.
  2. Boleh digunakan untuk sistem penyiraman automatik.
  3. Big Data boleh mengambil dari tahun-tahun yang lalu dan boleh mencadangkan racun makhluk perosak yang sesuai dalam keadaan tertentu.
  4. Membolehkan pemilik firma menggunakan tanah yang sama untuk beberapa tujuan dan pengaplikasian data sains boleh menghasilkan pengeluaran sepanjang tahun.

10. Pendidikan

Industri pendidikan dibanjiri sejumlah besar data yang berkait dengan pelajar, fakulti, kursus, keputusan dan sebagainya.

  1. Meningkatkan Sistem Penggredan
  2. Analisis dan kajian yang sesuai untuk setiap rekod pelajar dapat membantu memahami setiap kemajua, kekuatan, kelemahan dan minat pelajar seterusnya membantu menentukan kerjaya yang paling sesuai untuk diceburi.

11. Pengkomputeran Awan

  1. Awan menyediakan alat yang diperlukan untuk mengekstrak data yang diperlukan.
  2. Penggunaan Big Data dapat mengurangkan kerumitan organisasi dalam menguruskan peralatan software dan hardware.
  3. Meningkatkan kelajuan dalam mengurus dan mengakses pengkalan data yang mengandungi rekod terabait.
  4. Data disimpan di server awan, dan teknik sains data dimasukkan untuk mencari maklumat hubungan.

12. Telekomunikasi

  1. Dengan bantuan teknik visualisasi data yang ditakrifkan oleh algoritma, industri telekomunikasi dapat mengesan kumpulan penipu yang mengakses secara haram serta profil palsu.
  2. Analisis ramalan membantu mendapatkan maklum balas pelanggan dan keputusan berasaskan data yang membantu mengenalpasti pilihan pelanggan.
  3. Syarikat telekomunikasi dapat membezakan kumpulan sasaran dan menambah polisi mengikut segmen pelanggan.
  4. Boleh menganalisis pengurusan rangkaian semasa dan kadar penglibatan pelanggan.
  5. Dengan memperolehi maklumat mengenai prestasi operasi, mereka dapat mengenalpasti kawasan yang perlu diperbaiki.

13. Pengangkutan Udara

Industri penerbangan mempunyai penggunan Big Data yang terbaik kerana membantu mengumpul data mengenai perkhidmatan pelanggan, tiket, ramalan cuaca dan sebagainya.

Kegunaan :-

  1. Digunakan untuk penyelenggaraan pesawat yang lebih bijak dengan membandingkan kos operasi, kuantiti dan kos bahan api, dll.
  2. Membantu meningkatkan keselamatan penerbangan dengan merekod data insiden penerbangan.
  3. Membantu meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan tabiat pembelian pelanggan dengan menganalisis maklumat lepas.
  4. Membantu menentukan kawalan lalu lintas udara, maklumat data telemetri dalam penerbangan untuk mempunyai penerbangan yang selesa.
  5. Membantu menyemak status bagasi secara real-time agar tiada bagasi pelanggan yang hilang.

Share this article

shares